Penduduk Gempar Objek Disyaki Serpihan Angkasa Ditemukan di Pesisir Pantai

Join WhatsApp

Klik Sini

Join Telegram

Klik Sini

PEKAN – Satu objek dipercayai serpihan dari angkasa telah ditemukan di pesisir pantai Kampung Tanjung, Nenasi, di sini pada Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintenden Mohd Zaidi Mat Zin berkata, objek tersebut ditemui oleh penduduk sekitar jam 5 petang sebelum laporan dibuat kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Menurut beliau, hasil siasatan awal mendapati serpihan berkenaan dipercayai jatuh dari angkasa ke dalam laut sebelum dihanyutkan arus ke kawasan pantai Nenasi.

“Objek berkenaan dianggarkan berukuran 4.26 meter panjang dan 3.64 meter lebar. Pemeriksaan yang dijalankan oleh pegawai Jabatan Tenaga Atom Malaysia mendapati ia tidak mengandungi sebarang unsur radiasi,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, sebagai langkah keselamatan, objek tersebut telah dipindahkan ke Balai Polis Nenasi untuk simpanan sementara sementara siasatan lanjut dijalankan oleh pihak kementerian berkaitan.

Tinjauan Bernama di lokasi mendapati kawasan sekitar objek itu telah dipasang garisan keselamatan polis. Serpihan yang dianggarkan seberat ratusan kilogram itu kelihatan dipenuhi teritip, dengan beberapa bahagian permukaannya mengalami kerosakan. – Bernama

Leave a Comment