RUMAH MESRA RAKYAT 2025 : BAYARAN ANSURAN SEBULAN HANYA RM100-RM360 SAHAJA.

admin

RUMAH MESRA RAKYAT 2025

RUMAH MESRA RAKYAT 2025 : BAYARAN ANSURAN SEBULAN HANYA RM100-RM360 SAHAJA.

Rumah Mesra Rakyat 2025 (RMR) adalah sebuah program bantuan subsidi rumah yang dilaksanakan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB). Program ini bertujuan untuk membantu golongan berpendapatan isi rumah kurang dari RM5,000 memiliki rumah yang sempurna dan selesa di tanah sendiri.

POST TRENDING: SEMAK STATUS LULUS ATAU TIDAK PEMBAYARAN STR FASA 3 2025 .

Apa itu Rumah Mesra Rakyat (RMR)

Rumah Mesra Rakyat atau secara ringkasnya disebut RMR adalah salah satu inisiatif kerajaan Madani bagi membantu golongan berpendapatan rendah yang tidak memiliki rumah/ tinggal di rumah yang usang/ tinggal di rumah sewa, dan mempunyai keinginan membina rumah di tanah sendiri dengan Harga yang berpatutan . Program ini menyediakan subsidi pembelian rumah yang sempurna dan selesa dengan bayaran bulanan yang rendah.

Syarat Kelayakan Pemohon Rumah Mesra Rakyat 2025

Berikut merupakan syarat kelayakan yang harus dipenuhi untuk memohon;

  • Warganegara Malaysia.
  • Pemohon mestilah berumur 18 tahun dan ke atas.
  • Pendapatan bulanan seisi rumah di antara RM 750 hingga RM 5,000.
  • Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri / atau memiliki rumah usang / tidak sempurna.
  • Tanah/tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian/ bebanan/ sekatan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan.
  • Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,000 kps (tertakluk kepada rekabentuk).
  • Tertakluk kepada peruntukan kewangan.

Tips Penting:

  • Keperluan penama kedua mestilah berumur 18-41 tahun bagi pemohon yang berumur melebihi 42 tahun di seluruh Malaysia.
  • Bagi permohonan penama kedua, pemohon perlu memberikan maklumat pasangan serta jumlah tanggungan.

Contoh Design Rumah Mesra Rakyat 2025

Cara Mohon Rumah Mesra Rakyat

  1. Log Masuk ke Laman Web Rasmi SPNB untuk permohonan : https://rmr.spnbonline.com.my/
  2. Klik Pada Pendaftaran Baru dan isikan Borang pendaftaran login dengan lengkap.
  3. Penerimaan Login ID dan Kata Laluan.
  4. Log Masuk ke Laman Utama.Sila Gunakan Login ID dan emel serta kata laluan yang diberikan untuk memulakan permohonan RMR.
  5. Lengkap kan (Maklumat) yang diperlukan.
  6. Klik Selesai dan Cetak Borang.
  7. Hantarkan Borang permohonan serta dokumen sokongan ke Pejabat Cawangan SPNB Yang berdekatan dengan tapak cadangan bagi tujuan penilaian.
  8. Semakkan dan Penilaian akan dilakukan oleh pihak SPNB.

selesai.

INFO: Maklum balas dalam tempoh 3 bulan dan kelulusan adalah tertakluk kepada peruntukan tahunan.

Dokumen Sokongan Permohonan

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan).
  • Salinan kad pengenalan tuan tanah.
  • Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan).
  • Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru
  • Slip gaji terkini (3 bulan) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua*.
  • Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang*.
  • Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah.
  • Salinan sijil nikah pemohon.
  • Borang laporan tapak bergambar.

Nota

  • Surat Pengesahan pendapatan/ tidak memiliki rumah/ memiliki rumah usang perlu disahkan melalui Penghulu / Ketua kampung / Pegawai Profesional Kelas A.
  • SPNB berhak untuk mendapatkan dokumen tambahan tertakluk kepada keperluan dari semasa ke semasa.
  • Format bagi Surat Akuan Bersumpah dan Borang Lawatan Tapak Bergambar disediakan oleh SPNB.
  • Keperluan pemohon kedua adalah bertujuan untuk pengambilan insurans (pinjaman) dan mewakili pemohon (jika perlu) bagi tujuan pembayaran bulanan.

Kaedah Pembayaran Bulanan Rumah Mesra Rakyat 2025 (Jika Diluluskan)

Pemohon perlu membuka akaun dan membuat bayaran melalui kaunter BSN, Pejabat Pos, JOMPAY, Agen BSN, dan mesin CDM BSN. Pembayaran di Pejabat Cawangan juga boleh dilakukan.

  • Tempoh bayaran bulanan (16 tahun hingga 25 tahun).
  • Jumlah bayaran bulanan (RM300 di semua kawasan).

Soalan Lazim (FAQ)

  • Berapa lamakah tempoh kelulusan dan pembinaan rumah?
    • Mengikut prosedur, maklum balas akan diberikan dalam tempoh tiga (3) bulan. Manakala kelulusan hanya dibuat tertakluk kepada perutukan kewangan tahunan Bagi pembinaan rumah pula, tempoh yang diperuntukan adalah selama lapan belas (18) bulan dari tarikh penyerahan tapak kosong / perjanjian tertakluk kepada termas dan syarat.
    • Bolehkah memohon sekiranya tanah mempunyai banyak tuan tanah?
      • Boleh sekiranya kesemua tuan tanah (masih hidup) memberi kebenaran.
    • Apakah sebab permohonan ditolak?
      • Antara sebab utama permohonan ditolak adalah:
        • Pendapatan seisi rumah melebihi syarat kelayakan
        • Telah memiliki rumah yang masih berkeadaan baik
        • Tapak cadangan tidak sesuai
        • Geran hakmilik mempunyai masalah / sekatan
    • Bolehkah rumah diubahsuai?
      • Boleh. SPNB hanya akan membina rumah mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan dan ubahsuai yang tidak melibatkan struktur boleh dipertimbangkan melalui permohonan kepada SPNB. Ubahsuai yang berlaku tanpa pengetahuan SPNB adalah di bawah tanggungjawab pemohon.

    RUJUKAN

    Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Rumah Mesra Rakyat (RMR), anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

    Talian Bantuan : 03-7849 2000 (Monday – Friday)
    Alamat : Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB)
    Level 1, Block C, Dataran PHB, Saujana Resort,
    Seksyen U2, 40150 Shah Alam,
    Selangor Darul Ehsan.
    Email : [email protected]
    Laman web : www.spnb.com.my

    Facebook: SPNB
    Instagram : spnb_official
    Twitter: spnb_official
    Youtube: spnb_official

    PENAFIAN

    Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan dari kerajaan Malaysia kepada Rakyat Malaysia yang layak.

    Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

    Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://spnb.com.my/rumah-mesra-rakyat/

    Leave a Comment