3 Inisiatif Bantuan Kerajaan MADANI : STR, SARA Bulanan & SARA Untuk Semua

Join WhatsApp

Klik Sini

Join Telegram

Klik Sini

Bagi membantu rakyat menampung kos sara hidup dan perbelanjaan asas, kerajaan melalui Belanjawan 2026 memperkenalkan serta meneruskan 3 inisiatif bantuan utama di bawah Kerajaan MADANI, iaitu Sumbangan Tunai Rahmah (STR), SARA Bulanan, dan SARA Untuk Semua.

Melalui infografik Kementerian Kewangan, ketiga-tiga bantuan ini mempunyai tujuan yang berbeza tetapi saling melengkapi: STR fokus kepada bantuan tunai untuk perbelanjaan asas dan kos sara hidup, SARA Bulanan menyokong pembelian barangan keperluan, manakala SARA Untuk Semua ialah bantuan khas secara sekali bayar sempena musim perayaan dan Ramadan.

Di bawah, kami huraikan satu demi satu supaya anda jelas beza, jumlah, fasa bayaran dan kumpulan penerima bagi setiap bantuan.

Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

STR (Sumbangan Tunai Rahmah) merupakan bantuan yang membantu rakyat menampung perbelanjaan asas serta kos sara hidup, khususnya bagi isi rumah dan warga emas yang layak.

Berdasarkan infografik, STR melibatkan kira-kira 5 juta penerima. Bantuan ini disalurkan 4 kali setahun, dengan jumlah keseluruhan sehingga RM2,200 setahun (bergantung kepada kelayakan dan kategori penerima).

Secara mudah, STR ini ibarat “bantuan tunai berkala” yang membantu penerima mengurus komitmen harian seperti barang dapur, bil keperluan, pengangkutan dan keperluan rumah—terutamanya bagi golongan yang benar-benar memerlukan.

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Bulanan

SARA Bulanan pula ialah bantuan yang menyokong penerima untuk membuat pembelian barangan keperluan asas. Dalam infografik, SARA Bulanan melibatkan kira-kira 8.1 juta penerima dan disalurkan setiap bulan, dengan jumlah bantuan sehingga RM200 sebulan.

SARA Bulanan disasarkan kepada Isi Rumah, Warga Emas dan Bujang yang layak. Maksudnya, ia bukan sekadar bantuan “sekali-sekala”, tetapi lebih kepada bantuan yang konsisten untuk membantu perbelanjaan dapur dan keperluan harian, terutama ketika harga barang tidak menentu.

Ramai yang keliru antara STR dan SARA Bulanan. Cara paling senang untuk faham: STR lebih kepada bantuan untuk menampung kos sara hidup secara umum, manakala SARA Bulanan lebih tertumpu kepada keperluan asas (contohnya pembelian barangan penting yang diperlukan dari bulan ke bulan).

Anda boleh lihat panduan lengkap cara semak kelayakan, tarikh bayaran dan jumlah bantuan SARA Bulanan di sini.

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Untuk Semua

Satu lagi inisiatif yang paling ramai perhatikan ialah SARA Untuk Semua. Melalui infografik, program ini digambarkan sebagai bantuan sempena Ramadan dan Tahun Baharu Cina, khusus untuk membantu persiapan rakyat dalam tempoh perbelanjaan yang biasanya meningkat.

SARA Untuk Semua melibatkan kira-kira 22 juta penerima dan diberikan secara one-off (sekali bayar) sebanyak RM100.

Paling penting, kelayakan SARA Untuk Semua adalah lebih meluas kerana ia dinyatakan untuk semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas. Ini menjadikan SARA Untuk Semua antara bantuan yang paling besar liputannya dari segi jumlah penerima.

Ringkasnya, jika STR dan SARA Bulanan lebih “bersasar” kepada golongan yang layak, SARA Untuk Semua pula bertujuan memberi sokongan meluas kepada rakyat dewasa, khususnya ketika musim persiapan perayaan dan bulan puasa.

Ringkasan Perbezaan STR, SARA Bulanan & SARA Untuk Semua

Untuk mudahkan anda bandingkan, ini ringkasan berdasarkan infografik:

InisiatifAnggaran PenerimaKekerapanJumlah BantuanFokus BantuanSasaran Penerima
STR5 juta4 kali setahunSehingga RM2,200 setahunPerbelanjaan asas & kos sara hidupIsi Rumah & Warga Emas yang layak
SARA Bulanan8.1 jutaSetiap bulanSehingga RM200 sebulanPembelian barang keperluan asasIsi Rumah, Warga Emas & Bujang yang layak
SARA Untuk Semua22 jutaOne-offRM100Bantuan sempena Ramadan & Tahun Baharu CinaSemua rakyat Malaysia 18 tahun keatas

Maklumat Lanjut

SARA

Maklumat lanjut berkenaan SARA Bulanan & Sara Untuk Semua sila rujuk/layari:

STR

Sebarang pertanyaanberkaitan STR melalui saluran berikut:

  • Portal Rasmi STR; atau
  • Hubungi Hotline BKK LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00
  • petang); atau
  • Hubungi Hotline MOF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00
  • petang); atau
  • Hubungi Talian Pejabat HASiL (Rujuk Portal Rasmi STR); atau
  • Hadir sendiri ke Pejabat HASiL / HASiL Satelit / UTC.

Leave a Comment