Search

Sponsored Ads

© 2024 hariankini | Privacy Policy | Disclaimer
Borang Pendaftaran Rumah Mesra Rakyat 2024

PENDAFTARAN RUMAH MESRA RAKYAT 2024

Isi Kandungan

Borang Pendaftaran Rumah Mesra Rakyat 2024 | Program Rumah Mesra Rakyat diperkenalkan untuk membantu golongan dengan pendapatan isi rumah kurang daripada RM 5,000 yang tidak memiliki rumah atau tinggal di rumah usang, tetapi memiliki tanah untuk membina rumah sendiri yang selesa dan lengkap.

permohonan rumah mesra rakyat 2024

Kaedah Pelaksanaan

ciri rumah mesra rakyat 2024

Harga & Reka Bentuk Rumah Mesra Rakyat 2024

Konsep binaan Rumah Mesra Rakyat 2024 adalah rumah setingkat yang dilengkapi dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Harga untuk RMR adalah seperti berikut:

pelan lantai rumah mesra rakyat 2024

Contoh Rumah Mesra Rakyat 2024

contoh rumah mesra rakyat 1

contoh rumah mesra rakyat 2

contoh rumah mesra rakyat 3

contoh rumah mesra rakyat 4

contoh rumah mesra rakyat 5

contoh rumah mesra rakyat 6

Syarat Kelayakan Pendaftaran Rumah Mesra Rakyat 2024

Syarat-syarat untuk memohon rumah mesra rakyat 2024 adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Pemohon mestilah berumur antara 18 hingga 65 tahun.
  3. Pendapatan bulanan isi rumah tidak boleh melebihi RM 5,000.
  4. Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri, atau memiliki rumah yang usang atau tidak sempurna.
  5. Tanah atau tapak yang dicadangkan harus sesuai dan bebas dari gadai, bebanan, atau sekatan. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon harus mendapatkan kebenaran dari tuan punya tanah yang dicadangkan.
  6. Keluasan tanah tidak boleh kurang dari 3,000 kaki persegi (tertakluk kepada rekabentuk).
  7. Bergantung pada peruntukan kewangan.
syarat kelayakan rumah mesra rakyat 2024

Nota

  • Keperluan penama kedua berumur 18-41 tahun bagi pemohon yang berumur melebihi 42 tahun di seluruh Malaysia.
  • Bagi permohonan penama kedua, pemohon perlu memberikan maklumat pasangan serta jumlah tanggungan.

Cara Membuat Pendaftaran Rumah Mesra Rakyat 2024

Pendaftaran Rumah Mesra Rakyat 2024 boleh dibuat secara online atau manual.

Permohonan boleh mendapatkan Borang Permohonan Rumah Mesra Rakyat di cawangan SPNB dan dimajukan kepada SPNB selepas permohonan dilengkapkan.

Artikel Berkaitan :

Langkah-langkah untuk memohon Rumah Mesra Rakyat 2024 secara online adalah seperti berikut:

  1. Layari Laman Web Rasmi https://rmr.spnbonline.com.my/.
  2. Tekan butang ‘Permohonan‘.
  3. Klik ‘Pendaftaran Rumah Mesra Rakyat‘.
  4. Isi Borang Pendaftaran Rumah Mesra Rakyat 2024 Login dengan lengkap (Kata laluan akan dihantar kepada permohon).
  5. Log Masuk ke laman utama menggunakan login ID (email) dan kata laluan yang diberikan untuk memulakan permohonan Rumah Mesra Rakyat 2024.
  6. Lengkapkan borang pendaftaran online rumah mesra rakyat 2024 dengan mengisi maklumat ke dalam sistem.
  7. Klik ‘Selesai Pendaftaran Borang dan Cetak Borang‘.
  8. Hantarkan borang rumah mesra rakyat 2024 berserta dokumen ke Pejabat SPNB Negeri yang berdekatan.
  9. Semakan dan penilaian oleh pihak SPNB.
  10. Maklum balas dalam tempoh 3 bulan dan kelulusan adalah tertakluk kepada peruntukan tahunan.

Dokumen yang diperlukan untuk Pendaftaran Rumah Mesra Rakyat 2024 adalah seperti berikut:

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan).
  • Salinan kad pengenalan tuan tanah.
  • Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan).
  • Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru
  • Slip gaji terkini (3 bulan) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua. Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang.
  • Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah.
  • Salinan sijil nikah pemohon.
  • Borang laporan tapak bergambar.

Nota :

  • Surat Pengesahan pendapatan/ tidak memiliki rumah/ memiliki rumah usang perlu disahkan melalui Penghulu / Ketua kampung / Pegawai Profesional Kelas A.
  • SPNB berhak untuk mendapatkan dokumen tambahan tertakluk kepada keperluan dari semasa ke semasa.
  • Format bagi Surat Akuan Bersumpah dan Borang Lawatan Tapak Bergambar disediakan oleh SPNB.
  • Keperluan pemohon kedua adalah bertujuan untuk pengambilan insurans (pinjaman) dan mewakili pemohon (jika perlu) bagi tujuan pembayaran bulanan.

Semakan Status Pendaftaran Rumah Mesra Rakyat 2024

Mengikut prosedur, pihak SPNB akan memberikan maklum balas dalam tempoh tiga (3) bulan setelah permohonan diterima. Kelulusan, bagaimanapun, hanya akan dibuat tertakluk kepada peruntukan kewangan tahunan.

Untuk pembinaan rumah, tempoh yang diperuntukkan adalah selama lapan belas (18) bulan dari tarikh penyerahan tapak kosong atau perjanjian, tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.

Tanggungjawab Pemohon (Lulus Rumah Mesra Rakyat 2024)

  • Mengisi dan melengkapkan Borang Permohonan Rumah Mesra Rakyat 2024 .
  • Menyediakan tapak cadangan termasuk jalan masuk untuk pembinaan.
  • Menyediakan sumber bekalan air dan elektrik.
  • Melakukan penyambungan bekalan utiliti setelah rumah disiapkan.
  • Membuka akaun bank bagi pembayaran balik bulanan.

Info Lanjut

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan mengenai Pendaftaran Rumah Mesra Rakyat 2024 SPNB, rujuk laman web rasmi https://spnb.com.my/

Sebarang pertanyaan, sila hubungi :

Telefon : +603-7849 2000

Waktu urusan:
Isnin hingga Jumaat (8.30 pagi – 5.30 petang)

Alamat:
Level 1, Blok C, Dataran PHB Saujana Resort, Seksyen U2,
40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

E-mel: [email protected]

Laman web : www.spnb.com.my

IBU PEJABAT SPNB

Syarikat Perumahan Negara Berhad
Tingkat 8, Wisma Perkeso
Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur.
Telefon: 03-2618 5555 / 03-2618 5556 (Talian Am)
E-mel: [email protected]

SENARAI CAWANGAN SPNB

CAWANGAN KEDAH
No.28 & 29, Jalan UJ 2 Taman Universiti Jaya, Semeling, 08100 Bedong, Kedah.
Tel: 04-4500375 / 04-4500376
Faks: 04-4500379
E-mail: [email protected]

CAWANGAN MELAKA
No 76 & 78 Jalan LP 2, Taman Limbongan Permai, 75200 Melaka.
Tel: 06-3369751 / 06-3369752
Faks: 06-3369753
E-mail: [email protected]

CAWANGAN NEGERI SEMBILAN
No 24, Jalan Pusat Komersial Saujana 1, Pusat Komersial Saujana, Seremban 2 Height, 70300 Seremban, Negeri Sembilan.
Tel: 06-601 4498 / 06-601 4350
Faks: 06-601 3507
E-mail: [email protected]

CAWANGAN TERENGGANU
No.K-5,Ruang Niaga Semarak Felda, Komplek Felda Wilayah Terengganu, Mukim Kuala Nerus, 21060 Kuala Terengganu, Terengganu.
Tel: 09-6660010 / 09-6660054
Faks: 09-6627312
E-mail: [email protected]

CAWANGAN PERAK
No.9 & 9A, Jalan Meru Bestari A6, Medan Meru Bestari, Bandar Meru Raya, 30200 Ipoh, Perak.
Tel: 05-5264188 / 05-5263876
Faks: 05-5264319
E-mail: [email protected]

CAWANGAN PAHANG
A-53 – G & 1, Jalan IM 7/18, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang.
Tel: 09-573 3222
Faks: 09-573 3666
E-mail: [email protected]

CAWANGAN JOHOR
Lot 6 & 7, Tingkat 13, Menara Tabung Haji, Jalan Ayer Molek, 80000 Johor Bahru, Johor.
Tel: 07-2259900 / 07-2259911
Faks: 07-2223233
E-mail: [email protected]

CAWANGAN KELANTAN
No. PT2240, Taman Merbau Utama, Batu Tinggi Bukit Merbau, 16810 Pasir Puteh, Kelantan.
Tel: 09-7886546 / 09-788754509-7886546 / 09-7887545
Faks: 09-7885545
E-mail: [email protected]

CAWANGAN SARAWAK
Lot 13319, Sublot No 3, Section 65 KTLD, Riveredge Commercial Centre, Jalan Tun Abdul Rahman Yaakub,
93050 Kuching, Sarawak.
Tel: 082-230032 / 082-240032
Faks: 082-230055
E-mail: [email protected]

CAWANGAN SABAH
Lot S01, S02 & S03, Vista Seri Melalin, Jalan Kompleks JKR Tuaran, 89208 Tuaran, Sabah.
Tel: 088-791610 / 088-791612
Faks: 088-791613
E-mail: [email protected]

Untuk maklumat lanjut, sila layari
https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/rmr.html

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sponsored Ads

Top 10 Popular Posts