Search

Sponsored Ads

© 2024 hariankini | Privacy Policy | Disclaimer
Permohonan Rumah PPR B40 2024

Permohonan Rumah PPR B40 : Cara Mohon & Syarat Kelayakan

Isi Kandungan

Permohonan Rumah PPR B40 2024 | Rumah PPR B40 adalah inisiatif kerajaan yang bertujuan untuk menyediakan tempat kediaman kepada komuniti setinggan dan memenuhi keperluan perumahan bagi golongan berpendapatan rendah B40.

Jabatan Perumahan Negara, di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, bertanggungjawab sebagai agensi pelaksana utama bagi projek-projek dan permohonan rumah PPR di seluruh Malaysia.

Permohonan Rumah PPR masih dibuka sepanjang tahun bagi setiap negeri bagi yang layak.

Selain itu, kerajaan juga telah memperkenalkan Program Rumah Mesra Rakyat untuk membantu golongan dengan pendapatan isi rumah kurang daripada RM 5,000 yang tidak memiliki rumah atau tinggal di rumah usang, tetapi memiliki tanah untuk membina rumah sendiri yang selesa dan lengkap.

Apa Itu Rumah PPR B40?

Rumah PPR B40 atau Program Perumahan Rakyat (PPR) merupakan inisiatif Kerajaan untuk menempatkan semula komuniti setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah. Jabatan Perumahan Negara, di bawah Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan, berfungsi sebagai agensi pelaksana utama bagi projek-projek PPR di seluruh Malaysia.

Rumah PPR B40 terbahagi kepada dua kategori, iaitu PPR Disewa dan PPR Dimiliki. Kesemua rumah yang dibina di bawah kedua-dua program PPR Dimiliki dan PPR Disewa akan mematuhi spesifikasi perancangan dan rekabentuk perumahan kos rendah seperti yang ditetapkan dalam Standard Perumahan Kebangsaan Bagi Perumahan Kos Rendah Rumah Pangsa (CIS2).

rumah ppr b40

Kategori Rumah PPR 2024

Rumah PPR 2024 terdiri daripada dua (2) kategori:

PPR Disewa

  • Rumah PPR B40 disewa diperkenalkan pada Februari 2002 dengan matlamat untuk menyewakannya kepada golongan sasaran, khususnya golongan berpendapatan rendah dan setinggan, pada kadar sewa sebanyak RM124.00 Sebulan.

PPR Dimiliki

  • Kerajaan juga turut melaksanakan Program Rumah PPR B40 Dimiliki dengan matlamat memberikan peluang kepada golongan berpendapatan rendah untuk memiliki rumah sendiri.
  • Rumah-rumah PPR Dimiliki dijual pada harga RM 35,000.00 seunit di Semenanjung Malaysia dan RM42,000 seunit di Sabah dan Sarawak.

Ciri-Ciri Rumah PPR B40

Ciri-ciri Rumah PPR bagi golongan B40 termasuk:

  1. Lokasi:
    • Kawasan Bandar-bandar Besar: Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat.
    • Kawasan Pinggir Bandar: Jenis rumah teres.
  2. Saiz:
    • Keluasan tidak kurang daripada 700 kaki persegi.
  3. Reka Bentuk Dalaman:
    • Binaan termasuk 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, dan 2 Bilik Air.
  4. Kemudahan Asas:
    • Dewan Komuniti/Ruang Orang Ramai.
    • Surau/Ruang Solat.
    • Gerai Makan/Ruang Niaga.
    • Tadika.
    • Kemudahan untuk Orang Kurang Upaya (OKU).
    • Taman Permainan/Kawasan Lapang.
    • Tempat Pembuangan Sampah.

Syarat Permohonan Rumah PPR B40

Berikut merupakan syarat asas yang perlu dipenuhi bagi permohonan Rumah PPR B40. Syarat tambahan mungkin ditetapkan oleh Kerajaan Negeri berdasarkan keperluan yang ditetapkan.

  1. Kewarganegaraan:
    • Pemohon dan pasangan mestilah Warganegara Malaysia.
  2. Umur:
    • Pemohon dan pasangan perlu berumur 18 tahun ke atas.
  3. Pendapatan Isi Rumah:
    • Pendapatan isi rumah perlu di bawah RM5,000 sebulan dan ke bawah.
  4. Status Pemilikan Rumah:
    • Pemohon dan pasangan tidak boleh pernah memiliki rumah sebelum ini.
  5. Status Perkahwinan:
    • Pemohon bujang layak memohon, walaupun keutamaan diberikan kepada isi rumah yang berkeluarga.
  6. Syarat Tambahan:
    • Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.

Cara Membuat Permohonan Rumah PPR B40

Pemohon boleh memohon Rumah PPR secara online melalui Sistem Pengurusan Perumahan Negara (SPRN) pada portal TEDUH di https://teduh.kpkt.gov.my

  1. Daftar Portal Rasmi SPRN
    • Layari Portal Rasmi SPRN https://sprn.kpkt.gov.my/
    • Pemohon perlu mendaftar akaun sebelum log masuk ke SPRN.
    • Lengkapkan butiran diri untuk proses pendaftaran.
  2. Aktifkan Akaun & Log Masuk
    • Setelah berjaya mendaftar, semak e-mel dan klik pautan yang diberi untuk pengaktifan akaun.
    • Klik pada ‘Log Masuk Pemohon’ menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang telah ditetapkan tadi.
  3. Pilih Skim
    • Sila baca syarat dan kelayakan pemohon untuk setiap skim sebelum membuat permohonan.
    • Terdapat maklumat senarai projek yang dibuka untuk permohonan pada bahagian kanan pilihan skim.
    • Ini bagi memudahkan pemohon mengenalpasti projek yang dibuka untuk permohonan.
    • Seterusnya, klik butang ‘Pilih Skim’ sama ada ingin memohon PPR Disewa atau PPR Dimiliki.
  4. Masukkan Maklumat Pemohon
    • Masukkan Maklumat pemohon, Maklumat Pendapatan, Maklumat Pasangan, dan Maklumat Tanggungan yang diperlukan seperti di paparan.
    • Setelah lengkap, klik butang ‘Simpan’.
  5. Pilih Projek
    • Klik pautan ‘Projek’ untuk memohon projek.’
    • Klik ikon projek yang dipapar atau menggunakan carian projek menggunakan nama projek dan negeri.
    • Klik butang “Mohon Unit Ini” untuk memohon unit PPR di dalam projek tersebut.
    • Klik butang “Ya” untuk meneruskan proses dan butang “Tidak” untuk membatalkan proses pengesahan.
  6. Muatnaik Dokumen Sokongan
    • Muatnaik Dokumen Sokongan seperti yang dipaparkan mengikut keperluan.
    • Muat naik dokumen di dalam format hanya PDF dan saiz dokumen tidak melebihi 3MB.
  7. Pengesahan & Hantar
    • Tandakan pengesahan maklumat permohonan dan klik butang “Sah & Hantar Permohonan” untuk menghantar permohonan.

Rujuk kepada manual penuh oleh SPRN untuk maklumat lanjut. Manual SPRN

NOTA

Anda juga boleh memohon Program Rumah Transit secara online melalui Portal TEDUH.

Program Rumah Transit bertujuan untuk memberi kemudahan perumahan secara sementara kepada pasangan muda yang telah berkahwin dan berumur antara 18 hingga 30 tahun.

Program ini bertumpu di bandar-bandar besar untuk mengurangkan beban pasangan muda yang berpendapatan rendah / berkelayakan.

Rumah ini disewakan dengan kadar sebanyak RM250.00 sebulan bagi tempoh sewaan permulaan selama dua (2) tahun.

Penyewa akan diberikan notis enam (6) bulan sebelum tamat tempoh kontrak bagi tujuan pengosongan rumah.

Maklumat Lanjut

Bahagian Perancangan Perumahan
03-88914052 (Selangor, Melaka, Johor, Ng. Sembilan);
03-88914278 (Kuala Lumpur, Sabah, Sarawak) dan
03-88914028 (Perak, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Pahang, Terengganu)

Melalui emel
Masalah Teknikal / Sistem : [email protected]

Soalan Lazim (FAQ)

Apakah yang dimaksudkan dengan Program Perumahan Rakyat (PPR)?

PPR adalah satu program kerajaan untuk penempatan semula setinggan bagi yang berkelayakan serta memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah (B40)

Apakah kategori PPR?

PPR terdiri daripada 2 kategori iaitu PPR Disewa dan PPR Dimiliki.

Berapakah kadar sewa PPR DIsewa?

Kadar sewa PPR Disewa serendah RM124.00 sebulan tidak termasuk kos penyelenggaraan

Apakah ciri-ciri PPR?

Ciri-ciri PPR adalah seperti berikut:

  • Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 25 tingkat di kawasan bandar
  • Kediaman bertanah (rumah teres) di pinggir bandar
  • Keluasan – 700 kps
  • Binaan – 3 Bilik Tidur, 2 Bilik Air, Ruang Tamu dan Ruang Dapur

Bagaimanakah Cara Untuk Membuat Permohonan Rumah PPR B40 2024?

Pemohon boleh memohon Rumah PPR secara online melalui Sistem Pengurusan Perumahan Negara (SPRN) pada portal TEDUH di https://teduh.kpkt.gov.my

3 Responses

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sponsored Ads

Top 10 Popular Posts