Sponsored Ads

© 2024 hariankini | Privacy Policy | Disclaimer
BUDI MADANI 2024

Budi Madani : Bantuan RM200 Sebulan Akan Mula Disalurkan

Isi Kandungan

Apakah itu Budi Madani?

BUDI MADANI merupakan inisiatif Kerajaan MADANI yang bertujuan untuk memastikan subsidi disalurkan kepada golongan yang layak. Dalam Belanjawan 2024 yang diumumkan, kerajaan komited untuk menyasarkan semula subsidi bahan api, dengan tujuan untuk mengurangkan aktiviti penyeludupan dan ketirisan subsidi rakyat.

Bagi memastikan kesejahteraan majoriti rakyat terus dijaga, BUDI MADANI diperkenalkan sebagai platform penyasaran semula untuk mengenalpasti golongan yang memerlukan subsidi. Subsidi untuk kenderaan pengangkutan barangan darat tertentu akan diteruskan untuk mengawal harga barangan, sementara individu yang dipilih akan menerima bantuan tunai untuk menangani kenaikan kos sara hidup.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang program ini dan cara untuk memohon.

Kategori Penerima Budi Madani

Penerima subsidi terbahagi kepada tiga kategori iaitu MySubsidi Diesel, BUDI Agri-Komoditi, dan BUDI Individu.

Penerima yang layak di bawah kedua-dua kategori BUDI Individu dan BUDI Agro-Komoditi akan disalurkan sebanyak RM200 sebulan seiring dengan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel.

Bantuan Subsidi Madani

Budi Individu

BUDI Individu merupakan sumbangan tunai Kerajaan lanjutan daripada pelaksanaan program penyasaran subsidi diesel. Kategori ini khusus untuk individu daripada golongan bukan T20 yang memiliki kenderaan diesel di Semenanjung Malaysia.

Syarat Kelayakan Budi Individu

    Bagi kategori BUDI Individu, syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:

    • Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
    • Mempunyai kenderaan diesel persendirian yang berdaftar dengan JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) selain kenderaan mewah yang berusia kurang daripada 10 tahun.
    • Kenderaan tersebut mesti mempunyai cukai jalan yang aktif.
    • Pendapatan tahunan individu atau pasangan tidak melebihi RM100,000.

    Setiap permohonan akan disemak silang dengan data dari Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) untuk memastikan tiada pemilik kenderaan mewah berusia kurang daripada 10 tahun dan individu berpendapatan tinggi (T20) yang layak menerima bantuan ini.

    *Nota: Pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia boleh membuat semakan ke atas maklumat pendapatan yang telah dikemukakan dan sekiranya perlu, mengeluarkan notis di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 ke atas pemohon bagi pengemukaan borang nyata cukai pendapatan.

    Budi Individu

    Budi Agri-Komoditi

    BUDI Agri-Komoditi merupakan sumbangan tunai Kerajaan lanjutan daripada pelaksanaan program penyasaran semula subsidi diesel. Kategori ini adalah khusus untuk petani kecil (Tanaman, Akuakultur, dan Ternakan) dan pekebun kecil (Sawit, Getah, Koko, Lada, dan Kenaf) di Semenanjung Malaysia yang berdaftar dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) atau Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK).

    Syarat Kelayakan Budi Agri-Komoditi

    Bagi kategori BUDI Agri-Komoditi, syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:

    • Pemohon mestilah berdaftar sebagai petani atau pekebun kecil dengan agensi berkaitan di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) atau Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK).
    • Pemohon mestilah petani atau pekebun kecil komoditi yang aktif dengan hasil jualan pertanian tahunan antara RM50,000 dan RM300,000.

    Budi Agri Komoditi

    MySubsidi Diesel

    MySubsidi Diesel secara asasnya ialah platform untuk syarikat pengangkutan awam darat dan pengangkutan barangan darat tertentu di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) untuk mendapatkan kelayakan membeli diesel bersubsidi daripada syarikat minyak yang dipilih pada harga yang lebih rendah berbanding harga pam yang ditetapkan oleh Kerajaan di stesen minyak.

    Tarikh Permohonan Dibuka

    Permohonan untuk BUDI MADANI akan dibuka mulai 28 Mei 2024. Bagi mereka yang layak, program ini menawarkan subsidi sebanyak RM200 sebulan. Pemohon boleh memohon di bawah salah satu daripada dua kategori berikut:

    • BUDI Individu: Untuk pemilik kenderaan diesel persendirian.
    • BUDI Agri-Komoditi: Untuk petani kecil dan pekebun kecil komoditi.

    Cara Membuat Permohonan Budi Madani

    Permohonan boleh dibuat secara online melalui laman web rasmi BUDI MADANI dan Portal permohonan akan dibuka sepanjang tahun bagi memudahkan pemohon.

    Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat permohonan BUDI MADANI:

    1. Layari laman web rasmi BUDI MADANI di https://budimadani.gov.my.
    2. Cari pautan atau butang “Mohon Disini” dan klik pada butang tersebut.
    3. Daftar untuk akaun pengguna jika ini adalah permohonan pertama anda. Jika sudah mempunyai akaun, log masuk ke dalam sistem menggunakan kredensial anda.
    4. Isi borang permohonan online dengan maklumat peribadi dan butiran yang diperlukan. Pastikan anda memberikan maklumat yang tepat dan lengkap.
    5. Semak kembali maklumat yang telah anda isi untuk memastikan maklumat anda betul.
    6. Hantar permohonan anda melalui laman web tersebut.
    7. Selepas menghantar permohonan, tunggu pengesahan atau maklum balas daripada BUDI MADANI melalui e-mel atau melalui portal tersebut.

    Pastikan untuk merujuk kepada panduan atau arahan yang diberikan pada laman web semasa membuat permohonan untuk memastikan proses berjalan dengan lancar. Jika terdapat sebarang pertanyaan atau keraguan, anda boleh menghubungi pusat khidmat pelanggan BUDI MADANI untuk bantuan lanjut.

    Tarikh Bayaran Budi Madani

    Permohonan yang dibuat dan diluluskan sebelum 3 Jun 2024 akan menerima bayaran pertama menjelang pertengahan Jun 2024, dan bantuan seterusnya akan disalurkan secara bulanan.

    Kementerian Kewangan dalam kenyataan terkini memaklumkan, penerima akan disalurkan bantuan tunai pertama berjumlah RM200 pada 10 Jun 2024 melalui akaun bank penerima.

    Manakala bagi permohonan yang diluluskan selepas 3 Jun 2024 akan menerima bayaran pertama dalam tempoh 2 minggu dan seterusnya secara bulanan.

    Baca Juga : Tarikh & Jadual Bayaran Bantuan STR Fasa 3

    Jumlah & Kaedah Pembayaran Budi Madani

    BUDI MADANI akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima setiap bulan. Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank, mereka boleh menuntut bantuan ini secara tunai di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh Semenanjung Malaysia.

    Penerima yang layak akan disalurkan sebanyak RM200 sebulan seiring dengan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel.

    Pembayaran akan dikreditkan ke akaun yang berdaftar dalam sistem BUDI MADANI atau secara tunai di mana-mana Cawangan BSN sekiranya tiada akaun bank.

    Maklumat lanjut berkenaan tarikh pembayaran boleh diperolehi dengan menekan butang “Semak Status” pada papan pemuka (dashboard) permohon.

    Status Lulus Budi Madani

    Untuk makluman, penerima tanpa akaun bank boleh menuntut BUDI MADANI secara tunai dengan membawa MyKad di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh Semenanjung Malaysia.

    Maklumat Lanjut & Pertanyaan

    Untuk maklumat lanjut mengenai cara permohonan dan syarat-syarat kelayakan, anda boleh melayari laman web rasmi di https://budimadani.gov.my. Anda juga boleh menghubungi talian bantuan BUDI MADANI di nombor berikut:

    • 1-800-88-2747
    • 03-8882 4565
    • 03-8882 4566

    Selain itu, pertanyaan juga boleh diajukan melalui e-mel di alamat [email protected]. Maklumat lanjut turut boleh diperolehi di semua pejabat LHDNM di seluruh Semenanjung Malaysia.

    One Response

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Sponsored Ads

    Top 10 Popular Posts