Semakan Wang Tak Dituntut eGUMIS 2024 | Ramai yang belum tahu bahawa terdapat duit yang tidak dituntut di dalam kad pengenalan kita dan ada cara mudah untuk membuat tuntutan untuk mendapatkan semula duit ini.
Wang tak dituntut ini biasanya berlaku apabila ahli keluarga meninggal dunia dan masih mempunyai baki wang dalam beberapa akaun lain. Keadaan ini sering berlaku kerana waris atau keluarga tidak sedar atau tidak tahu mengenai kehadiran dana yang tidak dituntut tersebut. Oleh itu, proses tuntutan perlu diambil untuk mendapatkan Wang Tak Dituntut (WTD).
Teruskan membaca artikel berguna ini untuk anda mengetahui cara membuat Semakan Wang Tak Dituntut eGUMIS dan permohonan tuntutan WTD.
Apa Itu Wang Tak Dituntut (WTD)
Wang Tak Dituntut (WTD) boleh terjadi apabila individu atau syarikat tidak membuat tuntutan terhadap aset atau wang yang sah milik mereka sama ada dalam bentuk simpanan, dividen, tuntutan insurans, bank draf, atau sebagainya.
Duit ini tidak dituntut oleh pemiliknya dalam satu tempoh masa yang telah ditetapkan. Wang Tak Dituntut (WTD) adalah termasuk sejumlah dana yang sepatutnya dibayar kepada seseorang, namun tidak dapat dibayarkan dalam tempoh setahun.
Adakah anda tahu bahawa sehingga Mac 2023 yang lepas, Jabatan Akauntan Negara Malaysia telah menerima sejumlah RM11 bilion wang yang tidak dituntut?
Untuk memudahkan individu dan syarikat membuat semakan wang tak dituntut eGUMIS, sistem dalam talian seperti eGUMIS membolehkan pengguna menggunakan nombor pengenalan diri atau nombor pendaftaran syarikat untuk menyemak status dan membuat tuntutan ke atas dana yang mungkin terdapat dalam rekod sistem.
Pengenalan Sistem eGUMIS
EGUMIS adalah singkatan bagi Sistem e-Government Unclaimed Moneys Information System. Sistem ini merupakan satu platform dalam talian yang disediakan oleh pihak berkuasa untuk memudahkan urusan berkaitan dengan Wang Tak Dituntut (WTD) atau Unclaimed Moneys.
EGUMIS dibangunkan dengan matlamat untuk meningkatkan efisiensi dan kemudahan akses dalam pengurusan Wang Tak Dituntut secara atas talian (online) seperti membuat semakan wang tak dituntut eGUMIS dan melakukan proses tuntutan WTD.
Pengguna disarankan untuk merujuk kepada panduan pengguna atau maklumat yang diberikan agar penggunaan sistem ini dapat dijalankan secara berkesan.
Pendekatan ini membolehkan individu atau syarikat yang terlibat dengan Wang Tak Dituntut melaksanakan urusan mereka dengan lebih mudah dan pantas, sambil meningkatkan aksesibiliti kepada maklumat dan perkhidmatan yang berkaitan.
Fungsi dan ciri-ciri sistem EGUMIS
- Sistem eGUMIS membolehkan pengguna untuk melakukan pembayaran serahan Wang Tak Dituntut menggunakan perkhidmatan FPX (Financial Process Exchange) secara atas talian. Ini melibatkan proses pembayaran secara mudah dan selamat.
- Pengguna dapat memuat naik Daftar Wang Tak Dituntut yang telah dienkripsi secara atas talian. Langkah ini membantu dalam mengemaskini dan menyimpan maklumat WTD secara selamat dalam sistem.
- Sistem membolehkan pengguna untuk membuat semakan wang tak dituntut eGUMIS dan semak status serahan Wang Tak Dituntut yang telah dikemukakan secara atas talian. Ini memudahkan pemantauan terhadap proses tuntutan yang sedang berjalan.
- Pengguna dapat memuat turun resit pembayaran serahan Wang Tak Dituntut sebagai rekod pembayaran dan pengesahan transaksi.
- Sistem eGUMIS menyediakan kemudahan untuk memuat turun surat kuiri serahan Wang Tak Dituntut. Ini mungkin diperlukan untuk tujuan perakaunan atau dokumentasi.
- Pengguna boleh mengemaskini maklumat rekod syarikat atau firma yang pernah didaftarkan dalam sistem eGUMIS.
Individu dan syarikat/firma dibenarkan untuk membuat semakan Wang Tak Dituntut eGUMIS secara dalam talian melalui nombor pengenalan diri dan nombor pendaftaran syarikat. Ini membolehkan mereka memeriksa sama ada terdapat sebarang jumlah dana yang tidak dituntut yang boleh mereka tuntut.
Semakan Wang Tak Dituntut eGUMIS 2024
Untuk menggunakan sistem tersebut, ikuti langkah-langkah mudah di bawah bagi membuat Semakan Wang Takk Dituntut eGUMIS :
- Langkah 1:
- Layari pautan portal https://egumis.anm.gov.my/
- Langkah 2:
- Lakukan pendaftaran pengguna secara atas talian. Pengguna akan menerima emel yang memuatkan kata laluan sementara untuk log masuk ke portal.
- Langkah 3:
- Log masuk ke portal menggunakan kata laluan sementara yang diterima melalui emel. Pengguna perlu menukar kata laluan kepada yang baru.
- Langkah 4:
- Kemaskini maklumat pengguna.
- Langkah 5:
- Klik pada ‘KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT‘ untuk melakukan semakan Wang Tak Dituntut eGUMIS. Gunakan nombor pengenalan diri atau nombor pendaftaran syarikat untuk membuat semakan, dan cetak maklumat Wang Tak Dituntut tersebut jika terdapat sebarang rekod.
Baca Juga :
Fasa awal, portal eGUMIS hanya menyimpan rekod Wang Tak Dituntut (WTD) dari tahun 2006 hingga kini.
Selain itu, penting untuk diingat bahawa sistem ini mempunyai sekatan di mana setiap pengguna hanya dibenarkan melakukan semakan wang tak dituntut eGUMIS sebanyak 2 kali sehari.
Contoh imej dalam semakan ini menunjukkan jumlah Wang Tak Dituntut sebanyak RM269.41.
Sila klik pada petak biru yang bertuliskan ‘Teruskan Dengan Permohonan‘ untuk memulakan proses tuntutan.
Permohonan Tuntutan Wang Tak Dituntut (WTD)
Untuk memulakan proses tuntutan Wang Tak Dituntut (WTD), ikuti langkah-langkah berikut:
- Langkah 1: Layari Portal eGUMIS
- Akses Portal eGUMIS dengan melayari laman web rasmi https://egumis.anm.gov.my/.
- Langkah 2: Semakan Wang Tak Dituntut eGUMIS
- Klik pada ruangan ‘KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT‘ untuk membuat semakan WTD melalui nombor pengenalan diri. Cetak maklumat WTD jika perlu.
- Langkah 3: Pilih Rekod WTD
- Klik pada rekod WTD yang ingin dituntut dan pilih ‘Teruskan Dengan Permohonan‘.
- Langkah 4: Tambah Penerima
- Klik ‘Tambah Penerima‘ untuk memasukkan maklumat penerima WTD. Pilih kotak yang sesuai dan masukkan maklumat perbankan, kemudian klik ‘Simpan‘.
- Langkah 5: Muat Naik Dokumen Sokongan
- Muat naik dokumen sokongan yang mandatori.
- Langkah 6: Hantar Permohonan
- Tandakan dua kotak persetujuan untuk pengakuan dan terma serta syarat eGUMIS. Klik ‘Hantar‘ dan pilih ‘Ya‘ untuk menghantar permohonan tuntutan.
- Langkah 7: Status Permohonan
- Rujuk ke Portal eGUMIS untuk memeriksa status permohonan Wang Tak Dituntut (WTD).
Jika terdapat wang yang tidak dituntut, anda boleh membuat permohonan untuk mendepositkan wang tersebut ke dalam akaun bank semasa anda.
Permohonan tuntutan WTD adalah layak bagi pihak-pihak berikut:
- Empunya/pemilik WTD sendiri;
- Pentadbir harta pusaka (wasi) yang dinamakan dalam Surat Kuasa Mentadbir Harta Pusaka;
- Pelikuidasi yang mewakili syarikat/firma yang sedang dalam proses penggulungan;
- Individu atau syarikat/firma yang dinamakan dalam Perintah Mahkamah; atau
- Suruhanjaya Syarikat Malaysia/Jabatan Insolvensi Malaysia bagi syarikat/firma yang bubar atau individu yang bankrap.
Selepas membuat tuntutan, biasanya ia akan mengambil masa lebih kurang satu bulan sebelum wang tersebut dikreditkan ke dalam akaun bank yang anda nyatakan dalam borang tuntutan.
Info Lanjut
Maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkaitan dengan semakan wang tak dituntut eGUMIS dan permohonan tuntutan Wang Tak Dituntut (WTD), anda boleh mengambil langkah-langkah berikut:
- Emel:
- Hantar emel kepada Pentadbir Sistem eGUMIS di [email protected].
- Call Centre:
- Hubungi Call Centre di talian +603 2056 8052/53/54/55 untuk mendapatkan bantuan dan maklumat tambahan.
- Pejabat:
- Untuk maklumat lanjut, hubungi pejabat di talian 03-2056 8000.
Pihak-pihak ini dapat memberikan panduan, jawapan kepada pertanyaan anda, dan membantu dalam menangani sebarang permasalahan yang berkaitan dengan semakan dan tuntutan WTD melalui portal eGUMIS.
One Response
Suri rumah