Semakan Status SARA 2026 kini menjadi carian utama rakyat Malaysia yang ingin mengetahui kelayakan menerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah bagi tahun 2026. Inisiatif ini diperkenalkan oleh kerajaan sebagai bantuan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk menampung perbelanjaan barangan keperluan asas harian.
Bantuan SARA dibayar secara bulanan mengikut kategori penerima yang layak, selain turut disertakan bayaran sekali (one-off) kepada rakyat dewasa Malaysia tanpa mengira pendapatan.
Apakah Itu Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026?
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 merupakan bantuan kewangan berperingkat yang disalurkan melalui MyKad penerima. Objektif utama bantuan ini adalah untuk mengurangkan beban kos sara hidup, khususnya dalam kalangan golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
Melalui Semakan Status SARA 2026, penerima boleh mengetahui sama ada mereka layak menerima bayaran bulanan atau bayaran one-off yang diumumkan oleh kerajaan.
Kadar Bayaran SARA 2026 Mengikut Kategori
Jumlah bayaran SARA 2026 telah ditingkatkan berbanding tahun sebelumnya. Berikut ialah kadar bayaran bulanan yang ditetapkan:
Bayaran Bulanan SARA 2026
- Isi Rumah Miskin: RM200 sebulan
- Warga Emas Miskin: RM150 sebulan
- Bujang Miskin: RM100 sebulan
- Isi Rumah Bukan Miskin: RM100 sebulan
- Warga Emas Bukan Miskin: RM50 sebulan
- Bujang Bukan Miskin: RM50 sebulan
Bayaran SARA 2026 Sekali (One-Off)
Selain bayaran bulanan, penerima yang layak juga akan menerima bayaran tambahan seperti berikut:
- Isi Rumah:
- RM100 (suami)
- RM100 (isteri)
- Warga Emas: RM100 seorang
- Bujang: RM100 seorang
Bayaran one-off ini diberikan kepada kira-kira 22 juta rakyat dewasa Malaysia.
Jadual Pembayaran & Tempoh SARA 2026
Bagi penerima yang lulus Status SARA 2026, bayaran akan disalurkan seperti berikut:

- Bayaran Bulanan: Januari hingga Disember 2026
- Bayaran One-Off: Pertengahan Februari 2026
Semua bayaran SARA dibuat menggunakan Kad Pengenalan (MyKad) penerima di kedai runcit dan pasar raya terpilih.
Cara Semakan Status SARA 2026 Secara Online
Untuk membuat Semakan Status SARA 2026, ikuti langkah-langkah berikut:
- Layari laman web rasmi MyKasih di mykasih.com.my
- Skrol ke bahagian bawah halaman
- Klik butang “Semak Kelayakan”
- Masukkan nombor MyKad
- Tunggu proses pengesahan
- Klik “Semakan Status”
- Status kelayakan SARA 2026 akan dipaparkan
Artikel Berkaitan : Semak Status MyKasih 2026
Kenapa Perlu Buat Semakan Status SARA 2026?
Semakan secara berkala penting bagi memastikan:
- Status kelayakan terkini
- Kategori penerima yang diluluskan
- Jumlah bayaran yang layak diterima
- Sebarang perubahan atau kemas kini bantuan
Oleh itu, orang ramai disarankan untuk melakukan Semakan Status SARA 2026 dari semasa ke semasa bagi mengelakkan terlepas bantuan yang disediakan.
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan Sara MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]