Bantuan Suri Rumah RM300 KWSP 2024 | Golongan suri rumah sekarang mempunyai pilihan untuk menyertai program i-Suri dan menerima insentif khas sehingga RM300 setahun dari Kerajaan. Inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan golongan suri rumah sambil menghargai sumbangan mereka kepada keluarga dan pembangunan negara.
Insentif i-Suri ini memberikan pelbagai kelebihan kepada golongan suri rumah dengan menjanjikan jaminan masa depan melalui penyertaan dalam skim KWSP.
Berikut adalah maklumat lanjut mengenai Bantuan Suri Rumah RM300 KWSP yang diteruskan untuk tahun 2024, yang sepatutnya dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh rakyat Malaysia.
Apakah Bantuan Suri Rumah RM300 KWSP?
Bantuan Suri Rumah RM300 KWSP atau i-Suri merupakan program caruman sukarela yang terbuka kepada wanita yang disenaraikan dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (eKasih), merangkumi suri rumah, balu, ibu tunggal, dan bujang.
Ahli KWSP yang layak akan menerima insentif khas sehingga RM300 setahun, tertakluk kepada had maksimum RM3,000 sepanjang hayat atau apabila mencapai umur 55 tahun, mana-mana yang terdahulu.
Tujuan Bantuan Suri Rumah RM300
Tujuan Bantuan Suri Rumah RM300 KWSP adalah untuk memberi peluang kepada suri rumah yang layak untuk :
- Memastikan mereka memiliki jaminan pendapatan persaraan pada usia tua, terutamanya bagi suri rumah yang berisiko tinggi terjebak dalam kemiskinan.
- Menjaga kebajikan suri rumah ketika mencapai usia tua atau apabila berlaku perubahan mendadak dalam rumah tangga.
- Mengiktiraf sumbangan yang diberikan oleh suri rumah dalam menjaga keharmonian rumah tangga dan pembangunan negara.
- Mendorong budaya penyimpanan yang berterusan untuk pendapatan persaraan ketika mencapai usia tua.
Inisiatif ini diperkenalkan dengan tujuan untuk mengatasi cabaran yang dihadapi oleh suri rumah, meningkatkan kestabilan kewangan mereka, dan memberikan pengiktirafan kepada peranan yang amat berharga yang mereka laksanakan dalam masyarakat.
Manfaat Bantuan Suri Rumah KWSP
Manfaat Bantuan Suri Rumah RM300 KWSP untuk tahun 2024 adalah seperti berikut:
- Insentif Khas:
- Menerima insentif khas sebanyak 50% setiap RM1 caruman, dengan insentif maksimum RM300 setahun.
- Had insentif seumur hidup adalah RM3,000 atau apabila mencapai umur 55 tahun, mana-mana yang terdahulu.
- Tertakluk kepada terma dan syarat kerajaan.
- Dividen Tahunan:
- Menikmati dividen tahunan berdasarkan simpanan persaraan anda.
- Bantuan Kematian:
- Tertakluk kepada terma dan syarat KWSP.
- Pelepasan Cukai:
- Tertakluk kepada terma dan syarat LHDN.
Syarat Kelayakan Bantuan Suri Rumah RM300 KWSP
Syarat Kelayakan Bantuan Suri Rumah RM300 KWSP adalah seperti berikut:
- Ahli KWSP:
- Individu perlu menjadi ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
- Warganegara Malaysia:
- Hanya warganegara Malaysia yang layak menerima Bantuan Suri Rumah RM300 KWSP ini.
- Had Umur:
- Kelayakan umur adalah bagi individu yang berumur 55 tahun atau ke bawah.
- Berdaftar dalam eKasih:
- Individu perlu berdaftar dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (eKasih) dan termasuk dalam senarai terkini untuk kategori suri rumah yang layak.
Artikel Berkaitan :
Semakan Bantuan MyKasih RM100 Sebulan 2024
Cara Mohon Bantuan Suri Rumah RM300 KWSP
Permohonan i-Suri bagi ahli yang tersenarai di dalam eKasih setakat senarai terkini boleh dilakukan melalui langkah-langkah berikut:
- Pendaftaran secara Automatik:
- Ahli KWSP baharu yang tersenarai dalam eKasih akan dilakukan secara automatik dengan menyepadankan maklumat dari eKasih.
- Pendaftaran Kendiri:
- Melalui aplikasi KWSP i-Akaun.
- Secara dalam talian di laman web KWSP.
- Pendaftaran di Self-Service Terminal (SST).
- Hadir ke Pejabat KWSP:
- Menghadiri Pejabat KWSP yang berhampiran dan melengkapkan Borang Permohonan Pendaftaran Caruman Sukarela i-Saraan/i-Suri (KWSP 16G (M)).
Pastikan untuk merujuk kepada panduan rasmi KWSP dan memastikan maklumat yang diberikan adalah tepat dan lengkap untuk memudahkan proses pendaftaran i-Suri KWSP
Laman Web KWSP | Pejabat KWSP | Self Service Terminal (SST) | KWSP i-Akaun |
---|---|---|---|
Pendaftaran i-Saraan Dalam Talian | Borang Permohonan Pendaftaran Caruman Sukarela i-Saraan/i-Suri – KWSP 16G (M) MyKad | Pendaftaran i-Suri di SST (Rujuk lokasi SST) MyKad | Pendaftaran i-Saraan/ i-Suri melalui aplikasi KWSP i-Akaun |
Dokumen yang diperlukan untuk mendaftar adalah:
- MyKad
- Borang i-Suri – KWSP 16G (M) (Pendaftaran kali pertama sahaja)
- Borang i-Suri – KWSP 6A (2) (Semasa pembayaran)
Cara Pembayaran i-SURI KWSP 2024
Aplikasi Mudah Alih
Pembayaran secara elektronik melalui aplikasi KWSP i-Akaun. Untuk maklumat lanjut, klik di sini.
*Bayaran caruman akan dikreditkan ke akaun KWSP ahli dalam tempoh 3 hari bekerja untuk pembayaran secara elektronik dan 7 hari bekerja untuk bayaran melalui saluran lain.
Perbankan Internet
Pembayaran secara elektronik melalui:
- Alliance Bank
- Bank Islam
- Bank Muamalat
- BSN
- CIMB Bank
- Hong Leong Bank
- Kuwait Finance House
- Maybank
- MBSB
- Public Bank
- RHB Bank
- Ambank
Ejen Bank Berdaftar
Pembayaran secara elektronik/tunai melalui Ejen Bank (EB) BSN.
*Bayaran caruman akan dikreditkan ke akaun KWSP ahli dalam tempoh 3 hari bekerja untuk pembayaran secara elektronik dan 7 hari bekerja untuk bayaran melalui saluran lain.
Kaunter Ejen Bank
Pembayaran secara tunai/cek di kaunter ejen bank:
- BSN
- Maybank
- Public Bank
- RHB Bank – Hanya menerima pembayaran kad debit dan pindahan debit sahaja.
Nota: Sila sertakan Borang Bayaran Caruman i-Saraan/i-Suri – KWSP 6A(2)
*Bayaran caruman akan dikreditkan ke akaun KWSP ahli dalam tempoh 3 hari bekerja untuk pembayaran secara elektronik dan 7 hari bekerja untuk bayaran melalui saluran lain.
Pejabat KWSP
- KWSP Shah Alam
- KWSP Kuala Lumpur
- KWSP Ipoh
- KWSP Seberang Jaya
- KWSP Alor Setar
- KWSP Kangar
- KWSP Johor Bahru
- KWSP Muar
- KWSP Melaka
- KWSP Seremban
- KWSP Kuantan
- KWSP Kuala Terengganu
- KWSP Kota Bharu
- KWSP Kota Kinabalu
- KWSP Kuching
*Pembayaran secara Kad Debit disediakan di semua Pejabat KWSP.
Nota: Sila sertakan Borang Bayaran Caruman i-Saraan/i-Suri – KWSP 6A(2)
Pasukan Mobile KWSP/ Relationship & Advisory (RA)
Kad Debit
- Pembayaran secara elektronik melalui Kad Debit.
- Amaun bayaran caruman adalah tertakluk kepada had transaksi Kad Debit pembayar.
Untuk makluman lanjut, klik di sini.
*Bayaran caruman akan dikreditkan ke akaun KWSP ahli dalam tempoh 3 hari bekerja untuk pembayaran secara elektronik dan 7 hari bekerja untuk bayaran melalui saluran lain. **Bayaran caruman secara kad debit melalui perkhidmatan Pasukan Mobile KWSP/ Relationship & Advisory (RA) adalah tertakluk kepada jadual lawatan.
Had Caruman i-SURI KWSP
Minimum | Maksimum |
---|---|
Tiada had *Tertakluk kepada saluran pembayaran | Had maksimum terkumpul bagi Caruman Sukarela (Caruman Pilihan Sendiri, Caruman i-Saraan, Caruman i-Suri dan Caruman Penambahan Simpanan Akaun 1) melalui semua saluran pembayaran adalah RM100,000 setahun. |
Bagaimanapun, ahli digalakkan untuk mencarum sekurang-kurangnya RM600 di bawah i-Suri bagi tahun berkenaan untuk melayakkan ahli menerima insentif khas maksimum tahunan sebanyak RM300.
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaaan mengenai Caruman Sukarela i-SURI KWSP, sila layari www.kwsp.gov.my atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan di talian 03-8922 6000.
Sebarang pertanyaan berhubung sistem eKasih, boleh rujuk Portal ICU, Jabatan Perdana Menteri. (https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx).