Berita Baik! Gaji MySTEP 2026 Dinaikkan Mulai Tahun Ini

Join WhatsApp

Klik Sini

Join Telegram

Klik Sini

Kerajaan bersetuju untuk meneruskan pelaksanaan Malaysia Short-Term Employment Programme (MySTEP) bagi tahun 2026. Pelaksanaan ini sekali gus menarik perhatian ramai pencari kerja apabila Gaji MySTEP 2026 diumumkan dengan kadar baharu yang lebih baik, khususnya kepada lepasan Ijazah Sarjana Muda.

Inisiatif MySTEP 2026 memberi tumpuan kepada graduan dan pencari kerja, termasuk Orang Kurang Upaya (OKU) serta warga emas, bagi menyediakan peluang pekerjaan jangka pendek dan pengalaman kerja dalam sektor awam.

Pengenalan MySTEP

Malaysia Short-Term Employment Programme (MySTEP) merupakan inisiatif Kerajaan yang menawarkan pekerjaan jangka pendek (kontrak) di pelbagai Kementerian, Agensi Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) serta Rakan Strategik.

Program MySTEP ini terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas daripada pelbagai latar belakang akademik. Pelaksanaan MySTEP bertujuan membuka lebih banyak peluang pekerjaan serta memberi pengalaman kerja bagi meningkatkan kebolehpasaran tenaga kerja di Malaysia.

Gaji MySTEP 2026 Dinaikkan Kepada RM2,300

Bagi tahun 2026, Kerajaan telah menetapkan kadar Personel Gaji MySTEP yang baharu, termasuk kenaikan gaji lepasan Ijazah Sarjana Muda kepada RM2,300 sebulan.

Anda juga boleh menyemak tarikh bayaran gaji penjawat awam, memandangkan tarikh pembayaran Gaji MySTEP 2026 adalah selari dengan jadual bayaran gaji penjawat awam yang ditetapkan oleh Kerajaan setiap bulan.

Berdasarkan Jadual Kadar Upah Bulanan, Gaji MySTEP 2026 ditetapkan mengikut kelayakan akademik seperti berikut:

  • Setaraf Ijazah Sarjana Muda: RM2,300 sebulan
  • Setaraf Diploma / STPM: RM2,100 sebulan
  • Setaraf SPM: RM1,900 sebulan
  • Tiada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM): RM1,700 sebulan

Kadar ini adalah termasuk caruman KWSP dan PERKESO. Pembayaran upah akan dibuat secara bulanan pada akhir bulan berdasarkan pencapaian output tugasan yang telah ditetapkan oleh Ketua Jabatan.

Sekiranya Personel MySTEP gagal mencapai sasaran output tersebut, gaji boleh tidak dibayar atau dipotong mengikut kadar dan formula yang dinyatakan dalam kontrak perkhidmatan. Walau bagaimanapun, Ketua Jabatan boleh mempertimbangkan untuk tidak membuat potongan upah sekiranya kegagalan berpunca daripada faktor di luar kawalan seperti bencana alam, pandemik atau kegagalan sistem.

Cara Permohonan MySTEP 2026

Mulai tahun 2026, pencari kerja boleh memohon jawatan yang ditawarkan di bawah program MySTEP melalui Portal MYFutureJobs.

Untuk menyemak kekosongan jawatan berkaitan MySTEP dan Gaji MySTEP 2026, pemohon boleh melayari laman web rasmi https://myfuturejobs.gov.my/ dan menaip perkataan “MySTEP” di ruangan carian yang disediakan.

Leave a Comment