Bantuan Bina Rumah 2026 diteruskan oleh kerajaan melalui Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) bagi membantu golongan B40 yang layak memiliki kediaman sendiri. Inisiatif ini bertujuan meringankan beban rakyat berpendapatan rendah yang masih belum mempunyai rumah atau tinggal di rumah yang uzur dan tidak sempurna.
Di bawah Bantuan Bina Rumah 2026, program yang dilaksanakan dikenali sebagai Rumah Mesra Rakyat (RMR), dengan kos pembinaan sebuah rumah bermula RM75,000 bergantung kepada lokasi dan negeri pembinaan.
Ciri-Ciri Rumah di Bawah Bantuan Bina Rumah 2026
Walaupun kos pembinaan berbeza mengikut negeri, reka bentuk dan konsep rumah di bawah Rumah Mesra Rakyat adalah seragam. Setiap unit merupakan rumah setingkat yang dilengkapi tiga bilik tidur dan dua bilik air, sesuai untuk keperluan sebuah keluarga.
Dari segi keluasan, semua Rumah Mesra Rakyat mempunyai saiz 750 kaki persegi (KPS).
Semenanjung Malaysia
- Harga rumah: RM75,000
- Subsidi pembinaan: RM20,000
- Jumlah pinjaman: RM55,000
- Anggaran bayaran bulanan (16 tahun): RM300 sebulan
Pulau di Semenanjung
- Harga rumah: RM85,000
- Subsidi pembinaan: RM20,000
- Jumlah pinjaman: RM65,000
- Anggaran bayaran bulanan (16 tahun): RM350 sebulan
Sabah, Sarawak dan Labuan
- Harga bermula: RM75,000
- Subsidi pembinaan: RM20,000
- Jumlah pinjaman: RM55,000 hingga RM86,500
- Anggaran bayaran bulanan (16 tahun): RM300 hingga RM470 sebulan

Syarat Kelayakan Rumah Mesra Rakyat 2026
Bagi melayakkan permohonan Bantuan Perumahan 2026, pemohon perlu memenuhi syarat berikut:
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun ke atas
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan
- Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang uzur / tidak selamat didiami
- Mempunyai tapak tanah yang sesuai dan bebas daripada sebarang gadaian atau bebanan
- Sekiranya tanah bukan milik pemohon, kebenaran bertulis daripada pemilik tanah diperlukan
- Keluasan tanah sekurang-kurangnya 3,600 kaki persegi
Cara Permohonan Bantuan Perumahan 2026
Permohonan Bantuan Perumahan boleh dibuat secara dalam talian dengan langkah berikut:
- Layari laman web rasmi SPNB di https://rmr.spnbonline.com.my/
- Klik pada pilihan “Pendaftaran Baru”
- Lengkapkan Borang Pendaftaran Rumah Mesra Rakyat dengan maklumat yang diperlukan
- Kata laluan akan dihantar melalui emel untuk tujuan pengesahan
- Log masuk menggunakan emel dan kata laluan yang diterima
- Isi semua maklumat pemohon dengan lengkap dan tepat
- Klik “Selesai Pendaftaran Borang” dan cetak borang permohonan
- Hantar borang bersama dokumen sokongan ke Pejabat SPNB Negeri yang berhampiran
Baca Juga: Bantuan Sara 2026
Dokumen Sokongan Bantuan Bina Rumah 2026
Antara dokumen yang perlu disertakan bagi permohonan bantuan ini ialah:
- Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan
- Salinan kad pengenalan pemilik tanah
- Salinan kad pengenalan pemohon kedua
- Salinan geran hak milik tanah terkini serta sijil carian rasmi Pejabat Tanah
- Slip gaji terkini (3 bulan) atau surat akuan sumpah pendapatan
- Surat pengesahan tidak memiliki rumah atau rumah uzur
- Surat kebenaran pelepasan daripada pemilik tanah
- Salinan sijil nikah pemohon
- Borang laporan tapak bergambar
Bagi pemohon bekerja sendiri:
- Penyata bank 3 bulan terkini
- Salinan pendaftaran perniagaan (SSM)
Dokumen sokongan tambahan mungkin diperlukan mengikut kes.
Nota: Semua surat pengesahan pendapatan atau pengesahan status rumah perlu disahkan oleh Ketua Kampung atau Pegawai Profesional Kelas A.
Semakan Status Bantuan Bina Rumah 2026
Mengikut prosedur SPNB, pemohon akan menerima maklum balas permohonan dalam tempoh tiga (3) bulan selepas permohonan lengkap diterima. Kelulusan Bantuan Bina Rumah 2026 adalah tertakluk kepada peruntukan kewangan tahunan kerajaan.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut berkaitan Bantuan Bina Rumah 2026, pemohon boleh melayari laman web rasmi SPNB di https://spnb.com.my/ atau menghubungi:
- Telefon: +603-7849 2000
- E-mel: [email protected]
- Laman web: www.spnb.com.my