Sponsored Ads

© 2024 hariankini | Privacy Policy | Disclaimer
cara mohon rumah pprt

Permohonan Rumah PPRT 2024 Dibuka : Semak Kelayakan & Cara Mohon

Isi Kandungan

Apakah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT)?

Bantuan Rumah PPRT 2024 atau Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) merupakan salah satu program pembasmian kemiskinan luar bandar yang menyediakan bantuan bina baharu atau pembaikan rumah kepada golongan miskin dan miskin tegar untuk memiliki kediaman yang selamat dan selesa dan seterusnya memastikan kumpulan sasar ini dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan lebih baik.

Tujuan Bantuan Rumah PPRT

Program Bantuan PPRT ini bertujuan untuk membantu keluarga miskin dan sangat miskin dengan menyediakan rumah yang layak dihuni. Ini dilaksanakan melalui pembinaan rumah baru atau penambahbaikan rumah yang sedia ada. PPRT diperkenalkan dengan matlamat yang jelas iaitu:

  1. Membantu golongan miskin memiliki rumah yang selesa dan selamat.
  2. Meningkatkan taraf dan kualiti hidup golongan berpendapatan rendah.

Jenis Bantuan Rumah PPRT 2024

Bantuan Rumah PPRT terbahagi kepada 2 kategori :

  1. Bina Baharu: Bantuan pembinaan rumah baharu kepada penerima yang tidak mempunyai rumah atau rumah yang didiami terlalu uzur, tidak selamat diduduki dan tidak ekonomik untuk dibaiki.
  2. Baik Pulih: Skop bantuan baik pulih hanya melibatkan komponen-komponen asas sesebuah rumah sahaja. (Contoh : Bumbung, atap, tangga, tandas, bilik air, pintu, dinding,lantai, tingkap, pendaiwaian elektrik, perpaipan dan lain-lain)

Penyiapan rumah dalam pembinaan TIDAK termasuk dalam skop baik pulih.

Siapakah Yang Layak Untuk Memohon Bantuan Rumah PPRT?

Laman web rasmi Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) ada menyatakan kumpulan sasar PPRT adalah Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar dan miskin yang ditentukan berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa yang berkuat kuasa.

Jabatan Statistik Malaysia mengumumkan pada 10 Julai bahawa isi rumah dengan jumlah pendapatan RM2,208 boleh dikira sebagai miskin tegar.

Selain itu, berikut merupakan syarat kelayakan yang lain untuk memohon rumah PPRT:

  • Pemohon disahkan sebagai miskin tegar atau miskin yang berdaftar dengan Bank Data Kemiskinan Nasional (e-Kasih)
  • Pemohon diperakui dan disahkan layak oleh Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan Peringkat Daerah (FGD) atau Negeri (FGN) atau jawatankuasa yang setara dengannya di peringkat negeri; atau
  • Pemohon diperakui oleh agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam program pembasmian kemiskinan; atau
  • Pemohon diperakui oleh jawatankuasa di peringkat Kementerian

Keutamaan adalah diberi kepada warga emas, orang Kelainan Upaya (OKU), ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan ramai, dan mangsa bencana yang berskala kecil contohnya kebakaran.

Artikel Berkaitan

Syarat Bantuan Bina Baharu PPRT

  1. Tidak mempunyai rumah;
  2. rumah yang didiami terlalu uzur dan tidak selamat didiami;
  3. tidak ekonomik untuk dibaiki;
  4. memiliki tanah sendiri (pemilikan penuh); atau
  5. pemilikan tanah sebahagian atau mendapat kebenaran menggunakan tanah daripada Tuan Tanah (tanah atas milik ibu/bapa/adik-beradik/saudara-mara yang mempunyai pertalian darah dengan pemohon atau tanah Kerajaan atau tanah wakaf) dengan mengemukakan Borang Kebenaran Menggunakan Tanah.

Syarat Bantuan Baik Pulih PPRT

  1. Bantuan diberikan kepada peserta yang mempunyai rumah yang uzur atau rosak disebabkan oleh bencana dan masih ekonomik untuk dibaiki.
  2. Mendapat kebenaran untuk membaik pulih bagi kes menumpang tanah milik orang lain/tanah milik sebahagian/tanah Kerajaan dengan mengemukakan Borang Kebenaran Menggunakan Tanah.

Selain memenuhi kriteria-kriteria kelayakan di atas, keutamaan bantuan rumah pprt 2024 diberikan kepada:

  • warga emas;
  • orang kurang upaya (OKU);
  • ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan ramai;
  • mangsa bencana yang berskala kecil; dan
  • Keutamaan pelaksanaan program adalah kepada negeri-negeri dan daerah yang mempunyai kadar kemiskinan tegar yang tinggi.

Berapakah Kadar Bantuan PPRT Tahun 2024?

Kadar Bantuan PPRT Bagi Bina Baharu

Kadar Bantuan Rumah PPRT 2024 Bagi Skop Bina Baharu adalah seperti berikut :

Kawasan Jenis Rumah Kadar Siling Rumah (RM)
Semenanjung 3 Bilik (660 kps) 66,000
Sabah/ Sarawak/ W.P. Labuan 3 Bilik (660 kps) 79,000

Kadar Bantuan PPRT Bagi Baik Pulih

Kadar Bantuan PPRT 2024 Bagi Skop Baik Pulih adalah seperti berikut :

Kawasan Kadar Bantuan (RM)
Semenanjung 15,000
Sabah/ Sarawak/ W.P. Labuan 17,000

Bagaimanakah Cara Mohon Rumah PPRT?

Sekiranya anda memenuhi syarat kelayakan yang tertera dan ingin membuat permohonan bagi mendapatkan bantuan rumah pprt 2024 ini, berikut adalah langkah yang telah disediakan:

Permohonan Online Rumah PPRT 2024

Permohonan Rumah PPRT 2024 secara atas talian (online) hendaklah diisi dengan teliti dan lengkap. Sila sediakan maklumat berkaitan pemilikan harta / tanah, pendapatan, gambar Kad Pengenalan (depan dan belakang) dan gambar rumah semasa (sekiranya ada) sebelum menghantar permohonan. Kegagalan pemohon untuk melengkapkan butir-butir yang dikehendaki boleh menjejaskan permohonan.

  1. Layari Portal Rasmi eSPKR di https://www.rurallink.gov.my/
  2. Kemudian, tekan butang ‘Program Perumahan Rakyat Termiskin‘ di laman utama.
  3. Seterusnya, sila lengkapkan maklumat anda yang diperlukan di ruangan yang telah disediakan.
  4. Setelah lengkap mengisi, tekan ‘Hantar Permohonan‘.

cara mohon rumah pprt

Kesimpulan

Secara kesimpulan, Program PPRT 2024 memberi peluang kepada golongan miskin dan sangat miskin untuk memiliki rumah yang lebih selesa dan memadai. 

Dengan memastikan anda memenuhi syarat-syarat kelayakan serta mengikuti prosedur permohonan dengan teliti, anda akan diberikan peluang untuk mendapatkan bantuan yang amat berharga ini.

Maklumat Lanjut

Untuk mengetahui maklumat yang lebih lanjut berkaitan dengan bantuan rumah PPRT 2024 bagi tahun 2024, anda boleh menghubungi pihak yang berikut:

Website : https://www.rurallink.gov.my/
Talian Khas : 03 8000 8000
E-mel : [email protected]

One Response

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sponsored Ads

Top 10 Popular Posts