SARA Bulanan Bujang 2026 diperkenalkan sebagai salah satu inisiatif kerajaan untuk membantu individu bujang yang terkesan dengan peningkatan kos sara hidup. Melalui bantuan ini, penerima boleh mendapatkan keperluan asas harian dengan lebih terjamin tanpa perlu bergantung kepada bayaran tunai.
Berbeza daripada bantuan kewangan biasa, SARA Bulanan Bujang disalurkan dalam bentuk kredit bulanan yang dimasukkan terus ke MyKad dan digunakan di kedai terpilih yang berdaftar di bawah program MyKasih.
Apa Maksud SARA Bulanan Bujang?
SARA Bulanan Bujang merupakan bantuan di bawah program Sumbangan Asas Rahmah yang menyasarkan golongan bujang berpendapatan rendah. Bantuan ini diberikan kepada individu yang telah lulus STR 2026 dan diagihkan secara berperingkat setiap bulan sepanjang tahun.
Pelaksanaan ini bertujuan memastikan bantuan digunakan khusus untuk pembelian barangan keperluan asas seperti makanan dan barangan dapur.
Syarat Kelayakan Penerima SARA Bujang Bulanan 2026
Bagi memastikan bantuan sampai kepada golongan yang benar-benar memerlukan, pemohon perlu memenuhi kriteria berikut:
- Warganegara Malaysia
- Lulus STR 2026 kategori bujang
- Berumur 21 hingga 59 tahun
(OKU: 19 hingga 59 tahun) - Pendapatan bulanan RM2,500 dan ke bawah
- Bukan pelajar sepenuh masa di IPTA atau IPTS
Pemohon yang menepati syarat ini akan dipertimbangkan untuk menerima SARA Bulanan Bujang.
Baca Juga : Check Status MyKasih 2026
Jumlah Bantuan SARA Bulanan Bujang Mengikut Kategori
Jumlah kredit bantuan adalah berbeza berdasarkan status pemohon:
Bujang berpendapatan rendah
- Jumlah setahun: RM600
- Kadar bulanan: RM50
Bujang Miskin Tegar (berdaftar eKasih)
- Jumlah setahun: RM1,200
- Kadar bulanan: RM100
Nota penting:
Mulai tahun 2026, bantuan untuk bujang tidak lagi diberikan secara tunai, sebaliknya sepenuhnya melalui kredit SARA bulanan.
Tarikh Mula Kredit SARA Bulanan Bujang 2026
Pengkreditan SARA Bujang 2026 akan dilaksanakan secara berperingkat bermula:
- 16 Januari 2026
Kredit akan dimasukkan setiap bulan mengikut kadar kelayakan penerima.
Cara Semak Status SARA Bulanan Bujang 2026
Penerima boleh membuat semakan status bantuan secara dalam talian melalui langkah berikut:
- Layari portal rasmi MyKasih di
https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus - Masukkan nombor MyKad tanpa sengkang
- Klik “Semak Status”
Paparan akan menunjukkan status kelulusan, baki kredit semasa dan senarai kedai yang terlibat.
Maklumat & Bantuan Lanjut
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan SARA Bujang, sila hubungi saluran rasmi berikut:
- Talian Bantuan: 03-7720 1800
(Isnin – Jumaat, 9.00 pagi hingga 5.00 petang) - Laman Rasmi: mykasih.com.my
- E-mel: [email protected]