Sponsored Ads

© 2024 hariankini | Privacy Policy | Disclaimer
pengeluaran akaun 3 kwsp

Pemindahan & Pengeluaran Akaun 3 KWSP (Akaun Fleksibel)

Isi Kandungan

Pengeluaran Akaun 3 KWSP & Pemindahan Akaun Fleksibel | Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan pelaksanaan Inisiatif Penstrukturan Semula Akaun KWSP yang akan berkuat kuasa mulai 12 Mei 2024. Langkah ini bertujuan untuk meningkatkan keselamatan pendapatan persaraan serta memenuhi keperluan kitaran hidup para ahli KWSP.

Akaun ahli akan distruktur semula daripada dua (2) akaun iaitu Akaun 1 dan Akaun 2 kepada tiga (3) akaun seperti berikut: –

  • Akaun Persaraan (75%) untuk mengumpul simpanan sebagai pendapatan semasa persaraan;
  • Akaun Sejahtera (15%) untuk menangani keperluan kitaran hayat yang menyumbang kepada kesejahteraan semasa persaraan; dan
  • Akaun Fleksibel (10%) sebagai akaun baharu untuk menyediakan fleksibiliti untuk keperluan kewangan jangka pendek. Simpanan dalam akaun ini boleh dikeluarkan pada bila-bila masa mengikut keperluan ahli.

Berikut merupakan penerangan lanjut mengenai Akaun 3 KWSP.

akaun 3 kwsp

penskrukturan semula akaun kwsp

Akaun 3 (Akaun Fleksibel)

Akaun 3 KWSP atau Akaun Fleksibel merupakan akaun baru yang terbentuk dengan 10% daripada jumlah simpanan bertujuan untuk menangani keperluan kewangan jangka pendek para ahli.

Simpanan dalam Akaun Fleksibel boleh dikeluarkan pada bila-bila masa oleh ahli KWSP, tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh KWSP. Namun demikian, KWSP menggalakkan pengeluaran hanya pada keadaan kecemasan dan untuk keperluan mendesak sahaja.

Baca Juga :

Sebelum Penstrukturan Semula Akaun KWSP

Penstrukturan semula akaun KWSP telah dilaksanakan dengan matlamat untuk memperkukuhkan jaminan pendapatan persaraan serta memenuhi keperluan kitaran hidup para ahli

Penstrukturan semula akaun KWSP melibatkan perubahan daripada dua (2) akaun kepada tiga (3) akaun seperti berikut:

  • Akaun yang sedia ada telah diubah nama dari Akaun 1 kepada “Akaun Persaraan”, dan Akaun 2 kepada “Akaun Sejahtera” tanpa perubahan pada tujuan di kedua-dua akaun tersebut.
  • Sebagai tambahan, sebuah akaun baru diperkenalkan iaitu Akaun 3 yang dikenali sebagai “Akaun Fleksibel”.
  • Simpanan dalam Akaun Fleksibel boleh diakses atau dikeluarkan oleh ahli pada bila-bila masa mengikut keperluan, tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan.
  • Caruman baharu yang diterima selepas tarikh berkuat kuasa akan dikreditkan ke dalam akaun mengikut nisbah 75:15:10 iaitu

    • Akaun 1 Persaraan (75%)
    • Akaun 2 Sejahtera (15%)
    • Akaun 3 Fleksibel (10%)

baki akaun 1 dan akaun 2 kwsp

akaun sejahtera kwsp

Tujuan Penstrukturan Semula Akaun KWSP

Penstrukturan semula akaun KWSP ini dibuat bertujuan untuk:

  1. Meningkatkan kecukupan simpanan untuk menjamin pendapatan persaraan yang bermakna bagi ahli.
  2. Mengimbangi keperluan kewangan jangka masa pendek, sederhana, dan panjang dengan seiringan keperluan kitaran hidup dan jangka hayat ahli.
  3. Membangunkan Skim KWSP yang relevan dengan perubahan landskap pekerjaan, perubahan demografi, dan keperluan ahli pada masa kini dan masa depan.
  4. Memenuhi keperluan kewangan jangka pendek yang boleh memberi kesan terhadap kesejahteraan semasa persaraan jika tidak dipenuhi.

tujuan akaun 3 kwsp

Cara Membuat Pindahan Amaun Permulaan

Ahli boleh membuat pengeluaran daripada Akaun Fleksibel pada bila-bila masa, tertakluk kepada amaun minimum pengeluaran sebanyak RM50.

Permohonan bagi pengeluaran daripada Akaun Fleksibel boleh dibuat secara dalam talian melalui KWSP i-Akaun atau di mana-mana cawangan KWSP di seluruh negara.

Ahli yang masih belum mendaftar KWSP i-Akaun adalah digalakkan untuk melakukannya bagi membolehkan transaksi pengeluaran daripada Akaun Fleksibel dapat dilaksanakan.

Cara Membuat pemindahan dari Akaun 2 ke Akaun 3

  1. Login I-Akaun KWSP
  2. Anda akan melihat laman utama I-Akaun Anda.
  3. Klik pada Ketahui Lanjut (Atas Kiri).
  4. Penerangan diberikan sebelum anda melakukan pemindahan.(Dibaca)
  5. Klik Teruskan.
  6. Sekiranya anda memahami penerangan tersebut dan ingin melakukan pemindahan, klik “Pindah Sekarang”.
  7. Peringatan Penting
  8. Anda hanya boleh melakukan SEKALI pemindahan sahaja. Tarikh akhir PEMINDAHAN adalah 31 Ogos 2024. Anda juga boleh memilih untuk TIDAK memindahkan sebarang amaun ke Akaun 3.
  9. Klik Teruskan.
  10. Anda akan dimaklumkan mengenai jumlah SEBELUM pemindahan dan SELEPAS pemindahan.
  11. Klik Teruskan sekiranya anda bersetuju dengan jumlah yg boleh dipindahkan dan memahami terma dan syarat-syaratnya.
  12. Perakuan Ahli – Klik Terima.
  13. Klik “Ya” sekiranya anda pasti dengan pilihan anda.
  14. Pilihan pindahan berjaya (Kelulusan 3-5 hari bekerja)

Cara Membuat Pengeluaran Akaun 3 KWSP

Untuk pengetahuan anda, setelah anda memindahkan amaun permulaan ke Akaun 3 atau Akaun Fleksibel, anda boleh membuat pengeluaran dari Akaun 3 ke akaun bank anda.

Cara mebuat pengeluaran Akaun Fleksibel KWSP :

  1. Login I-Akaun KWSP.
  2. Klik Pengeluaran.
  3. Klik pada “Keluarkan simpanan anda”
  4. Pilih jenis pengeluaran anda.
  5. Klik Akaun Fleksibel
  6. Jumlah yg boleh dikeluarkan tertera di bahagian kanan atas.
  7. “Anda boleh mengeluarkan sehingga RMXXXX”
  8. Klik “Keluarkan Sekarang”.

pengeluaran akaun fleksible kwsp

Untuk mengetahui maklumat terkini tentang Akaun 3 ini, sila dapatkan maklumat sahih melalui saluran rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja di:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sponsored Ads

Top 10 Popular Posts