Sponsored Ads

© 2024 hariankini | Privacy Policy | Disclaimer
Bantuan Mykasih RM100 Sebulan MyKad

SEMAKAN BANTUAN MYKASIH RM100 SEBULAN 2024

Isi Kandungan

Bantuan MyKasih RM100 sebulan ini yang telah dilaksana secara berperingkat bermula 22 Januari 2024 bagi tujuan untuk meningkatkan taraf ekonomi bagi golongan rentan dan memegang teguh prinsip kesaksamaan yang menjadi teras kepada kerangka Ekonomi MADANI.

Kerajaan telah menambah baik program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebagai bantuan subsidi bersasar kepada rakyat yang paling terjejas oleh bebanan kos sara hidup.

Apakah Bantuan MyKasih RM100 Sebulan 2024

Bantuan MyKasih RM100 Sebulan (SARA) adalah sumbangan tambahan kepada penerima STR dalam kategori miskin tegar berdasarkan data eKasih. Ia boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan makanan asas di pasaraya atau kedai runcit terpilih seluruh negara dengan menggunakan MyKad.

Kerajaan juga telah membuat beberapa penambahbaikan bagi Bantuan MyKasih RM100 Sebulan ini.

Penambahbaikan Bantuan MyKasih 2024

  1. Memperluas penerima yang layak untuk SARA merangkumi golongan miskin dan miskin tegar, berbanding tahun 2023 yang hanya terhad kepada miskin tegar;
  2. Meningkatkan kadar bantuan untuk isi rumah SARA kepada RM1,200 berbanding RM600 pada tahun 2023. Manakala, kadar untuk golongan bujang kekal RM600; dan
  3. Mengambil kira maklum balas penerima, penggunaan kredit program SARA diperluas daripada hanya makanan asas kepada tiga kategori barangan asas tambahan iaitu barangan kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan.

Dengan penambahbaikan tersebut, Bantuan MyKasih RM100 Sebulan ini dijangka memanfaatkan lebih 700,000 penerima dengan peruntukan RM700 juta berbanding tahun 2023, iaitu hanya 210,000 penerima dengan perbelanjaan RM130 juta.

Ini melibatkan peningkatan peruntukan lebih lima kali ganda berbanding tahun lepas. Di bawah bantuan ini, penerima yang layak boleh membeli barang keperluan asas terpilih dengan menggunakan myKAD di kedai-kedai runcit berdaftar.

Syarat Kelayakan Bantuan MyKasih RM100 Sebulan

Kelayakan Bantuan MyKasih 2024 adalah terhad kepada mereka yang memenuhi semua kriteria seperti di bawah:

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.

Jumlah Bayaran Bantuan MyKasih 2024

Setiap penerima yang dikenal pasti layak SARA akan menerima sumbangan berjumlah RM1,200 atau RM600 seperti berikut:

Kategori Kelulusan STR 2024
(Miskin dan Miskin Tegar)
Amaun Bayaran
Isi Rumah
i. Kahwin
ii. Ibu Bapa Tunggal (IBT) mempunyai anak
RM1,200
Warga Emas Tiada PasanganRM1,200
BujangRM600
Nota : Amaun kelayakan MyKasih 2024 adalah tertakluk kepada fasa STR 2024 diluluskan.

jumlah bantuan automatik mykad sara 2024

Semakan Status Bantuan MyKasih RM100 2024

Semua penerima Bantuan MyKasih 2024 yang layak akan menerima surat lulus STR 2024 bersekali kelayakan SARA di alamat berdaftar dalam permohonan STR. Selain itu, semakan kelayakan SARA boleh dibuat melalui kaedah berikut:

  1. Sistem Pesanan Ringkas (SMS)
    • Penerima Bantuan MyKasih RM100 Sebulan yang layak akan menerima maklumat melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) / aplikasi WhatsApp daripada MyKasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima di bawah program ini, berserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat.
  2. Semakan Terus Melalui Portal Rasmi MyKasih

Baca Juga : Bantuan Lesen Memandu Percuma 2024

Cara Semakan Status Bantuan di Portal MyKasih

  1. Layari portal semakan di portal MyKasih : https://apps.mykasih.net:8443/mkmember/Redang/Recip/CheckStatus.aspx?lang=
  2. Pada bahagian atas paparan sila klik pada semak status bantuan, sila klik butang SEMAK STATUS
  3. Masukkan nombor Kad Pengenalan anda tanpa (-). Contoh : 85XXXXXXXXXX
  4. Kemudian sila masukkan captcha yang betul berdasarkan imej yang diberi.
  5. Tekan pada butang Semak Status untuk semakan.
  6. Jika status anda tidak layak, tiada rekod akan dipaparkan.

Bagaimana Bantuan MyKasih RM100 Sebulan Disalurkan

Setelah penerima Bantuan MyKasih RM100 Sebulan 2024 daripada alamat Semenanjung Malaysia diluluskan dan didaftarkan ke SARA, akaun akan dibuka berdasarkan MyKad penerima dalam sistem MyKasih di mana elaun perbelanjaan akan disimpan.

Penerima akan menerima elaun bulanan sebanyak RM100 selama 12 bulan melalui MyKad mereka untuk membeli barang makanan asas terpilih.

Pasar raya / kedai runcit yang mengambil bahagian dalam program SARA akan mempunyai infrastruktur sistem pembayaran MyKasih di dalam premis mereka di mana penerima dapat membuat pembayaran menggunakan MyKad.

Cara Membeli Barangan Bantuan Makanan SARA 2024

  • Pilih Barangan Keperluan – Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 10 kategori makanan yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  • Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan – Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan.
  • Imbas Kod Barangan – Juruwang mengimbas setiap barang keperluan makanan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  • Bayar Menggunakan MyKad – Penerima bantuan memasukkan nombot pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian
  • Simpan Resit Untuk Semakan – Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.

10 Kategori Makanan Yang Boleh Dibeli Dengan Bantuan SARA 2024

Penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) boleh membeli barangan runcit asas daripada 10 kategori produk yang diluluskan iaitu:

  • Beras
  • Roti
  • Telur
  • Minyak Masak
  • Tepung
  • Biskut
  • Mi Segera
  • Minuman (Contoh: Susu, Milo, Teh, Nescafe)
  • Makanan dalam Tin (Contoh: Sardin)
  • Bahan Perasa (Contoh: Sos, Kicap, Gula, Garam)
bantuan mykasih mykad 2024

Senarai Kedai & Pasaraya MyKasih di Semenanjung Malaysia

Mengambil kira sambutan bantuan SARA yang menggalakkan pada tahun lalu, Kerajaan juga telah meluaskan rangkaian rakan runcit (pasar raya/kedai) yang mengambil bahagian kepada 515 buah (setakat 17 Januari 2024) berbanding 424 buah (tahun 2023) di seluruh negara.

Semakan senarai pasaraya dan kedai runcit MyKasih bagi pembelian atau tuntuan Bantuan SARA boleh dibuat melalui pautan berikut:

Senarai Pasaraya dan Kedai Runcit Terlibat Mengikut Negeri

  • Klik Negeri – Pilih Negeri (Contoh: Selangor)
  • Taip Daerah (Contoh: Puchong)

Tarikh Bayaran Bantuan MyKasih RM100 Sebulan 2024

Pelaksanaan Bantuan MyKasih RM100 Sebulan 2024 akan bermula pada 22 Januari 2024 (Isnin) bagi penerima dari Semenanjung Malaysia, manakala penyaluran bantuan tunai untuk penerima dari negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan akan bermula 19 Februari 2024 (Isnin).

Bagi penerima Bantuan MyKasih di Semenanjung Malaysia, bantuan akan disalurkan secara bulanan iaitu RM100 sebulan untuk isi rumah dan warga emas tiada pasangan dan RM50 sebulan untuk golongan bujang.

Bagi penerima di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan pula, bantuan SARA akan disalurkan dua kali setahun iaitu RM600 untuk isi rumah dan warga emas tiada pasangan dan RM300 untuk golongan bujang pada 19 Februari 2024 (Isnin) dan 12 Ogos 2024 (Isnin) melalui pengkreditan ke akaun bank/secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara.

Penerima akan menerima elaun bulanan sebanyak RM100 / RM50 secara bulanan selama setahun melalui MyKad mereka untuk membeli barang keperluan asas terpilih. Pembayaran pertama akan dilakukan mulai 22 Januari 2024 manakala bayaran seterusnya mulai Februari 2024 akan disalurkan ke akaun MyKad penerima pada 1 hari bulan setiap bulan seperti jadual berikut:

BulanIsi Rumah &
Warga Emas Tiada Pasangan
Bujang
Januari 2024RM100RM50
Februari 2024RM100RM50
Mac 2024RM100RM50
April 2024RM100RM50
Mei 2024RM100RM50
Jun 2024RM100RM50
Julai 2024RM100RM50
Ogos 2024RM100RM50
September 2024RM100RM50
Oktober 2024RM100RM50
November 2024RM100RM50
Disember 2024RM100RM50
JumlahRM1200RM600

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut berkenaan Bantuan MyKasih RM100 Sebulan 2024 bagi penerima daripada Semenanjung Malaysia boleh didapati di:

  • Portal Rasmi MyKasih, www.mykasih.com.my; atau
  • Hubungi Talian Bantuan MyKasih 03-7720 1800

Sponsored Ads

Top 10 Popular Posts