Ramai rakyat Malaysia mula menyemak akaun dan MyKad sejak awal pagi apabila bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 tahun 2026 mula disalurkan berperingkat bermula 20 Januari 2026. Fasa pertama ini melibatkan peruntukan RM1.1 bilion dan memberi manfaat kepada sekitar 5 juta penerima merangkumi isi rumah serta warga emas tiada pasangan.
Kerajaan MADANI, di bawah pimpinan Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim, mengekalkan fokus untuk meringankan kos sara hidup rakyat dengan menetapkan jumlah keseluruhan STR dan SARA 2026 sebanyak RM15 bilion merupakan antara yang tertinggi pernah diperuntukkan. Untuk Fasa 1, penerima layak akan menerima RM100 hingga RM500, bergantung kategori dan bilangan tanggungan.
Apa Yang Perlu Anda Tahu
- Tarikh mula bayaran STR Fasa 1 2026: 20 Januari 2026
- Kaedah Pembayaran: Akaun bank (berperingkat) atau tunai di BSN
- Jumlah Pengkreditan Fasa 1: RM100 – RM500
- Semakan status: Melalui Portal MySTR
Portal Rasmi Semakan STR 2026
Semua urusan semakan, kemas kini dan rujukan boleh dibuat melalui portal rasmi berikut:
| Nama Portal | Link Laman Web Rasmi |
| MySTR | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
Cara Semak Status STR 2026 (Langkah Pantas)
- Buka portal MySTR dan klik Log Masuk.
- Masukkan No. MyKad, tekan Semak.
- Sahkan Kata Kunci Keselamatan, kemudian masukkan kata laluan.
- Di papan pemuka, pilih Semakan Kelayakan.
- Paparan akan menunjukkan:
- Status permohonan
- Jumlah telah dibayar
- Jumlah keseluruhan STR
- Status kelayakan SARA
Tip: Jika bayaran belum masuk, jangan panik pengkreditan akan dimasukkan berperingkat.
Info Terkini STR & SARA 2026
Permohonan baharu STR dibuka sepanjang tahun (bermula 13 Oktober 2025).
Bagi Kategori bujang, kini pemohon tidak akan menerima STR tunai, tetapi digantikan dengan SARA bulanan.
SARA akan dikreditkan tanpa tunai ke MyKad pemohon untuk pembelian barangan asas di kedai-kedai terpilih. Lihat Senarai Kedai Terpilih disini : Senarai Barang SARA Terpilih Terkini
SARA Penghargaan Secara one-off sebanyak RM100 kepada rakyat 18 tahun ke atas akan diberikan bermula pada 9 Februari 2026 (sempena perayaan Tahun Baru Cina dan Menyambut Awal Ramadhan)
Baca Juga : Kemaskini Sumbangan Tunai Rahmah anda 2026 telah dibuka Sehingga 13 Februari 2026.
Siapa Yang Layak?
| Isi Rumah (STR & SARA) | – Warganegara Malaysia, menetap & bekerja di Malaysia – Pendapatan kasar isi rumah ≤ RM5,000 – Anak: Warganegara Malaysia, tidak bekerja; ≤18 tahun atau ≥19 tahun pelajar sepenuh masa IPT |
| Warga Emas Tiada Pasangan (STR & SARA) | – Umur 60 tahun ke atas – berpendapatan ≤ RM5,000 |
| Bujang (STR Digantikan dengan SARA) | – Umur 21–59 (OKU: 19–59) – Bukan pelajar sepenuh masa – berpendapatan ≤ RM2,500 |
Kategori Penerima STR Fasa 1
Kategori Penerima Sumbangan Tunai Rahmah 2026 ini dibahagikan kepada 3 iaitu;
- Isi Rumah:
- Kahwin (ada/tiada anak),
- ibu/bapa tunggal ( mempunyai anak)
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang, atau
- ibu/bapa tunggal tanpa anak,
- berumur 60 tahun ke atas
- Bujang
Jumlah Bantuan STR 2026 (Setahun)
Berikut merupakan jumlah bayaran sumbangan tunai rahmah yang akan diterima selama setahun pada tahun 2026 ini.
| Kategori | Jumlah Bayaran (Setahun) |
| Isi Rumah Berpendapatan ≤ RM2,500 | Tiada anak: RM700 1–2 anak: RM1,200 3–4 anak: RM1,700 ≥5 anak: RM2,200 |
| Isi Rumah Berpendapatan antara RM2,501–RM5,000 | Tiada anak: RM200 1–2 anak: RM450 3–4 anak: RM700 ≥5 anak: RM950 |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM600 |
| Bujang | STR tiada; SARA RM600 setahun (RM50/bulan) |
Jumlah STR Fasa 1 (Dikreditkan Sekarang)
| Kategori | Jumlah Kredit Fasa 1 |
| Isi Rumah Berpendapatan ≤ RM2,500 | Tiada anak: RM200 1–2 anak: RM300 3–4 anak: RM400 ≥5 anak: RM500 |
| Isi Rumah Berpendapatan antara RM2,501–RM5,000 | Tiada/1–2 anak: RM100 3–4 anak: RM150 ≥5 anak: RM200 |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 |
| Bujang | SARA RM50/bulan (MyKad) |
Tarikh Penting STR 2026
- Fasa 1: 20 Januari 2026
- Fasa seterusnya: Akan dikemas kini selepas pengumuman rasmi
Kaedah Pembayaran
- Ada akaun bank: Kredit terus ke akaun didaftarkan
- Tiada akaun / Gagal kredit: Tuntutan tunai di BSN
Bantuan & Rujukan Rasmi
Jika anda mengalami apa-apa permasalahan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah Tahun 2026 ini, anda boleh hubungi;
- Hotline BKK: 1-800-88-2747
- Hotline MOF: 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- Emel: [email protected]
- Alamat: Sekretariat STR, MOF, Presint 2, Putrajaya