SARA Bulanan 2026 telah mula dikreditkan ke dalam MyKad kira-kira 5 juta penerima yang layak di seluruh negara. Bantuan ini bertujuan meringankan beban kos sara hidup dengan membolehkan penerima membeli barangan keperluan asas setiap bulan.
Walau bagaimanapun, masih terdapat sebahagian penerima yang belum menyemak status kelayakan atau tidak mengetahui cara menggunakan bantuan ini. Oleh itu, panduan lengkap di bawah disediakan bagi membantu anda memahami pelaksanaan SARA Bulanan 2026 dengan lebih jelas.
Tempoh Pelaksanaan SARA Bulanan 2026
Pelaksanaan Bantuan SARA bagi tahun 2026 ditetapkan selama 12 bulan penuh, melibatkan semua kategori penerima yang layak seperti berikut:
- Penerima Status Miskin & Miskin Tegar
Tempoh pelaksanaan: 12 bulan
(Bermula 9 & 16 Januari 2026 hingga 31 Disember 2026) - Penerima Status Asas Bukan Miskin
Tempoh pelaksanaan: 12 bulan
(Bermula 9 & 16 Januari 2026 hingga 31 Disember 2026)
Bagi penerima yang berstatus Layak, bayaran SARA Bulanan 2026 akan dikreditkan secara berperingkat mengikut jadual berikut:
- 9 Januari 2026 – Isi Rumah & Warga Emas
16 Januari 2026 – Bujang - 1 Februari 2026 – Semua kategori
- 1 Mac 2026 – Semua kategori
- 1 April 2026 – Semua kategori
- 1 Mei 2026 – Semua kategori
- 1 Jun 2026 – Semua kategori
- 1 Julai 2026 – Semua kategori
- 1 Ogos 2026 – Semua kategori
- 1 September 2026 – Semua kategori
- 1 Oktober 2026 – Semua kategori
- 1 November 2026 – Semua kategori
- 1 Disember 2026 – Semua kategori
Bayaran ini akan terus dikreditkan setiap bulan selagi penerima kekal layak sepanjang tempoh pelaksanaan.
Amaun Bantuan SARA Bulanan 2026
Jumlah bantuan SARA Bulanan 2026 adalah berbeza mengikut kategori penerima dan status kelayakan, dengan amaun bermula serendah RM50 sehingga RM200 sebulan, seperti berikut:
- Isi Rumah (Miskin & Miskin Tegar): RM200 sebulan
- Warga Emas (Miskin & Miskin Tegar): RM150 sebulan
- Bujang (Miskin & Miskin Tegar): RM100 sebulan
- Isi Rumah (Asas Bukan Miskin): RM100 sebulan
- Warga Emas (Asas Bukan Miskin): RM50 sebulan
- Bujang (Asas Bukan Miskin): RM50 sebulan
Amaun ini hanya boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas yang diluluskan.
Artikel Berkaitan : Cara Semak SARA Bujang 2026
Cara Semak Kelayakan SARA Bulanan 2026
Semua rakyat Malaysia boleh membuat semakan kelayakan SARA secara online melalui aplikasi MyKasih dengan langkah mudah berikut:
- Muat turun aplikasi MyKasih melalui App Store, Google Play atau Huawei App Gallery.
- Buka aplikasi MyKasih selepas pemasangan selesai.
- Pada paparan utama, pilih menu “SARA Bulanan & SARA Untuk Semua RM100 One-Off”.
- Paparan pengenalan SARA akan dipaparkan, klik TERUSKAN.
- Tekan butang merah SEMAK KELAYAKAN.
- Masukkan Nombor MyKad tanpa tanda “-”.
- Tandakan kotak Verify you are human.
- Klik Semakan Status.
Status kelayakan akan dipaparkan bersama maklumat seperti:
- Nama program: SARA Bulanan 2026
- Status: Layak / Tidak Layak
- Tarikh program bermula dan berakhir
- Baki bantuan terkumpul semasa
Selain itu, anda juga boleh menyemak kelayakan SARA seperti berikut:
- Layari laman semakan rasmi MyKasih di https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan nombor MyKad tanpa tanda sempang.
- Klik “Semak Status” untuk melihat kelayakan, baki bantuan dan senarai kedai berdaftar
Jika anda layak, pastikan bantuan SARA digunakan sepenuhnya untuk barangan keperluan asas yang dibenarkan agar manfaat bantuan ini dapat dimaksimumkan sepanjang tahun.
Maklumat Lanjut
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan SARA penerima boleh menghubungi:
- Talian Bantuan: 03-7720 1800
(Isnin – Jumaat, 9.00 pagi hingga 5.00 petang) - Laman Rasmi: mykasih.com.my
- E-mel: [email protected]