Bantuan tunai hasil 2026 atau sumbangan tunai rahmah ini adalah satu inisiatif kerajaan untuk bantu rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana hadapi kos hidup yang semakin meningkat. Bantuan tunai ini akan diberi secara berperingkat kepada golongan yang memenuhi syarat, dan jumlahnya bergantung pada kategori serta berapa pendapatan isi rumah mereka.
Maklumat lanjut telah disediakan seperti bawah ini.
Apakah Syarat Kelayakan Bantuan Hasil 2026
Bagi memastikan pengagihan Bantuan Tunai Hasil 2026 berlaku secara adil dan tepat sasaran, kerajaan telah menetapkan kumpulan penerima tertentu sahaja yang layak. Berikut adalah kriteria kelayakan mengikut setiap kategori penerima:
KATEGORI ISI RUMAH
- Berkahwin.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
- Pendapatan RM5000 & ke bawah.
KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 60 tahun ke atas.
- Pendapatan RM5000 ke bawah.
* Mulai tahun 2026, golongan bujang tidak lagi layak menerima STR kerana telah dialihkan ke program Sumbangan Asas Rahmah 2026.
Bila Tarikh Bantuan Hasil 2026 Akan Masuk?
Setakat ini, kerajaan masih belum mengumumkan tarikh pembayaran Fasa 1 Bantuan Tunai Hasil 2026 secara rasmi.
Nota: Jadual pembayaran Bantuan Tunai Hasil 2026 akan dimaklumkan oleh kerajaan dari masa ke semasa. Sebagai panduan, pembayaran Fasa 1 STR 2025 telah dibuat pada Januari tahun lalu.
Artikel Berkaitan : Tarikh Bayaran Bantuan STR 2026
Berapakah Jumlah Bayaran Bantuan Hasil 2026 ini?
Amaun bantuan yang diberikan bergantung kepada kategori penerima yang telah ditetapkan oleh kerajaan seperti dibawah.
a. Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500 :
- Tiada anak – RM700.
- 1 / 2 anak – RM1,200.
- 3 / 4 anak – RM1,700.
- >5 anak – RM2,200.
b. Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000 :
- Tiada anak – RM200.
- 1 / 2 anak – RM450.
- 3 / 4 anak – RM700.
- >5 anak – RM950.
Bujang / Balu / Duda / Janda Umur 60 Tahun Ke Atas :
- Tiada anak – RM600.
Bujang / Balu / Duda / Janda Umur 21 – 59 Tahun :
- Diganti bayaran SARA.

Cara Daftar Akaun STR Hasil 2026
Setiap pemohon perlu mempunyai akaun MySTR, tidak kira sama ada pemohon baharu mahupun penerima terdahulu. Akaun ini diperlukan untuk menyemak status kelayakan bantuan STR 2026 secara online dan mengurus maklumat berkaitan bantuan. Berikut adalah cara untuk mendaftar akaun MySTR:
- Masuk ke laman web: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Tutup Pop-Up Makluman Penting: Klik “Tutup” pada paparan maklumat penting yang muncul.
- Klik Butang “Log Masuk”: Skrol sedikit ke bawah dan tekan “Log Masuk”.
- Pilih “Daftar Pengguna Baharu”: Paparan baru akan keluar, tekan pada “Daftar Pengguna Baru”.
- Masukkan Maklumat Asas: Isikan nombor MyKad (IC) dan alamat emel aktif.
- Hantar Emel Pengesahan: Klik “Hantar Emel Pengesahan”.
- Semak Emel & Sahkan: Buka emel yang dihantar oleh MySTR dan klik pautan pengesahan akaun.
- Cipta Kata Laluan (Password): Tetapkan password baru mengikut format yang ditetapkan.
- Jawab 5 Soalan Keselamatan: Pilih dan isikan jawapan untuk lima soalan keselamatan (penting untuk reset akaun nanti).
- Lengkapkan Proses Pendaftaran: Ikuti arahan akhir hingga selesai pendaftaran.

Cara Membuat Semakan Bantuan Hasil 2026
Bagi menyemak status permohonan Bantuan Tunai Hasil 2026, sila layari laman web https://bantuantunai.hasil.gov.my dan log akaun MySTR anda. Sekiranya memerlukan bantuan lanjut, boleh hubungi Bahagian Khidmat Korporat (BKK) di talian 1-800-88-2747. Panduan semakan adalah seperti berikut:
- Log Masuk ke Akaun MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Masukkan nombor MyKad (12 digit tanpa tanda sempang).
- Masukkan kata laluan yang telah didaftarkan semasa permohonan.
- Sahkan kod CAPTCHA yang dipaparkan untuk mengelakkan akses automatik (bot).
- Semak Status Permohonan : Setelah berjaya log masuk, cari menu “Semakan Status” atau “Status Permohonan”.
- Status yang akan dipaparkan termasuk : LULUS (permohonan diterima dan dalam proses pembayaran)
- DALAM SEMAKAN (permohonan sedang diproses)
- TIDAK LULUS (permohonan gagal, biasanya disertakan sebab)
- Juga akan tertera maklumat tarikh bayaran dan jumlah yang diterima (jika lulus).
- Cetak atau Simpan Bukti.
- Selesai
Cara Kemaskini Bantuan Tunai Hasil
Pemohon disarankan untuk sentiasa mengemaskini butiran Bantuan Tunai Hasil 2026 apabila terdapat perubahan maklumat bagi memastikan kelancaran pembayaran dan mengelak masalah kelayakan. Proses kemaskini adalah seperti berikut:
- Log Masuk akaun baru STR 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Apabila berjaya log masuk, Dashboard akan dipaparkan.
- Terus ke bahagian Kemas Kini : Klik pada butang “Kemas Kini Maklumat Asas”.
- Pilih maklumat yang perlu dikemas kini : Sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat, tukar maklumat tersebut dengan lengkap.
- Simpan maklumat baharu : Selepas tukar maklumat baharu, klik butang “Simpan”.
- Sahkan Kod Captcha : Isi “Kod Captcha” yang betul berdasarkan nilai yang dipaparkan.
- Hantar borang kemas kini : Apabila selesai membuat kemas kini, klik butang “Hantar”.
- Kemaskini Maklumat Berjaya : Notifikasi akan dipaparkan “Kemas kini Maklumat STR Berjaya”.
Permohonan Bantuan Tunai Hasil 2026
Individu yang tidak pernah membuat permohonan sebelum ini boleh menghantar permohonan baharu STR 2026 secara atas talian sepanjang tempoh permohonan masih dibuka.
Langkah asas permohonan:
- Layari Portal Rasmi MySTR 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Pada halaman utama MySTR, klik pada butang “Permohonan Baharu”.
- Klik pada butang “Ya, Teruskan” untuk meneruskan permohonan.
- Masukkan maklumat peribadi : Isikan nombor MyKad pada ruangan yang disediakan tanpa (-) dan tanpa jarak. Klik butang “Semak”.
- Sekiranya anda belum memohon, maklumat seperti nama, umur dan jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data JPN.
- Isi semua maklumat yang diperlukan dan tanda (*) adalah mandatori diisi.
- Pergi halaman permohonan seterusnya : Untuk ke halaman permohonan yang seterusnya, klik butang “Teruskan”.
- Pilih Status Perkahwinan.
- Lengkapkan maklumat pasangan.
- Isikan maklumat anak (jika ada).
- Muat naik dokumen sokongan.
- Masukkan maklumat waris.
- Hantar borang permohonan : Klik pada butang “Hantar” untuk meneruskan permohonan.
- Permohonan berjaya : Bagi permohonan Bantuan STR 2026 yang berjaya dihantar, akan dipaparkan “Permohonan Telah Berjaya Dihantar, Terima Kasih”.

Maklumat Lanjut
Panduan berkaitan Bantuan Tunai Hasil 2026 ini disediakan bagi memudahkan pengguna mendapatkan maklumat awal mengenai program bantuan kerajaan ini. Kandungan artikel ini disusun berdasarkan sumber-sumber rasmi dan terkini pada masa penulisan. Pihak kami tidak menanggung sebarang liabiliti sekiranya terdapat perubahan maklumat selepas tarikh penerbitan artikel ini. Pemohon yang mempunyai pertanyaan lanjut adalah disarankan untuk merujuk terus kepada saluran rasmi berikut:
- Portal Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Talian Hotline STR: 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel: [email protected]
- Laman Web Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia: https://belanjawan.mof.gov.my/ms/