Bantuan Perumahan Kasih Johor Tahun 2026

Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor telah melancarkan 3 program Bantuan Kasih Johor untuk Tahun 2026. Ketiga-tiga program ini dijangka akan banyak membantu golongan warga B40 sama ada dalam proses membeli rumah pertama, membayar sewa rumah dan meringankan perbelanjaan untuk memasuki rumah pertama pemohon.

Program Bantuan Perumahan Kasih Johor tersebut boleh dibahagikan kepada 3 kategori iaitu;

  1. Program Bantuan Sewa Rumah
  2. Program Bantuan Masuk Rumah Pertama
  3. Program Bantuan Beli Rumah Pertama

Cara Mohon & Syarat Kelayakan

1. Bantuan Sewa Rumah

Program Bantuan Sewa Rumah ini adalah bertujuan meminimakan beban sewa golongan b40 di seluruh negeri Johor serta membantu mengurangkan tekanan kos sara hidup dalam kalangan rakyat terutama golongan b40 selama 10 bulan Bermula Mac 2026 dan akan berterusan sepanjang Tahun 2026 mengikut perjanjian sewaan yang berkuatkuasa.

Syarat Kelayakan Bantuan Sewa Rumah

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan Kad Pengenalan pemohon beralamat di Negeri Johor.
  2. Pemohon dan Pasangan merupakan pengundi di Negeri Johor
  3. Berkahwin/ Ibu atau Bapa Tunggal yang mempunyai Tanggungan
  4. Berumur diantara 25 hingga 40 Tahun
  5. Pemohon bekerja dalam Negeri Johor
  6. Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah atau tidak tinggal di rumah bawah program kerajaan seperti PPR, RSK, RMMJ Transit, Rumah Johor (RTB), atau perumahan di bawah syarikat berkaitan kerajaan.
  7. Pendapatan isi rumah tidak melebihi:
    • RM5,000 sebulan bagi kawasan JS-SEZ (MBJB, MBIP, MBPG, MPKu, MPPn, MPP).
    • RM4,000 sebulan bagi kawasan selain JS-SEZ.
  8. Pemohon menyewa rumah yang bukan milik ahli keluarga terdekat.
  9. Pemohon sedang menyewa rumah dengan bukti perjanjian sewaan yang sah.

Dokumen Sokongan Yang Diperlukan

Pemohon perlu mengemukakan dokumen berikut:

  1. Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan.
  2. Salinan sijil nikah / pendaftaran perkahwinan / perceraian / kematian (jika berkaitan).
  3. Salinan semakan daftar pemilih dari Suruhanjaya Pilihan Raya.
  4. Salinan penyata gaji 3 bulan terkini pemohon dan pasangan (disahkan majikan).
  5. Jika bekerja sendiri, sertakan penyata KWSP terkini ATAU penyata bank 3 bulan terkini.
  6. Salinan penyata akaun bank pemohon (akaun simpanan sahaja).
  7. Salinan perjanjian sewaan yang telah ditandatangani dan dimatikan setem.
  8. Jika masih dalam proses, sertakan perjanjian asal beserta perjanjian tambahan apabila siap.
  9. Gambar rumah yang disewa.
  10. Pemohon perlu melengkapkan borang Aku Janji Penyewa Rumah dan Aku Janji Pemilik Rumah (bagi rumah yang disewa).
  11. Pengesahan daripada YB EXCO / YB ADUN / Penyelaras DUN.

Baca Juga : Cara Mohon Rumah Mesra Rakyat 2025

2. Bantuan Beli Rumah Pertama

Program ini memberikan bantuan kepada lebih 20,000 pembeli rumah pertama yang membeli rumah di bawah kategori Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ sama ada lot Bumiputera atau rumah pasaran sekunder (sub-sale) bagi lot Bumiputera. Setiap penerima yang layak akan menerima bayaran secara one-off sebanyak RM5,000.

Objektif Program Bantuan Beli Rumah Pertama

Program Bantuan Beli Rumah Pertama ini dilaksanakan adalah untuk:

a. Membantu golongan B40 dan M40 memiliki rumah melalui pembelian RMMJ, lot Bumiputera atau rumah pasaran sekunder (sub-sale) lot Bumiputera.

b. Meningkatkan kadar pemilikan rumah dalam kalangan rakyat Johor, khususnya golongan Bumiputera.

c. Memberikan bantuan one-off bagi meringankan beban kewangan pemohon untuk digunakan sebagai bayaran deposit atau yuran guaman.

d. Mengurangkan kebergantungan kepada sewaan jangka panjang (“rent trap”).

Syarat Kelayakan Bantuan Beli Rumah Pertama Kasih Johor

Untuk melayakkan diri menerima bantuan ini, pemohon perlu memenuhi syarat berikut:

  1. Pemohon mestilah Warganegara Malaysia dan memegang kad pengenalan beralamat di Negeri Johor.
  2. Pemohon dan pasangan mestilah pengundi berdaftar di Negeri Johor.
  3. Pembelian rumah pertama mestilah daripada kategori:
    • RMMJ,
    • lot Bumiputera, atau
    • rumah pasaran sekunder (sub-sale) lot Bumiputera
      dengan harga RM500,000 dan ke bawah.
    • Rumah yang dibeli mestilah berada di dalam Negeri Johor.
    • Pembelian mestilah dibuat dalam tahun 2025 atau 2026 sahaja.
    • Pemohon mestilah berstatus Bumiputera bagi pembelian lot Bumiputera dan pasaran sekunder (sub-sale) lot Bumiputera.

Cara Mohon Bantuan Beli Rumah Pertama Johor

Permohonan perlu dibuat melalui borang yang disediakan dan dihantar terus kepada PKPJ. Sila Scan QR daripada lampiran gambar yang disediakan untuk mendapatkan borang permohonan.

Dokumen Sokongan Bantuan Beli Rumah Pertama

Pemohon perlu menyediakan dokumen berikut:

  1. Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan.
  2. Salinan sijil kelahiran bagi pembelian pasaran sekunder (sub-sale) lot Bumiputera.
    (Untuk status Bumiputera: sertakan surat sijil lot Bumiputera bagi pembelian lot Bumiputera.)
  3. Sijil Layak Memiliki Rumah (SLMR) untuk pembelian RMMJ.
  4. Salinan Perjanjian Jual Beli bagi pembelian RMMJ, ATAU salinan bagi lot Bumiputera atau pasaran sekunder (sub-sale) yang berkaitan.
  5. Salinan surat tawaran pembiayaan dari mana-mana institusi kewangan.
  6. Salinan Carian Persendiri Hakmilik Rumah yang diperoleh daripada Pejabat Tanah Galian Johor/Pejabat Tanah Daerah untuk pembelian pasaran sekunder.
  7. Salinan penyata akaun bank pemohon (akaun simpanan sahaja).
  8. Salinan Semakan Daftar Pemilih Mengundi di Negeri Johor bagi pemohon dan pasangan (boleh dicetak dari laman web SPR: https://mysprsemak.spr.gov.my/
  9. Pengesahan daripada YB EXCO / YB ADUN / Penyelaras DUN.

3. Bantuan Masuk Rumah Pertama

Bantuan ini merupakan bayaran secara “one-off” kepada penerima yang layak untuk meringankan beban awal pembeli rumah, termasuk kos perpindahan, deposit utiliti, serta keperluan asas ketika memasuki rumah baharu. Pada awalnya bantuan ini diberikan sebanyak RM1,000.00 tetapi ianya telah dinaikkan kepada RM2,000.00 bermula tahun 2026 ini.

Syarat Kelayakan Bantuan Masuk Rumah Pertama

Pemohon mesti memenuhi syarat berikut:

  1. Pemohon perlu memiliki Sijil Layak Memiliki Rumah (SLMR) yang dikeluarkan oleh PKPJ bagi rumah di bawah kategori Rumah Mampu Milik.
  2. Pemohon hendaklah telah menerima surat serahan dokumen milikan kosong atau Vacant Possession (VP) daripada pemaju antara 1 Januari 2025 hingga 31 Disember 2026, yang mengesahkan bahawa rumah telah siap dan boleh diambil kunci.
  3. Pemohon dan pasangan belum pernah menerima bantuan ini sebelum ini.
  4. Pemohon dan pasangan yang pernah menerima bantuan baucar RMMJ adalah tidak layak memohon.

Cara Mohon Bantuan Masuk Rumah Pertama

Permohonan perlu dibuat menggunakan borang yang disediakan oleh pihak PKPJ atau boleh Scan QR di lampiran dibawah untuk borang permohonan.

Dokumen Sokongan Bantuan Masuk Rumah Pertama

Pemohon perlu menyediakan dokumen berikut:

  1. Salinan kad pengenalan pemohon.
  2. Salinan penyata akaun bank pemohon (akaun simpanan sahaja).
  3. Salinan surat makluman daripada pemaju yang mengesahkan rumah telah siap dan pemohon boleh mengambil kunci (Vacant Possession).
  4. Pengesahan daripada YB EXCO / YB ADUN / Penyelaras DUN.

Kaedah Penyaluran Bayaran Bantuan Perumahan Kasih Johor

Kaedah penyaluran bayaran bantuan adalah secara terus dan melalui akaun bank pemohon.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut berkenaan dengan Perumahan Kasih Johor, sila rujuk pada butiran berikut:

Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor (PKPJ)
Aras 1 & 2, Bangunan Dato’ Abdul Rahman Andak,
Kota Iskandar, 79503 Iskandar Puteri, Johor.

No. Tel: 07-2666260
No. Faks: 07-2661512
Emel: [email protected]
Laman web: pkpj.johor.gov.my
Media sosial: PKPJOFFICIAL (Facebook, Instagram, TikTok, YouTube)

Leave a Comment