Program Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 diteruskan dengan beberapa penambahbaikan bagi memastikan golongan berpendapatan rendah menerima sokongan kewangan secara lebih konsisten. Bermula tahun 2026, bantuan ini disalurkan setiap bulan dan melibatkan semua kategori penerima iaitu Isi Rumah, Bujang serta Warga Emas Tiada Pasangan.
Artikel ini menghimpunkan maklumat lengkap berkaitan bantuan SARA 2026, termasuk syarat kelayakan, kadar bayaran, jadual pelaksanaan, kaedah semakan status dan cara penggunaan bantuan.
Syarat Kelayakan Bantuan SARA 2026
Kelayakan penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 ditentukan berdasarkan beberapa kriteria utama seperti berikut:
Penerima STR 2026 Berstatus eKasih
- Tersenarai dalam Sistem eKasih sebagai Miskin atau Miskin Tegar
- Pendapatan isi rumah di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa
- Kategori penerima:
- Isi Rumah
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang
Penerima STR 2026 Bukan eKasih
- Tidak tersenarai dalam eKasih tetapi layak STR 2026
- Kategori penerima:
- Isi Rumah
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang
Semakan rekod eKasih akan dibuat secara berkala terhadap penerima sedia ada STR yang tiada dalam rekod Miskin tegar / Miskin eKasih dengan ketetapan seperti berikut:
- Data eKasih 31 Oktober 2025 (layak SARA 2026 mulai Fasa 1)
- Data eKasih 31 Januari 2026 (layak SARA 2026 mulai Fasa 2)
- Data eKasih 31 Julai 2026 (layak SARA 2026 mulai Fasa 3)
- Data eKasih 31 Oktober 2026 (layak SARA 2026 mulai Fasa 4)
Jumlah Bantuan SARA 2026 Mengikut Kategori
Jumlah bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 ditetapkan secara berbeza berdasarkan status eKasih dan kategori penerima.
Kadar Bantuan SARA 2026 (eKasih)
Bagi penerima eKasih, kadar bantuan bulanan dan tahunan adalah seperti berikut:
- Isi Rumah
- RM200 sebulan
- Jumlah setahun: RM2,400
- Warga Emas Tiada Pasangan
- RM150 sebulan
- Jumlah setahun: RM1,800
- Bujang
- RM100 sebulan
- Jumlah setahun: RM1,200
Kadar Bantuan SARA 2026 (Bukan eKasih)
Bagi penerima bukan eKasih pula, kadar bantuan yang ditetapkan adalah:
- Isi Rumah
- RM100 sebulan
- Jumlah setahun: RM1,200
- Warga Emas Tiada Pasangan
- RM50 sebulan
- Jumlah setahun: RM600
- Bujang
- RM50 sebulan
- Jumlah setahun: RM600
Jumlah bantuan ini hanya boleh digunakan bagi pembelian barangan keperluan asas yang diluluskan.

Artikel Trending : Semakan Status Bantuan Bulanan MyKasih 2026
Jadual Bayaran Bantuan SARA 2026
Pelaksanaan bayaran bantuan SARA 2026 adalah secara berperingkat dan berterusan sepanjang tahun. Bayaran dikreditkan setiap bulan bermula dari Januari hingga Disember 2026.
Jadual Bayaran Bulanan SARA:
- Januari 2026
- Februari 2026
- Mac 2026
- April 2026
- Mei 2026
- Jun 2026
- Julai 2026
- Ogos 2026
- September 2026
- Oktober 2026
- November 2026
- Disember 2026

Semakan Nama & Status Penerima Bantuan SARA
Penerima boleh menyemak status kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 melalui dua kaedah utama berikut:
Portal Rasmi Semakan
- Portal SARA: https://sara.gov.my/
- Portal MySTR: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Cara Buat Semakan Bantuan SARA 2026
Bagi mengetahui sama ada anda layak menerima bantuan SARA 2026, semakan boleh dibuat secara atas talian melalui dua portal rasmi iaitu Portal SARA (MyKasih) dan Portal MySTR.
Semakan Status SARA Melalui Portal SARA (MyKasih)
Ikuti langkah lengkap di bawah untuk membuat semakan kelayakan bantuan SARA 2026:
- Layari Portal Rasmi SARA 2026 di https://sara.gov.my/
- Setelah halaman utama dipaparkan, cari dan klik butang “Semak Kelayakan”.
- Sistem akan membawa anda secara automatik ke Portal Semakan Status MyKasih.
- Pada halaman semakan, masukkan Nombor Kad Pengenalan (MyKad) anda:
- Masukkan nombor tanpa tanda sengkang (-)
- Contoh: 900101011234
- Pastikan nombor MyKad dimasukkan dengan betul sebelum meneruskan.
- Klik butang “Semakan Status”.
- Keputusan semakan akan dipaparkan pada skrin sekiranya anda layak, antaranya:
- Nama Program: Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026
- Status Kelayakan: Layak / Tidak Layak
- Tarikh Program Bermula: Januari 2026
- Tarikh Program Berakhir: Disember 2026
- Baki Bantuan (RM): Mengikut kadar kelayakan dan penggunaan semasa
- Penerima yang layak boleh mula menggunakan bantuan sebaik sahaja tarikh program bermula sehingga tarikh tamat yang dinyatakan.
Semakan Status SARA 2026 Melalui Portal MySTR
Selain Portal SARA, penerima juga boleh menyemak status bantuan melalui Portal MySTR 2026 dengan langkah berikut:
- Layari Portal Rasmi Log Masuk MySTR 2026 di https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pada halaman log masuk, masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
- Klik butang “Semak” untuk pengesahan awal.
- Sistem akan memaparkan kata kunci keselamatan.
- Klik “Ya” jika kata kunci tersebut adalah betul.
- Masukkan kata laluan akaun MySTR yang telah didaftarkan sebelum ini.
- Klik butang “Log Masuk” untuk masuk ke dashboard pengguna.
- Setelah berjaya log masuk, paparan Dashboard MySTR akan menunjukkan maklumat berikut:
- Status Permohonan STR 2026
- Jumlah Bayaran STR yang telah diterima
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR
- Status Kelayakan Bantuan SARA 2026
- Sekiranya status SARA dipaparkan sebagai layak, penerima boleh terus menggunakan bantuan mengikut kaedah yang ditetapkan.
Nota Penting
- Semakan digalakkan dibuat secara berkala kerana status kelayakan boleh dikemas kini.
- Pastikan maklumat MyKad dan akaun MySTR adalah tepat dan aktif.
- Sekiranya tiada rekod atau berlaku ralat semasa semakan, penerima disarankan menghubungi talian bantuan rasmi.
Cara Menggunakan SARA 2026
Penerima yang layak menerima bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 boleh menggunakan bantuan ini bagi membeli barangan keperluan asas terpilih melalui sistem MyKasih. Bantuan digunakan menggunakan Kad Pengenalan (MyKad) di kedai atau pasar raya yang berdaftar.
Langkah penggunaan bantuan SARA 2026 adalah seperti berikut:
- Kunjungi kedai runcit, pasar mini atau pasar raya yang menerima bayaran MyKasih.
- Pastikan membawa Kad Pengenalan (MyKad) penerima.
- Pilih barangan keperluan asas yang mempunyai label MyKasih pada rak harga.
- Pergi ke kaunter pembayaran yang menyokong sistem MyKasih.
- Serahkan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan kelayakan penerima.
- Juruwang akan mengimbas barangan yang dipilih.
- Bayaran akan ditolak terus daripada baki bantuan SARA dalam MyKad.
- Resit akan diberikan sebagai rujukan baki semasa.
Penerima boleh menggunakan bantuan ini secara berperingkat setiap bulan sepanjang tempoh program dari Januari hingga Disember 2026.


Nota Penting Penggunaan Bantuan SARA 2026
- Bantuan tidak boleh ditukar kepada wang tunai.
- Bantuan hanya sah digunakan oleh penerima berdaftar.
- Penyalahgunaan bantuan boleh menyebabkan kelayakan ditarik balik.
- Sentiasa rujuk senarai barangan terkini yang diluluskan MyKasih.
Muat Turun Aplikasi MyKasih
Untuk lebih mudah, anda boleh memuat turun aplikasi MyKasih di Google Play atau Apple App Store secara percuma bagi memudahkan penerima SARA 2025 membuat semakan baki dalam akaun MyKad, jenis barangan yang boleh dibeli, dan kedai terdekat untuk membuat pembelian.
- Google Play Store : https://play.google.com/store/apps/
- Apps Store : https://apps.apple.com/my/app/

Maklumat Lanjut
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau memerlukan penjelasan lanjut berkaitan bantuan SARA 2026, sila hubungi saluran berikut:
Talian Bantuan: 03-7720 1800
Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (8.30 pagi – 5.30 petang)
E-mel: [email protected]