Cara Update OTP Emel MyKasih : Pengesahan Log Masuk Mulai 2026

Join WhatsApp

Klik Sini

Join Telegram

Klik Sini

Cara Update OTP Emel MyKasih : Buat Semakan Baki & Senarai Kedai

Program MyKasih / Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan inisiatif bantuan tunai kerajaan yang dikreditkan terus ke dalam MyKad penerima yang layak. Penerima boleh membuat semakan kelayakan, status bayaran bulanan dan baki bantuan melalui portal rasmi MyKasih di:

👉 https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus

Bantuan ini boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas daripada 14 kategori barangan di lebih 7,300 kedai dan pasar raya terpilih di seluruh negara, dan jumlah ini dijangka terus meningkat dari semasa ke semasa.

Perubahan Penting MyKasih Mulai 1 Januari 2026

Terkini, pihak MyKasih memaklumkan bahawa kaedah pengesahan log masuk aplikasi MyKasih akan berubah daripada OTP SMS kepada OTP Emel, berkuat kuasa 1 Januari 2026.

Sehubungan itu, semua pengguna wajib mengemas kini dan mendaftarkan alamat emel yang aktif dalam aplikasi MyKasih sebelum 31 Disember 2025 bagi memastikan akses aplikasi tidak terganggu.

MyKasih ialah badan pelaksana yang menguruskan penyaluran bantuan tunai bulanan di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA), khas untuk penerima STR (Sumbangan Tunai Rahmah) yang memenuhi syarat kelayakan.

OTP MyKasih

Pengenalan Program MyKasih / SARA

Kaedah penggunaan bantuan SARA adalah secara tanpa tunai (cashless), di mana pembayaran dibuat melalui imbasan MyKad semasa pembelian barangan asas di kedai terpilih.

Maklumat rasmi berkaitan program ini boleh dirujuk melalui portal:
👉 https://sara.gov.my/

Penting untuk diketahui:

  • Bantuan SARA tidak boleh dikeluarkan secara tunai
  • Hanya barangan dalam kategori yang diluluskan sahaja boleh dibeli
  • Pembelian barangan tidak dibenarkan seperti rokok, barangan elektrik atau bukan keperluan asas akan ditolak secara automatik

Cara Update OTP Emel MyKasih: Apa Yang Perlu Anda Tahu

Mulai 2026, kod pengesahan (OTP) untuk log masuk aplikasi MyKasih tidak lagi dihantar melalui SMS, sebaliknya akan dihantar ke alamat emel berdaftar.

Tujuan penukaran ini adalah untuk:

  • Meningkatkan keselamatan akaun pengguna
  • Memudahkan semakan baki dan sejarah transaksi secara masa nyata
  • Mempercepatkan penyampaian maklumat dan notis rasmi berkaitan bantuan

Cara Update OTP Emel MyKasih Dalam Aplikasi

Berikut ialah cara update OTP emel MyKasih yang perlu anda lakukan:

  1. Buka dan log masuk ke aplikasi MyKasih.
  2. Klik butang “Set Up Now” pada paparan pop-up yang muncul.
  3. Masukkan alamat emel yang aktif dan boleh diakses.
  4. Tekan “Next” untuk meneruskan.
  5. Semak peti masuk emel anda untuk emel pengesahan.
  6. Klik pautan “Verify Email Address”.
  7. Proses pendaftaran emel selesai.
Cara Setup Emel MyKasih

Nota Penting:

  • Log masuk kali pertama masih menggunakan OTP SMS.
  • Log masuk seterusnya, OTP akan dihantar terus ke emel yang telah disahkan.

Jika memerlukan bantuan tambahan, layari halaman Sokongan MyKasih di:
👉 https://www.mykasih.com.my/

Tempoh Sah & Cara Update OTP Emel MyKasih

Kod OTP Emel MyKasih adalah sah selama 30 minit dari masa ia dihantar.
Pengguna perlu:

  1. Buka emel berdaftar
  2. Salin kod OTP
  3. Masukkan kod tersebut dalam aplikasi MyKasih sebelum tempoh tamat

Jika Tidak Terima OTP Emel:

  • Semak folder Spam / Junk
  • Gunakan fungsi “Resend OTP” dalam aplikasi
  • Jika masih bermasalah, hubungi Khidmat Pelanggan MyKasih di:
    📞 03-7720 1800
    (Isnin–Jumaat, 8.30 pagi – 5.30 petang)

Semakan Kelayakan MyKasih / SARA

Bagi tahun 2025:

  • Penerima STR kategori Miskin Tegar dan Miskin eKasih layak menerima RM100 atau RM50 sebulan selama 12 bulan (Jan–Dis 2025)
  • Tambahan bantuan kepada penerima STR kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan sebanyak RM100 atau RM50 sebulan untuk tempoh April–Disember 2025

Bantuan disalurkan secara automatik melalui akaun MyKasih menggunakan MyKad penerima.

Cara Semakan:

Semakan Baki MyKasih

Baki bantuan MyKasih boleh disemak melalui:
👉 https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus

Semakan Baki MyKasih

Selain itu, pengguna juga boleh menyemak baki dan rekod pengkreditan bulanan melalui aplikasi MyKasih.

Semakan Baki SARA

Tarikh Akhir Guna Bantuan MyKasih

Penggunaan bantuan MyKasih adalah sehingga 31 Disember 2025, selaras dengan tempoh program yang ditetapkan.

Senarai Barangan Yang Boleh Dibeli Menggunakan MyKasih

Terdapat 14 kategori barangan asas yang diluluskan, antaranya:

  1. Beras
  2. Roti
  3. Telur
  4. Minyak Masak
  5. Tepung
  6. Mi Segera
  7. Makanan Dalam Tin
  8. Minuman
  9. Biskut
  10. Ubat-ubatan Ringan
  11. Produk Kebersihan Diri
  12. Sabun / Pencuci Pakaian
  13. Sabun Basuh Pinggan
  14. Cecair Pencuci Lantai & Disinfektan

Barangan Yang Tidak Dibenarkan:

  • Rokok dan alkohol
  • Barangan elektronik
  • Barangan mewah
  • Makanan segera bukan kategori asas
  • Petrol atau gas
  • Kosmetik premium
Senarai Terkini Barang SARA

Untuk maklumat lanjut serta kemas kini terkini berkaitan senarai baharu barangan MyKasih yang diluluskan, anda boleh rujuk artikel penuh disini.

Soalan Lazim Semakan MyKasih

Dekat mana boleh beli barang guna MyKasih?

Kebanyakan pasar raya yang berdaftar seperti Lotus’s, Speedmart, MYDIN, Family Store dan sebagainya boleh beli barang SARA / MyKasih.
Nak tahu lebih tepat senarai kedai berdekatan anda, boleh rujuk senarai di sini

https://app.mykasih.net/sara2/merchant-list

Bila tarikh bayaran MyKasih?

Tarikh bayaran MyKasih adalah pada 1hb setiap bulan bagi penerima yang layak.

Bagaimana cara nak guna MyKasih?

Nak beli barang guna SARA ni cuma perlu bawa MyKad ke kedai yang terpilih.
Pastikan anda membeli barangan berdasarkan 14 kategori barangan yang mempunyai label SARA di rak tanda harga. Kemudian, bayar menggunakan MyKad untuk mengesahkan transaksi pembelian.

Bila boleh guna MyKasih?

MyKasih boleh digunakan sehingga 31 Disember 2025. Kalau ada lagi baki bulan tu, ia akan dibawa ke bulan hadapan sehinggalah tarikh akhir iaitu 31 Disember 2025. Selepas 31 Disember 2025, jumlah yang ada tu tidak akan dibawa ke bulan seterusnya (2026).

Apa itu OTP Emel MyKasih?

OTP Emel ialah kod sekali guna (One-Time Passcode) yang dihantar ke emel yang telah disahkan dalam profil aplikasi MyKasih. Mulai 1 Januari 2026, log masuk pertama masih guna OTP SMS, tetapi semua log masuk kedua dan seterusnya akan menggunakan OTP Emel sahaja.

Emel mana yang terima OTP?

OTP hanya dihantar ke emel yang telah disahkan di bahagian Profile aplikasi MyKasih. Oleh itu, anda perlu mengemaskini/mendaftar emel aktif di aplikasi MyKasih anda.

Bagaimana cara update OTP emel MyKasih?

Pengguna hanya perlu log masuk ke aplikasi MyKasih, klik “Set Up Now”, masukkan alamat emel aktif, dan sahkan emel melalui pautan pengesahan yang dihantar.

Apa perlu dibuat jika tidak menerima OTP Emel?

Pengguna disarankan untuk:
– Menyemak folder Spam atau Junk
– Menggunakan fungsi “Resend OTP” dalam aplikasi
– Jika masih gagal, hubungi Khidmat Pelanggan MyKasih.

Kredit : ecentral.my

Leave a Comment