Search

Sponsored Ads

© 2024 hariankini | Privacy Policy | Disclaimer
Jadual Pembayaran SARA Terkini 2024

SARA 2024 : Tarikh Bayaran & Semakan Status

Isi Kandungan

Manfaat Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada 700 ribu penerima STR yang akan menerima RM100 sebulan untuk tempoh 12 bulan bagi pembelian barang-barang asas di kedai runcit.

Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah sumbangan tambahan kepada penerima STR dalam kategori miskin tegar berdasarkan data eKasih. Ia boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan makanan asas di pasaraya / kedai runcit terpilih seluruh negara dengan menggunakan MyKad.

Dalam Belanjawan Madani 2024, isi rumah dengan lima anak atau tiga anak dan kadar tambahan yang penting iaitu untuk miskin tegar, mendapat bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) tambahan RM1200.

Manakala dalam Belanjawan 2024, bantuan ini diluaskan kepada 700,000 penerima STR dengan bayaran RM100/sebulan untuk 12 bulan melalui langkah yang sama iaitu melalui MyKad.

Kategori Yang Layak Menerima

Kadar tambahan STR berjumlah RM1200 dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar.

Kategori Penerima SARA

Kategori & Jumlah Bantuan SARA

Dua (2) kategori baharu Sumbangan Asas Rahmah fasa 2 diperkenalkan iaitu isi rumah miskin dan miskin tegar di bawah data e-Kasib dan JKM, dan sebagai contoh, kategori ini layak menerima RM100 sebulan selama 12 bulan di bawah Program SARA mulai Januari serta juga layak mendapat STR hingga RM2500 (bergantung kepada bilangan anak).

Kadar Sumbangan SARA

Kategori SARA 2024Amaun Bayaran
STR MiskinRM1,200
STR Miskin TegarRM1,200
STR Isi RumahRM300
STR Bujang150
Nota : Amaun kelayakan SARA 2024 adalah tertakluk kepada fasa STR 2024 diluluskan.

Jumlah Sara Isi Rumah

Jumlah Bujang

Semakan Status SARA

Bagi mengetahui sama ada anda layak menerima bantuan asas barang dapur melalui Sumbangan Asas Rahmah Fasa 2 (SARa), terdapat 5 kaedah yang boleh dilakukan iaitu:

  1. Semakan melalui Portal MySTR
  2. Semakan terus melalui portal rasmi MyKasih
  3. Surat Pemakluman
  4. Sistem Pesanan Ringkas (sms blast)
  5. Menghubungi MyKasih, HASIL atau MOF

Artikel Berkaitan : Tarikh & Jumlah Pembayaran STR Fasa 3

Semak Status

Semakan Melalui Portal MySTR

Anda boleh membuat semakan melalui portal MySTR melui pautan berikut:

  1. Layari https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Klik Log Masuk MySTR
  3. Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  4. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  5. Masukkan Kata Laluan
  6. Klik SEMAKAN PERMOHONAN

Penerima yang layak akan menerima status seperti berikut dalam MySTR masing-masing dengan jumlah bayaran turut tertera.

Status Lulus SARA

Semakan Melalui Portal MyKasih

Semakan secara online juga boleh dibuat melalui portal MyKasih seperti berikut;

Penerima yang layak, akan menerima status yang mengandungi maklumat berikut;

  • Status – Layak
  • Jumlah baki terkini
  • Nama
  • Nombor MyKad
  • Program bermula
  • Program berakhir

Layak Sumbangan Asas Rahmah

Jadual Pembayaran SARA

Bantuan tambahan Sumbangan Asas Rahmah Fasa 2 (SARA) bagi tahun 2024 telah mula disalurkan bermula 01 Februari 2024 (RM100 / sebulan) manakala bayaran seterusnya mulai Mac 2024 akan disalurkan ke akaun MyKad penerima pada 1 hari bulan setiap bulan seperti jadual berikut:

BulanIsi Rumah &
Warga Emas Tiada Pasangan
Bujang
Januari 2024RM100RM50
Februari 2024RM100RM50
Mac 2024RM100RM50
April 2024RM100RM50
Mei 2024RM100RM50
Jun 2024RM100RM50
Julai 2024RM100RM50
Ogos 2024RM100RM50
September 2024RM100RM50
Oktober 2024RM100RM50
November 2024RM100RM50
Disember 2024RM100RM50
JumlahRM1200RM600

Bagi penerima di Sabah / Sarawak, anda akan menerima bayaran RM600 / 2 kali bayaran pada 19 Februari 2024 (Isnin) dan 12 Ogos 2024 (Isnin) melalui pengkreditan ke akaun bank secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional seluruh negara.

Sabah & Sarawak

Maklumat lanjut mekanisme pelaksanaan SARA pula boleh dirujuk melalui pautan https://www.mykasih.com.my

Bagi tahun 2024, bantuan SARA ini akan diberikan sebanyak RM100 sebulan untuk tempoh 12 bulan – dengan jumlah bantuan RM1200.

Maklumat Lanjut

Pemohon STR boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my bagi maklumat lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sponsored Ads

Top 10 Popular Posts