Sumbangan Asas Rahmah 2026: SARA RM100 Dikreditkan Bermula 9 Februari

Join WhatsApp

Klik Sini

Join Telegram

Klik Sini

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi tahun 2026 akan bermula pada 9 Februari 2026, melibatkan pengkreditan bantuan secara automatik kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas. Setiap penerima akan menerima kredit bernilai RM100, sama seperti pelaksanaan sebelum ini.

Inisiatif ini dilaksanakan bersempena musim perayaan serta bagi membantu rakyat membuat persiapan menjelang bulan Ramadan dan sambutan Tahun Baharu Cina, sekali gus meringankan beban perbelanjaan harian.

Program ini merupakan kesinambungan kepada pelaksanaan terdahulu yang telah tamat pada 31 Disember 2025, menjadikannya kali kedua bantuan berkenaan disalurkan kepada rakyat. Penerima boleh membuat semakan baki kredit melalui laman rasmi SARA selain menggunakan aplikasi e-dompet terpilih seperti Touch ’n Go eWallet.

Kredit yang diterima boleh digunakan untuk pembelian pelbagai barangan keperluan asas termasuk keperluan harian dan barangan isi rumah di premis yang mengambil bahagian.

Leave a Comment