Kementerian Kewangan telah mengumumkan bahawa bayaran bagi STR Fasa 3 akan secara automatik dikreditkan ke akaun penerima mulai Ogos 2024.
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah sebuah inisiatif bantuan kerajaan bagi golongan berpendapatan rendah serta sederhana yang benar-benar berkelayakan dan memerlukan bagi mendepani cabaran kos sara hidup.
Berikut dikongsikan maklumat mengenai STR Fasa 3.
Jumlah Keseluruhan STR 2024
Kadar bayaran STR adalah bergantung kepada kelayakan bayaran pada fasa permohonan yang telah diluluskan. Jumlah bayaran yang akan diterima adalah seperti berikut:
Pendapatan Isi Rumah : Kurang daripada RM2,500 sebulan
Jumlah STR | Bilangan Anak |
---|---|
RM2,500 | 5 Anak Atau Lebih |
RM2,000 | 3 – 4 Anak |
RM1,500 | 1 – 2 Anak |
RM1,000 | Tiada Anak |
Pendapatan Isi Rumah : RM2,501 – RM5,000
Jumlah STR | Bilangan Anak |
---|---|
RM1,250 | 5 Anak Atau Lebih |
RM1,000 | 3 – 4 Anak |
RM750 | 1 – 2 Anak |
RM500 | Tiada Anak |
Warga Emas Tiada Pasangan Berumur Lebih 60 Tahun
RM600 |
Bujang (Pendapatan durang daripada RM2,500)
RM350 |
Syarat Kelayakan STR 2024
STR Kategori Isi Rumah
Pemohon
- Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
- Lelaki atau wanita yang menjadi ketua keluarga dan bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah Pasangan
- Warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR / MyKAS).
- Bukan Warganegara Malaysia (selain pengenalan MyPR / MyKAS) Anak
- Hubungan mestilah anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan JPN sahaja; dan
- Warganegara Malaysia yang memiliki pengenalan Malaysia (MyKad / MyKID) sahaja; dan
- Tidak bekerja atau tiada punca pendapatan yang berumur: – 18 tahun dan ke bawah; atau – 19 tahun dan ke atas bagi yang masih belajar sepenuh masa di IPTA / IPTS
Pasangan
- Warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR / MyKAS)
- Bukan Warganegara Malaysia (selain pengenalan MyPR / MyKAS)
Anak
- Hubungan mestilah anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan JPN sahaja; dan
- Warganegara Malaysia yang memiliki pengenalan Malaysia (MyKad / MyKID) sahaja; dan
- Tidak bekerja atau tiada punca pendapatan yang berumur: – 18 tahun dan ke bawah; atau – 19 tahun dan ke atas bagi yang masih belajar sepenuh masa di IPTA / IPTS
STR Kategori Bujang
- Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
- Bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah bagi yang berumur 21 tahun hingga 59 tahun dan OKU berumur 19 tahun hingga 59 tahun
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa
STR Kategori Warga Emas / Tiada Pasangan
- Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
- Bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah bagi yang berumur 60 tahun dan ke atas
Tarikh Bayaran STR 2024
Tarikh Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah : Empat (4) fasa sumbangan adalah seperti berikut:
Fasa | Tarikh Pembayaran |
---|---|
Fasa 1 | Februari 2024 |
Fasa 2 | April 2024 |
Fasa 3 | Ogos 2024 |
Fasa 4 | November 2024 |
Tarikh Bayaran STR Fasa 3
- Pembayaran STR 2024 Fasa 3 akan dibayar secara berperingkat pada Ogos 2024
- Namun begitu, tarikh bayaran akan mengikut tarikh penghantaran borang permohonan (secara online dan borang kertas)
- Sama seperti sebelum ini, bayaran bantuan akan dikreditkan terus ke dalam akaun penerima yang layak
- Manakala bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank atau status mereka tidak aktif, pembayaran STR akan dibuat secara penebusan tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran
Kini Trending : Cara Membuat Pengeluaran Akaun 3 KWSP
Semakan Status STR Fasa 3
- Layari Portal Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Masukkan No. Kad Pengenalan dan klik Log Masuk
- Klik Semak
- Pastikan kata kunci keselamatan betul
- Masukkan kata laluan
- Setelah berjaya log masuk, Klik Semakan Pembayaran Fasa 1
- Maklumat akan dipaparkan. Klik Maklumat Bayaran untuk status pengkreditan.
Maklumat Lanjut STR Fasa 3
Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan
- Portal Rasmi STR LHDNM: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Hotline STR HASiL: 1-800-88-2747.
- Hotline MOF: 03-8882 4565 / 4566.
- Alamat Kementerian Kewangan: Presint 2, 62592 Putrajaya