Sponsored Ads

© 2024 hariankini | Privacy Policy | Disclaimer
Bantuan Perubatan Percuma B40

BANTUAN PERUBATAN PERCUMA B40

Isi Kandungan

Berita gembira untuk semua! Bantuan Perubatan Percuma B40 kini telah dilanjutkan untuk tahun 2024. Jangan lepaskan peluang emas ini untuk mendapatkan bantuan perubatan percuma B40 di klinik yang terlibat dalam Skim Perubatan MADANI tanpa kos tambahan!

Apakah Bantuan Perubatan Percuma B40?

Bantuan Perubatan Percuma B40 atau Skim Perubatan MADANI adalah satu inisiatif bantuan oleh Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan Malaysia. Inisiatif ini direka khas untuk menampung keperluan kesihatan golongan B40 dengan menyediakan akses kepada penjagaan kesihatan bagi rawatan sakit-sakit ringan.

Dengan komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat, Skim Perubatan MADANI menyediakan bantuan yang sangat diperlukan dalam memastikan kesihatan yang baik bagi semua lapisan masyarakat.

bantuan perubatan percuma b40

Skim Perubatan MADANI memberi peluang kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan swasta secara percuma. Kini, pada tahun 2024, kami gembira mengumumkan bahawa skim ini masih diteruskan bagi memastikan akses kepada perkhidmatan kesihatan yang berkualiti tanpa kos tambahan.

Objektif Bantuan Perubatan Percuma MADANI

  • Untuk meningkatkan kebajikan dan kesejahteraan golongan B40, terutamanya di kawasan bandar kerana dapat meningkatkan akses kepada Rawatan Sakit-sakit Ringan di klinik-klinik perubatan swasta yang berdekatan dengan tempat kediaman atau bekerja.
  • Untuk meningkatkan penglibatan pengamal perubatan swasta dalam Rawatan Sakit-sakit Ringan, melalui kaedah Kerjasama Awam-Swasta (Public-Private Partnership – PPP)

Kelayakan Bantuan Perubatan Percuma B40

  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berkeluarga, warga emas (tanpa pasangan) dan bujang.
  • Kelayakan adalah secara automatik.
  • Mereka yang layak WAJIB membuat pengisytiharan bahawa mereka TIDAK menerima mana-mana manfaat yang sama atau serupa seperti Skim ini daripada mana-mana skim majikan/kerajaan negeri/agensi perubatan lain.
kelayakan bantuan perubatan percuma b40

Jenis Bantuan Perubatan Percuma Kerajaan

  1. Rawatan pesakit luar kes-kes sakit ringan merangkumi
    • Demam dan Selsema
    • Cirit Birit dan Muntah
    • Terseliuh
    • Sakit Kepala
    • Trauma Ringan seperti luka ringan dan lain-lain
  2. Rawatan yang tidak termasuk adalah
    • Imunisasi Rutin.
    • Saringan Kesihatan.
    • Rawatan Susulan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) Rutin.
    • Rawatan Susulan Ibu dan Anak Rutin.
    • Perancangan Keluarga Rutin.
    • Perkhidmatan Rehabilitasi.
    • Permintaan Ubat tanpa konsultasi doktor.
    • Permintaan Suplemen.

Cara Membuat Semakan Bantuan Perubatan Percuma MADANI

Semak kelayakan anda untuk Bantuan Perubatan Percuma B40 dengan mudah melalui laman web https://kelayakan-spm.protecthealth.com.my/

semakan bantuan perubatan percuma b40

Artikel Berkaitan :

Bantuan Lesen Memandu Percuma B40

Senarai Klinik Bantuan Perubatan Percuma B40

Anda kini dapat menikmati perkhidmatan kesihatan dari Skim Perubatan MADANI di seluruh Malaysia, kerana senarai klinik yang berdaftar di bawah skim ini telah diperluaskan. Inisiatif ini membawa kemudahan penjagaan kesihatan kepada lebih ramai individu di pelbagai lokasi.

Anda boleh membuat carian klinik yang berdaftar di bawah Skim Perubatan MADANI terdekat dengan anda dengan mengikuti langkah berikut:

  1. Layari pautan laman web rasmi ProtectHealth : https://www.protecthealth.com.my/skimperubatanmadani
  2. Tekan butang ‘Cari Klinik Skim Perubatan Madani
  3. Masukkan maklumat Negeri, Daerah dan Bandar. Tekan butang ‘Cari
  4. Senarai nama klinik panel Skim Perubatan Madani akan tertera di skrin
senarai klinik bantuan perubatan percuma b40

Cara Dapatkan Bantuan Perubatan Percuma B40

  1. Semak Kelayakan
  2. Hadir Ke Klinik
    • Hadir ke mana-mana klinik swasta yang berdaftar dengan Skim Perubatan MADANI (boleh dikenalpasti dengan pelekat Skim Perubatan MADANI) dengan membawa kad/dokumen pengenalan.
    • Senarai Klinik Skim Perubatan MADANI boleh didapati di https://kelayakan-spm.protecthealth.com.my/find-clinics
  3. Terima Rawatan
    • Jika anda layak, anda boleh dapatkan rawatan sakit-sakit ringan secara PERCUMA.
  4. Baki Manfaat
    • Had manfaat Skim Perubatan MADANI anda akan ditolak selepas anda selesai mendapatkan rawatan. Manfaat Skim Perubatan MADANI adalah tertakluk kepada Terma & Syarat oleh pihak ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. seperti yang dinyatakan.
cara bantuan perubatan percuma b40

Nota: Manfaat Skim Perubatan MADANI adalah tertakluk kepada Terma & Syarat oleh pihak ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. seperti yang dinyatakan di laman web.

Cara Semak Baki Bantuan Perubatan Percuma B40

Baki Skim Perubatan Madani boleh disemak melalui beberapa cara berikut :

  1. Melalui Klinik Perubatan Swasta sewaktu lawatan untuk mendapatkan rawatan dilakukan.
  2. Secara online melalui aplikasi telefon pintar Skim Perubatan Madani.
  3. SMS akan dihantar ke nombor telefon bimbit yang didaftarkan selepas rawatan yang dilakukan.
  4. Hubungi talian +603-8687 2525 untuk semakan baki manfaat skim perubatan madani.
aplikasi skim perubatan madani

Info Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila layari laman sesawang di bawah

Laman Rasmi Skim Perubatan MADANI : https://protecthealth.com.my/skimperubatanmadani-ms/
Portal Manfaat : https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/skim-madani.html

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sponsored Ads

Top 10 Popular Posts