Lesen Memandu Fizikal Kini Lebih Mudah

Join WhatsApp

Klik Sini

Join Telegram

Klik Sini

Berita baik buat semua pemandu di Malaysia. Bermula 23 Januari 2026, orang ramai kini boleh mendapatkan Lesen Memandu Fizikal (LMM) dalam bentuk kad dengan lebih mudah tanpa perlu menunjukkan sebarang bukti perjalanan ke luar negara.

Sebelum ini, cetakan kad fizikal hanya dibenarkan untuk kategori tertentu sahaja. Namun kini, semua individu layak memohon di mana-mana kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau UTC seluruh negara.

Langkah ini diumumkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) bagi memudahkan urusan rakyat, khususnya mereka yang memerlukan lesen berbentuk kad ketika berada di luar negara.

Apa Itu Lesen Memandu Fizikal?

Lesen Memandu Fizikal ialah kad rasmi bercetak yang dikeluarkan oleh JPJ sebagai bukti sah kelayakan seseorang untuk memandu.

kad lesen fizikal bermula 23 januari 2026

Ia bertindak sebagai pelengkap kepada lesen digital MyJPJ, yang boleh diakses terus melalui telefon pintar.

Sejak diperkenalkan pada tahun 2023, aplikasi MyJPJ telah merekodkan lebih 13 juta pengguna, menandakan peningkatan penggunaan perkhidmatan digital dalam kalangan rakyat Malaysia.

Berikut merupakan siaran media yang telah disiarkan oleh Kementerian Pengangkutan

siaran media lmm
lesen fizikal percuma

Kenapa Masih Ramai Pilih Kad Fizikal?

Walaupun versi digital semakin popular, kad fizikal masih diperlukan dalam beberapa situasi seperti:

  • Memandu di luar negara
  • Tujuan pelancongan atau urusan kerja
  • Pemeriksaan dokumen oleh pihak berkuasa asing
  • Kawasan tanpa internet

Di sesetengah negara, lesen digital tidak diterima sepenuhnya, menyebabkan kad fizikal lebih praktikal.

Trending : Permohonan MyLesen B2 JPJ Percuma 2026

Tarikh Mula Cetakan

Cetakan Kad Fizikal Lesen Memandu adalah bermula pada 23 Januari 2026

Mulai tarikh ini:

  • Tiada lagi sekatan kategori
  • Tiada bukti perjalanan diperlukan
  • Semua boleh cetak terus
cetak lesen fizikal

Berapa Caj Cetakan?

Berikut kadar bayaran rasmi yang telahpun di umumkan:

  • Warganegara Malaysia – RM20
  • Bukan warganegara – RM100

Bayaran ini hanya melibatkan kos pengeluaran kad dan tidak menjejaskan penggunaan lesen digital.

Lokasi Permohonan Lesen Fizikal

Orang ramai boleh membuat cetakan di semua cawangan JPJ atau UTC seluruh Malaysia.

Pemohon boleh datang terus ke kaunter tanpa sebarang syarat tambahan.

Siapakah Yang Layak Dapat Percuma Untuk Lesen Fizikal Ini?

Golongan berikut masih menikmati cetakan tanpa bayaran:

  • Warga emas 60 tahun ke atas
  • Pemegang lesen Kelas A1 & A
  • Pemegang kad OKU berdaftar JKM

Tempoh Sah Lesen Memandu Fizikal

Kini pembaharuan lesen lebih fleksibel:

  • Sah sehingga 10 tahun
  • Boleh pilih digital atau fizikal
  • Jimat masa & tak perlu kerap ke JPJ

Untuk Memandu Luar Negara

Bagi pemandu yang merancang ke luar negara, International Driving Permit (IDP) hanya sah setahun dan perlu diperbaharui setiap tahun.

Kalau Masih Nak Guna Lesen Digital Macam Mana?

Tiada masalah. Lesen digital MyJPJ masih:

  • Percuma
  • Sah digunakan
  • Boleh diperbaharui secara online
  • Tak perlu hadir ke kaunter

Muat Turun Aplikasi MyJPJ

applikasi myjpj

Muat turun aplikasi melalui:

Google Play Store (Android)

Apple App Store (iPhone)

Leave a Comment