Sponsored Ads

© 2024 hariankini | Privacy Policy | Disclaimer
Rumah Mesra Rakyat 2.0 Permohonan

Rumah Mesra Rakyat 2.0 | Semakan & Permohonan

Isi Kandungan

Seperti yang kita ketahui, Program Rumah Mesra Rakyat (RMR) diperkenalkan dengan tujuan membantu golongan B40 yang berpendapatan kurang daripada RM 5,000 dan tidak memiliki rumah atau tinggal di rumah yang usang. Mereka yang mempunyai tanah boleh menggunakan program ini untuk membina rumah sendiri yang selesa dan lengkap. Oleh itu, sebagai tindak balas kepada keperluan semasa, SPNB memperkenalkan program Rumah Mesra Rakyat 2.0 atau RMR 2.0.

Teruskan membaca untuk mengetahui maklumat terperinci mengenai program Rumah Mesra Rakyat 2.0 ini.

Apakah Program Rumah Mesra Rakyat 2.0

Rumah Mesra Rakyat 2.0 (RMR 2.0) adalah program yang baru diperkenalkan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB). Program RMR 2.0 ini mampu mempercepatkan peluang bagi individu yang layak untuk memiliki kediaman sendiri dalam tempoh maksimum tiga bulan sahaja.

Pelaksanaan program Rumah Mesra Rakyat 2.0 adalah jauh lebih cepat berbanding dengan Rumah Mesra Rakyat 1.0 yang memerlukan pemohon menunggu giliran yang lama serta mengambil masa bertahun-tahun untuk disiapkan.

Namun yang membezakannya, pemohon RMR 1.0 perlu mencagarkan tanah mereka kepada SPNB untuk pinjaman sebanyak RM55,000 selama 16 tahun dan kelulusannya perlu mengikut giliran.

Manakala bagi RMR 2.0, baki bayaran pembinaan rumah RM55,000 selepas subsidi perlu dibayar secara tunai atau pinjaman dari institusi kewangan kepada SPNB dengan pemilik tidak perlu mencagar tanah, selain proses pembinaan jauh lebih cepat kerana tidak perlu menunggu giliran.

RMR 2.0

Syarat Kelayakan Rumah Mesra Rakyat 2.0

Syarat kelayakan pemohon mendapatkan RMR 2.0 adalah sama seperti sebelum ini. Syarat-syarat untuk memohon Rumah Mesra Rakyat 2.0 adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Pemohon mestilah berumur antara 18 hingga 65 tahun.
  3. Pendapatan bulanan isi rumah tidak boleh melebihi RM 5,000.
  4. Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri, atau memiliki rumah yang usang atau tidak sempurna.
  5. Tanah atau tapak yang dicadangkan harus sesuai dan bebas dari gadai, bebanan, atau sekatan. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon harus mendapatkan kebenaran dari tuan punya tanah yang dicadangkan.
  6. Keluasan tanah tidak boleh kurang dari 3,000 kaki persegi (tertakluk kepada rekabentuk).
  7. Bergantung pada peruntukan kewangan.

Nota :

  • Keperluan penama kedua berumur 18-43 tahun bagi pemohon yang berumur melebihi 42 tahun di seluruh Malaysia.
  • Bagi permohonan penama kedua, pemohon perlu memberikan maklumat pasangan serta jumlah tanggungan.

Konsep dan Ciri-Ciri RMR 2.0

Konsep Rumah sesebuah satu (1) tingkat (3 bilik tidur & 2 bilik air)
Keluasan Rumah 750 kps
Keluasan Tanah 3,000 kps (279 mps)
Harga RM 75,000 Semenanjung
Subsidi Kerajaan RM 20,000
Tunai/ Institusi Kewangan RM 55,000 Semenanjung
Perjanjian Disediakan oleh SPNB
Pelaksanaan Pembinaan Lantikan oleh SPNB
Kaedah Permohonan Permohonan secara online Laman web SPNB

Contoh Reka Bentuk Rumah Mesra Rakyat

Konsep binaan Rumah Mesra Rakyat 2.0 adalah rumah setingkat yang dilengkapi dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Harga untuk RMR 2.0 adalah seperti berikut:

pelan lantai rmr 2.0

Contoh Rumah Mesra Rakyat 1

Contoh Rumah Mesra Rakyat 2

Contoh Rumah Mesra Rakyat 3

Contoh Rumah Mesra Rakyat 4

Contoh Rumah Mesra Rakyat 5

Contoh Rumah Mesra Rakyat 6

Cara Membuat Permohonan Rumah Mesra Rakyat 2.0

Permohonan RMR 2.0 boleh dibuat secara online melalui laman web rasmi SPBN seperti berikut:

Cara untuk memohon RMR 2.0 secara online

  1. Layari Laman Web Rasmi https://rmr.spnbonline.com.my/.
  2. Tekan butang ‘Permohonan‘.
  3. Klik ‘Pendaftaran Rumah Mesra Rakyat‘.
  4. Isi Borang Pendaftaran Rumah Mesra Rakyat 2024 Login dengan lengkap (Kata laluan akan dihantar kepada permohon).
  5. Log Masuk ke laman utama menggunakan login ID (email) dan kata laluan yang diberikan untuk memulakan permohonan Rumah Mesra Rakyat 2024.
  6. Lengkapkan borang pendaftaran online rumah mesra rakyat 2024 dengan mengisi maklumat ke dalam sistem.
  7. Klik ‘Selesai Pendaftaran Borang dan Cetak Borang‘.
  8. Hantarkan borang rumah mesra rakyat 2024 berserta dokumen ke Pejabat SPNB Negeri yang berdekatan.
  9. Semakan dan penilaian oleh pihak SPNB.
  10. Maklum balas dalam tempoh 3 bulan dan kelulusan adalah tertakluk kepada peruntukan tahunan.

Baca Juga :

cara mohon online rmr 2.0

Dokumen Yang Diperlukan

Berikut disertakan beberapa dokumen yang diperlukan bagi membuat permohonan Rumah Mesra Rakyat 2.0 :

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan).
  • Salinan kad pengenalan tuan tanah.
  • Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan).
  • Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru
  • Slip gaji terkini (3 bulan) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua. Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang.
  • Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah.
  • Salinan sijil nikah pemohon.
  • Borang laporan tapak bergambar.

Nota :

  • Surat Pengesahan pendapatan/ tidak memiliki rumah/ memiliki rumah usang perlu disahkan melalui Penghulu / Ketua kampung / Pegawai Profesional Kelas A.
  • SPNB berhak untuk mendapatkan dokumen tambahan tertakluk kepada keperluan dari semasa ke semasa.
  • Format bagi Surat Akuan Bersumpah dan Borang Lawatan Tapak Bergambar disediakan oleh SPNB.
  • Keperluan pemohon kedua adalah bertujuan untuk pengambilan insurans (pinjaman) dan mewakili pemohon (jika perlu) bagi tujuan pembayaran bulanan.

Semakan Status Rumah Mesra Rakyat

Mengikut prosedur, pihak SPNB akan memberikan maklum balas dalam tempoh tiga (3) bulan setelah permohonan diterima. Kelulusan, bagaimanapun, hanya akan dibuat tertakluk kepada peruntukan kewangan tahunan.

Untuk pembinaan rumah, tempoh yang diperuntukkan adalah selama lapan belas (18) bulan dari tarikh penyerahan tapak kosong atau perjanjian, tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.

Tanggungjawab Pemohon (Jika Lulus RMR 2.0)

  • Mengisi dan melengkapkan Borang Permohonan RMR 2.0.
  • Menyediakan tapak cadangan termasuk jalan masuk untuk pembinaan.
  • Menyediakan sumber bekalan air dan elektrik.
  • Melakukan penyambungan bekalan utiliti setelah rumah disiapkan.
  • Membuka akaun bank bagi pembayaran balik bulanan.

Cara Membuat Pembayaran Rumah Mesra Rakyat Secara Online

Anda boleh membayar pinjaman Rumah Mesra Rakyat anda melalui online menggunakan JOMPAY. Ikuti langkah dibawah.

  1. Cari logo JomPay dan Biller Code pada surat arahan pembayaran yang diterima daripada SPNB.
  2. Terdapat 40 Bank yang berdaftar dengan JomPay. Daftar masuk ke Bank pilihan anda dan klik JomPay.
  3. Masukkan maklumat yang berdaftar dan sahkan.
  4. Cara-cara bayaran balik pembiayaan Rumah Mesra Rakyat (RMR):
    Biller Code: (Rujuk Kod Pembayaran JomPay)
    Amount (RM): Jumlah Pembayaran
    Ref-1: No Akaun RMR
    Ref-2: No Kad Pengenalan

    Kod Pembayaran JOMPAY:

    RMR 2002 – RMR 2019
    Semenanjung / Pulau: RM100, RM150, RM270, RM360
    Sabah & Labuan: Pembayaran bermula dari RM150 sehingga RM360 Pembayaran boleh dilakukuan di BSN/ melalui JOMPAY.

    Kod JOMPAY adalah 13987 (untuk semua negeri)

    RMR 2020 – RMR 2022
    Semenanjung: RM300.00
    Sabah & Labuan: Pembayaran Bulanan bermula dari RM300 sehingga RM370 Pembayaran boleh dilakukan di Bank Islam/ melalui JOMPAY.

    *Kod JOMPAY mengikut negeri adalah:
    1. Selangor,KL,Putrajaya : 631085
    2. Perlis : 158394
    3. Johor : 296053
    4. Kedah, P.Pinang : 546879
    5. Melaka : 560128
    6. Negeri Sembilan : 691543
    7. Terengganu : 775239
    8. Pahang : 781252
    9. Kelantan : 783597
    10. Perak : 789446
    11. Sabah,Labuan : 106526

    *Pembayaran Kod Jompay RMR adalah merujuk kepada lokasi negeri Rumah Mesra Rakyat yang telah dibina.

Kesimpulan

Kesimpulannya, Program Rumah Mesra Rakyat 2.0 (RMR 2.0) merupakan inisiatif yang bertujuan untuk menyediakan peluang kepada golongan dengan pendapatan rendah untuk memiliki rumah sendiri yang selesa dan lengkap. Program ini mempercepatkan proses pembinaan rumah dengan pemohon tidak perlu menunggu giliran seperti sebelumnya. Program ini memberikan peluang yang lebih cepat dan mudah kepada golongan sasaran untuk memiliki rumah sendiri.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan mengenai Pendaftaran Rumah Mesra Rakyat 2.0 SPNB, rujuk laman web rasmi https://spnb.com.my/

Sebarang pertanyaan, sila hubungi :

Telefon : +603-7849 2000

Waktu urusan:
Isnin hingga Jumaat (8.30 pagi – 5.30 petang)

Alamat:
Level 1, Blok C, Dataran PHB Saujana Resort, Seksyen U2,
40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

E-mel: [email protected]

Laman web : www.spnb.com.my

IBU PEJABAT SPNB

Syarikat Perumahan Negara Berhad
Tingkat 8, Wisma Perkeso
Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur.
Telefon: 03-2618 5555 / 03-2618 5556 (Talian Am)
E-mel: [email protected]

2 Responses

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sponsored Ads

Top 10 Popular Posts