Bayar PTPTN guna KWSP kini menjadi antara pilihan paling praktikal bagi peminjam yang mahu mengurangkan beban kewangan tanpa perlu menggunakan duit gaji bulanan. Ramai yang masih belum sedar bahawa simpanan dalam Akaun 2 sebenarnya boleh dimanfaatkan untuk melangsaikan baki pinjaman pendidikan secara sah dan mudah.
Lebih menarik, proses permohonan tidak lagi rumit seperti dahulu. Semuanya boleh dibuat secara dalam talian melalui sistem e-Pengeluaran di laman rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja tanpa perlu hadir ke kaunter.
Melalui kemudahan ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional membenarkan bayaran balik pinjaman dibuat terus menggunakan simpanan KWSP. Jadi, anda boleh kurangkan hutang lebih cepat dan jimat kos jangka panjang.
Kalau masih tertanya-tanya macam mana caranya, panduan lengkap di bawah akan terangkan semuanya langkah demi langkah.
Apa Maksud Bayar PTPTN Guna KWSP?
Secara ringkasnya, bayar PTPTN guna KWSP merujuk kepada kemudahan yang membolehkan ahli menggunakan simpanan Akaun 2 untuk membuat bayaran balik pinjaman pendidikan. Melalui kaedah ini, peminjam tidak lagi perlu bergantung sepenuhnya kepada gaji bulanan atau wang simpanan peribadi untuk menjelaskan hutang pengajian.
Sebaliknya, sebahagian daripada simpanan KWSP boleh dikeluarkan bagi tujuan mengurangkan baki pinjaman, sama ada untuk melangsaikan tunggakan terdahulu, membuat bayaran secara separa atau terus menyelesaikan keseluruhan hutang sekaligus. Ini memberi lebih fleksibiliti kepada peminjam dalam mengurus kewangan mereka tanpa menjejaskan perbelanjaan harian.
Kaedah ini amat membantu terutamanya bagi graduan yang baru memulakan kerjaya atau individu yang mempunyai komitmen kewangan tinggi seperti bayaran rumah, kenderaan dan tanggungan keluarga. Dengan adanya kemudahan ini, beban pembayaran balik pinjaman pendidikan dapat diringankan dengan lebih teratur dan terkawal.
Pengeluaran KWSP untuk Pendidikan
Pengeluaran KWSP untuk Pendidikan ialah kemudahan yang membolehkan ahli menggunakan simpanan Akaun Sejahtera bagi membiayai kos pengajian. Pendidikan yang berkualiti penting untuk menjamin kestabilan kerjaya dan kehidupan yang lebih baik.
Pengeluaran boleh dibuat untuk diri sendiri, pasangan, anak-anak dan/atau ibu bapa di institusi pengajian yang diluluskan, sama ada di dalam atau luar negara.
Jumlah yang boleh dikeluarkan adalah berdasarkan yuran pengajian atau baki pinjaman pendidikan, atau keseluruhan simpanan Akaun Sejahtera (mengikut mana yang lebih rendah).
Kos yang dibenarkan termasuk yuran pengajian, baki pinjaman pendidikan, yuran hostel atau penginapan, serta tambang penerbangan sehala bagi pelajar tahun pertama yang belajar di luar kawasan atau luar negara. Bagi pengajian Sijil Tahap 3, pengeluaran hanya terhad kepada yuran pengajian sahaja.
Baca Juga:
- Cara Dapat Diskaun Bil Elektrik RM40 2026
- Cara Mohon Rumah Mesra Rakyat 2026
- Bantuan SARA Untuk Semua RM100
Kelebihan Bayar PTPTN Guna KWSP
- Peminjam dibenarkan menggunakan simpanan KWSP Akaun 2 sama ada milik sendiri atau pasangan (suami/isteri), anak-anak serta ibu bapa, tertakluk kepada syarat pengeluaran yang ditetapkan.
- Tiada had jumlah pengeluaran dikenakan; peminjam boleh melangsaikan tunggakan, membuat bayaran sebahagian atau menyelesaikan sepenuhnya baki pinjaman pendidikan PTPTN.
- Pengeluaran boleh dibuat lebih daripada sekali selagi Akaun 2 masih mempunyai baki.
- Tiada caj pemprosesan dikenakan bagi pengeluaran ini.
- Kaedah ini membantu menjimatkan kos ujrah serta memendekkan tempoh bayaran balik pinjaman.
- Walaupun bayaran balik PTPTN telah dibuat melalui potongan gaji atau debit terus, pengeluaran melalui KWSP masih dibenarkan.
- Dokumen sokongan tidak diperlukan bagi pengeluaran seterusnya.
Siapa yang Boleh Memohon
Syarat-syarat bagi pengeluaran KWSP untuk tujuan bayaran balik pinjaman pendidikan PTPTN adalah seperti berikut:
- Warganegara & Bukan Warganegara Malaysia
- Berumur 55 tahun ke bawah
- Mempunyai simpanan dalam Akaun Sejahtera
- Masih meneruskan atau telah menamatkan pengajian peringkat Sijil Tahap 3, diploma dan ke atas (akademik/profesional/berasaskan kemahiran/vokasional)
- Sedang belajar di institusi dalam negara (sepenuh masa, separuh masa, program jarak jauh dan francais)
- Institusi luar negara (program sepenuh masa)
- Tidak mendapat sebarang tajaan/ pinjaman pendidikan ATAU hanya mendapat sebahagian tajaan/ pinjaman pendidikan sahaja
- (Penerima tajaan/ pinjaman penuh adalah tidak layak untuk Pengeluaran Pendidikan)
- Dibenarkan untuk Ahli/ Anak/ Pasangan/ Ibu Bapa ahli yang berhenti/ gagal/ tidak tamat/tarik diri daripada pengajian.
- *Untuk menyelesaikan kesemua bayaran tunggakan kepada Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam tempoh 3 tahun dari penamatan pengajian; dan menyelesaikan baki pinjaman pendidikan dengan Institusi Pemberi Pinjaman (IPP)
Cara Permohonan Bayar PTPTN Melalui i-Akaun KWSP
Berikut adalah cara permohonan bayar pinjaman PTPTN melalui i-Akaun KWSP:

Langkah 1: Log masuk i-Akaun KWSP:
- Masukkan ID Pengguna dan klik Log masuk sekarang
- Masukkan Kata Laluan dan klik Teruskan
Langkah 2: Permohonan Pengeluaran Pendidikan:
- Klik Pengeluaran
- Klik Pendidikan
- Klik ikon ‘Keluarkan Simpanan’
- Patuhi Senarai Semak Permohonan dan Klik Okey
- Pilih Hubungan Ahli KWSP dengan peminjam PTPTN
- Masukkan No. Rujukan Pelajar (Semak dalam myPTPTN)
- Klik Teruskan
Langkah 3: Lengkapkan Maklumat Pengajian & Jumlah Bayaran:
- Pilih Peringkat Pengajian
- Institusi yang terlibat, pilih PTPTN dan klik Teruskan
- Masukkan amaun pengeluaran dan klik Teruskan
Langkah 4: Pengesahan Butiran Pengeluaran
- Semak dan sahkan Maklumat Perhubungan, Maklumat Pengajian & Maklumat Pengeluaran
- Klik Teruskan
- Klik Terima pada Pengisytiharan Pengeluaran
Langkah 5: Pengesahan Transaksi
- Masukkan nombor TAC (melalui SMS)
- Klik Teruskan
- Selesai (paparan pengeluaran telah berjaya dihantar akan keluar)
- Status permohonan akan dihantar melalui SMS/ Mesej Sekuriti inbox di i-Akaun KWSP
(Hanya Untuk Permohonan Kali Pertama)
Langkah 6: Pengesahan Cap Jari di Pejabat KWSP
- Terima SMS daripada KWSP (dalam tempoh 3-5 hari bekerja)
- Hadir ke Pejabat Cawangan KWSP dengan membawa bersama dokumen sokongan mengikut tempoh yang ditetapkan untuk proses pengesanan Cap Ibu Jari
Permohonan yang telah lengkap diterima PTPTN akan diproses dalam tempoh 7 hingga 14 hari bekerja.
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjut atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi Careline PTPTN di 03–2193 3000 atau Khidmat Pelanggan KWSP di 03–8922 6000 untuk mendapatkan bantuan.
Anda juga boleh berunding bersama Eksekutif Pemasaran PTPTN yang terlatih untuk membuat semakan baki akaun pinjaman bagi bayaran penuh pinjaman anda melalui pautan berikut:
- Live Chat: www.ptptn.gov.my
- e-Aduan: https://eaduan.ptptn.gov.my/
- Media Sosial: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)