Sponsored Ads

© 2024 hariankini | Privacy Policy | Disclaimer
Bantuan Tambahan RM1000 STR 2024

Bantuan Tambahan RM1000 STR 2024 : Semak Sekarang

Isi Kandungan

Tahukah anda? Anda boleh menuntut Bantuan Tambahan RM1000 STR bagi penerima Sumbangan Tunai Rahmah 2024.

Bantuan tambahan ini dilaksanakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan juga Bank Simpanan Nasional(BSN).

Bantuan ini dikenali sebagai Skim Khairat Kematian (SKK).

Bagi yang belum tahu, bantuan ini boleh dituntut sekiranya berlaku kematian ke atas penerima STR ataupun pasangan penerima yang telah meninggal dunia.

Bantuan Skim Khairat Kematian RM1000

Bantuan Tambahan RM1000 STR

Bantuan tambahan RM1000 buat penerima STR adalah Skim yang diperkenalkan oleh kerajaan iaitu Skim Khairat Kematian. Skim ini merupakan bantuan pengurusan kematian.

Ia merupakan program yang ditawarkan oleh kerajaan untuk membantu rakyat yang mengalami kematian dalam kalangan ahli keluarga penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Skim ini boleh dimohon bagi mendapatkan bantuan kewangan untuk menanggung kos pengkebumian dan pengurusan jenazah.

Artikel Berkaitan : Tarikh Pembayaran & Jumlah STR Fasa 3

Siapakah Yang Layak Menerima Bantuan Tambahan RM1000 STR Ini?

Mereka yang layak menerima RM1000 tambahan ini adalah waris kepada penerima STR. Menurut Lembaga Hasil dalam Negeri(LHDN), waris layak menuntut RM1000 dengan syarat penerima STR meninggal dunia dalam tempoh 1 Januari sehingga 31 Disember 2024.

Skim Khairat Kematian Syarat Kelayakan

Kategori Yang layak Menuntut RM1000 tambahan Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Kategori Layak STR Tambahan RM1000

Nota Penting : Sekiranya kedua-dua pemohon dan pasangan telah meninggal dunia atau tidak dapat hadir untuk menuntut wang Skim Khairat Kematian(SKK) atau RM1000 tambahan ini, maka waris yang berdaftar boleh mewakilkan diri untuk mengemukakan tuntutan.

Waris yang layak didaftarkan adalah seperti berikut:

  • Pasangan
  • Ibu
  • Bapa
  • Anak (Kandung/Tiri/Angkat)
  • Adik-beradik
  • Cucu

Tiada had umur kelayakan untuk waris. Walaubagaimanapun, bagi waris yang berumur 17 tahun ke bawah, dokumen pengenalan diri dan pertalian perlu dibawa selain hadir bagi pengesahan cap jari/tandatangan individu di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).

Dokumen yang diperlukan untuk tuntut Bantuan Tambahan RM1000

Kepada ahli waris penerima STR, anda perlu menyediakan dokumen yang berikut untuk membuat tuntutan RM1000 :

  • Sijil Kematian Asal / Salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Dokumen ini penting untuk mengesahkan kematian ahli dan tarikh kematian.
  • Dokumen Pengenalan Diri asal Waris. Dokumen ini perlu untuk mengenal pasti waris yang layak menerima bayaran skim khairat kematian. Dokumen yang boleh digunakan termasuk kad pengenalan, pasport, atau sijil kelahiran.
  • Dokumen Sokongan Tambahan (sekiranya perlu). Dokumen ini boleh merangkumi surat kuasa, surat akuan sumpah, atau dokumen lain yang berkaitan dengan status waris atau hubungan dengan ahli yang meninggal dunia.

Semakan Status STR

Semakan Status boleh dibuat di portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Bantuan Tambahan Sumbangan Tunai Rahmah boleh layari laman web rasmi STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my/ atau boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian hotline BKK LHDNM di 1-800-88-2747.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sponsored Ads

Top 10 Popular Posts