Program Rumah Mesra Rakyat 2026 (RMR) oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) ialah inisiatif perumahan mampu milik untuk membantu rakyat yang berpendapatan rendah membina rumah sendiri di atas tanah yang dimiliki atau tanah yang mendapat kebenaran pemilik. Program ini sesuai untuk keluarga yang belum ada rumah, atau masih tinggal di rumah lama yang uzur dan tidak selesa, tetapi mempunyai tanah dan perlukan bantuan pembiayaan untuk membina kediaman yang lebih selamat.

Dalam artikel ini, anda akan faham siapa yang layak, bagaimana proses permohonan berjalan, dokumen apa yang perlu disediakan, dan apa tanggungjawab pemohon selepas diberikan kelulusan.
Apakah yang dimaksudkan dengan Rumah Mesra Rakyat 2026?
Secara asasnya, Rumah Mesra Rakyat ialah program pembinaan rumah mampu milik yang ditawarkan oleh SPNB kepada rakyat Malaysia yang layak. Program ini diwujudkan bagi membantu isi rumah berpendapatan bawah RM5,000 sebulan yang tidak mempunyai rumah sendiri atau tinggal di rumah yang tidak sempurna. Inisiatif ini juga memberi sokongan dari segi pembinaan rumah baharu di atas tanah milik sendiri dengan kos yang jauh lebih rendah berbanding harga pasaran.
Pendekatan ini bukan sahaja menyelesaikan isu tempat tinggal, malah meningkatkan kualiti hidup keluarga dengan menyediakan kediaman yang lebih selamat, selesa dan sesuai untuk didiami dalam jangka panjang.
Spesifikasi & Ciri-Ciri Rumah Mesra Rakyat
| PERKARA | SEMENANJUNG MALAYSIA | PULAU DI SEMENANJUNG MALAYSIA | SABAH / SARAWAK/ LABUAN |
|---|---|---|---|
| Kaedah permohonan | Permohonan secara online (laman web SPNB) | ||
| Konsep | Rumah sesebuah satu (1) tingkat, 3 bilik tidur dan 2 bilik air | ||
| Keluasan rumah | 750 kps | 750 kps | 750 kps |
| Keluasan tanah(tertakluk kepada rekabentuk) | 3,000 kps(279 mps) | 3,000 kps(279 mps) | 3,000 kps(279 mps) |
| Harga | RM 75,000 | RM 85,000 | Bermula RM 75,000 |
| Subsidi (pembinaan) | RM 20,000 | ||
| Jumlah pinjaman | Tertakluk kepada kaedah pinjaman yang disediakan oleh SPNB | ||
| Anggaran bayaran bulanan | |||
| Kaedah pembiayaan | I. Pembiayaan dan kutipan diuruskan oleh SPNB II. Pembayaran balik melalui kaunter BSN/Bank Islam dan Sistem Jompay | ||
| Dokumen perjanjian dan sekuriti | Firma guaman berdaftar dengan SPNB | ||
| Pelaksanaan pembinaan | I. Kontraktor Gred G1-G7 II. Pembekal utama produk III. Berdaftar dengan SPNB dan CIDB | ||
Harga Rumah Mesra Rakyat
Harga Rumah Mesra Rakyat (RMR) di bawah SPNB lazimnya ditawarkan pada kadar sekitar RM75,000 hingga RM95,000 seunit, dengan sokongan subsidi kerajaan sebanyak RM20,000 bagi membantu mengurangkan beban kos pemilikan rumah untuk golongan berpendapatan rendah. Inisiatif ini memberi fokus kepada kumpulan B40 melalui pelan pembiayaan yang lebih mampu milik, termasuk ansuran bulanan serendah RM300 (bergantung kepada kelayakan dan terma pembiayaan semasa).
Baca Juga: Cara Mohon Rumah PPR B40
Design Rumah Mesra Rakyat Terbaru 2026
Konsep binaan Rumah Mesra Rakyat adalah rumah sesebuah 1 tingkat dengan 3 bilik dan 2 bilik air. Design dan rekabentuk rumah adalah seperti berikut:






Syarat Kelayakan Rumah Mesra Rakyat 2026
Berikut adalah syarat kelayakan yang digunakan dalam penilaian permohonan Rumah Mesra Rakyat tahun 2026. Setiap syarat ini penting kerana ia menentukan sama ada pemohon benar-benar tergolong dalam kumpulan sasaran program.
- Warganegara Malaysia.
- Pemohon mestilah berumur 18 tahun dan ke atas.
- Pendapatan bulanan seisi rumah di antara RM 750 hingga RM 5,000.
- Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri / atau memiliki rumah usang / tidak sempurna.
- Tanah/tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian/bebanan/sekatan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan.
- Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,000 kps (tertakluk kepada rekabentuk).
- Tertakluk kepada peruntukan kewangan.
- Tempoh bayaran bulanan (16 tahun hingga 25 tahun).
- Jumlah bayaran bulanan (RM300 di semua kawasan).

Nota:
- Keperluan penama kedua berumur 18-41 tahun bagi pemohon yang berumur melebihi 42 tahun di seluruh Malaysia.
- Bagi permohonan penama kedua, pemohon perlu memberikan maklumat pasangan serta jumlah tanggungan.
Cara Mohon Rumah Mesra Rakyat 2026
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui portal rasmi SPNB. Berikut dikongsikan cara untuk membuat permohonan baru Rumah Mesra Rakyat 2026.
- Layari portal rasmi SPNB di https://rmr.spnbonline.com.my/ → pilih Permohonan Rumah Mesra Rakyat dan klik Pendaftaran Baharu supaya sistem cipta rekod pemohon untuk rujukan SPNB.
- Daftar akaun & isi borang pendaftaran log masuk → guna e-mel aktif (akan jadi ID log masuk) dan pastikan maklumat diisi tepat untuk elak masalah semakan dokumen.
- Terima ID log masuk & kata laluan → biasanya dihantar selepas pendaftaran berjaya; simpan kerana ia diperlukan untuk akses borang permohonan online.
- Log masuk & lengkapkan borang permohonan → isi butiran peribadi, pendapatan isi rumah, status pemilikan rumah, pasangan/penama (jika ada), serta maklumat tanah dan lokasi tapak cadangan.
- Hantar permohonan & cetak borang → selepas siap, klik “selesai”, buat penghantaran dan cetak salinan untuk dihantar bersama dokumen sokongan.
- Serah borang + dokumen ke cawangan SPNB berdekatan tapak → pilih cawangan paling hampir dengan lokasi pembinaan sebab penilaian tapak dibuat ikut kawasan tersebut.
- Semakan & penilaian oleh SPNB → SPNB akan semak dokumen, nilai kelayakan dan buat penilaian tapak; maklum balas lazimnya sekitar 3 bulan, tertakluk pada peruntukan tahunan.
Dokumen Yang Perlu Dilampirkan Dalam Permohonan Rumah Mesra Rakyat
Berikut ialah dokumen yang perlu anda lampirkan semasa membuat permohonan Rumah Mesra Rakyat. Sila pastikan semua dokumen yang diperlukan lengkap.
- Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan).
- Salinan kad pengenalan tuan tanah.
- Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan).
- Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru
- Slip gaji terkini (3 bulan) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua*.
- Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang*.
- Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah.
- Salinan sijil nikah pemohon.
- Borang laporan tapak bergambar.
Nota
- Surat Pengesahan pendapatan/ tidak memiliki rumah/ memiliki rumah usang perlu disahkan melalui Penghulu / Ketua kampung / Pegawai Profesional Kelas A.
- SPNB berhak untuk mendapatkan dokumen tambahan tertakluk kepada keperluan dari semasa ke semasa.
- Format bagi Surat Akuan Bersumpah dan Borang Lawatan Tapak Bergambar disediakan oleh SPNB.
- Keperluan pemohon kedua adalah bertujuan untuk pengambilan insurans (pinjaman) dan mewakili pemohon (jika perlu) bagi tujuan pembayaran bulanan.
Apa Yang Perlu Buat Jika Permohonan Sudah Diluluskan?
Ramai ingat bila lulus semuanya SPNB uruskan. Sebenarnya pemohon tetap ada beberapa tanggungjawab penting supaya pembinaan berjalan lancar dan rumah boleh didiami tanpa masalah. Antaranya ialah:-
- Pemohon perlu mengisi dan melengkapkan borang permohonan dengan maklumat yang tepat serta memastikan semua ruangan wajib diisi sebelum dihantar.
- Pemohon perlu menyediakan tapak cadangan pembinaan, termasuk memastikan jalan masuk sesuai untuk lori/mesin pembinaan dan kerja-kerja tapak boleh dijalankan.
- Pemohon perlu menyediakan sumber bekalan air dan elektrik di kawasan tapak, atau sekurang-kurangnya memastikan kemudahan asas ini boleh diperoleh mengikut syarat pihak utiliti.
- Pemohon perlu membuat penyambungan bekalan utiliti selepas rumah siap, termasuk urusan permohonan meter/akaun serta bayaran berkaitan kepada pihak berkuasa utiliti.
- Pemohon perlu membuka akaun bank (jika belum ada) bagi tujuan bayaran balik bulanan, dan memastikan akaun tersebut aktif untuk pemotongan/urusan pembayaran mengikut jadual.
Cara Bayaran Ansuran Rumah Mesra Rakyat Secara Online
Anda boleh membuat bayaran balik pembiayaan Rumah Mesra Rakyat 2026 (RMR) secara online melalui JomPAY menggunakan perbankan internet (online banking) bank pilihan anda.
1. Semak Maklumat JomPAY
Cari logo JomPAY dan Biller Code pada surat arahan pembayaran yang diterima daripada SPNB.
2. Log masuk perbankan internet/aplikasi bank
Pilih bank anda (terdapat lebih kurang 40 bank berdaftar JomPAY), kemudian klik menu JomPAY.
3. Masukkan maklumat bayaran & sahkan
- Biller Code: (rujuk kod JomPAY yang betul)
- Amount (RM): jumlah pembayaran
- Ref-1: No Akuan RMR
- Ref-2: No Kad Pengenalan
Seterusnya, semak semula maklumat dan tekan Confirm/Sahkan untuk lengkapkan bayaran.
Kod Pembayaran JomPAY (RMR 2002 – RMR 2019)
- Kod JomPAY: 13987 (untuk semua negeri)
- Semenanjung / Pulau: RM100, RM150, RM270, RM360
- Sabah & Labuan: RM150 hingga RM360
- Bayaran boleh dibuat di BSN atau melalui JomPAY.
Kod Pembayaran JomPAY (RMR 2020 – RMR 2022)
- Semenanjung: RM300.00
- Sabah & Labuan: RM300 hingga RM370
- Bayaran boleh dibuat di Bank Islam atau melalui JomPAY.
Kod JomPAY mengikut negeri (RMR 2020 – RMR 2022)
- Selangor, KL, Putrajaya: 631085
- Perlis: 158394
- Johor: 296053
- Kedah, Pulau Pinang: 546879
- Melaka: 560128
- Negeri Sembilan: 691543
- Terengganu: 775239
- Pahang: 781252
- Kelantan: 783597
- Perak: 789446
- Sabah, Labuan: 106526
Nota penting
Kod JomPAY RMR adalah berdasarkan lokasi negeri Rumah Mesra Rakyat yang telah dibina.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut tentang Rumah Mesra Rakyat SPNB, rujuk laman web rasmi SPNB di https://spnb.com.my/
Sebarang pertanyaan, sila hubungi :
- Telefon : +603-7849 2000
- E-mel: [email protected]
Alamat:
Level 1, Blok C, Dataran PHB Saujana Resort, Seksyen U2,
40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Waktu urusan:
Isnin hingga Jumaat (8.30 pagi – 5.30 petang)
Ibu Pejabat SPNB
Syarikat Perumahan Negara Berhad
Tingkat 8, Wisma Perkeso
Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur.
Telefon: 03-2618 5555 / 03-2618 5556 (Talian Am)
E-mel: [email protected]
Senarai Cawangan SPNB
SPNB Cawangan Kedah:
- No.28 & 29, Jalan UJ 2 Taman Universiti Jaya, Semeling, 08100 Bedong, Kedah.
- Tel: 04-4500375 / 04-4500376
- Faks: 04-4500379
- E-mail: [email protected]
SPNB Cawangan Melaka:
- No 76 & 78 Jalan LP 2, Taman Limbongan Permai, 75200 Melaka.
- Tel: 06-3369751 / 06-3369752
- Faks: 06-3369753
- E-mail: [email protected]
SPNB Cawangan Negeri Sembilan:
- No 24, Jalan Pusat Komersial Saujana 1, Pusat Komersial Saujana, Seremban 2 Height, 70300 Seremban, Negeri Sembilan.
- Tel: 06-601 4498 / 06-601 4350
- Faks: 06-601 3507
- E-mail: [email protected]
SPNB Cawangan Terengganu:
- No.K-5,Ruang Niaga Semarak Felda, Komplek Felda Wilayah Terengganu, Mukim Kuala Nerus, 21060 Kuala Terengganu, Terengganu.
- Tel: 09-6660010 / 09-6660054
- Faks: 09-6627312
- E-mail: [email protected]
SPNB Cawangan Perak:
- No.9 & 9A, Jalan Meru Bestari A6, Medan Meru Bestari, Bandar Meru Raya, 30200 Ipoh, Perak.
- Tel: 05-5264188 / 05-5263876
- Faks: 05-5264319
- E-mail: [email protected]
SPNB Cawangan Pahang:
- A-53 – G & 1, Jalan IM 7/18, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang.
- Tel: 09-573 3222
- Faks: 09-573 3666
- E-mail: [email protected]
SPNB Cawangan Johor:
- Lot 6 & 7, Tingkat 13, Menara Tabung Haji, Jalan Ayer Molek, 80000 Johor Bahru, Johor.
- Tel: 07-2259900 / 07-2259911
- Faks: 07-2223233
- E-mail: [email protected]
SPNB Cawangan Kelantan:
- No. PT2240, Taman Merbau Utama, Batu Tinggi Bukit Merbau, 16810 Pasir Puteh, Kelantan.
- Tel: 09-7886546 / 09-788754509-7886546 / 09-7887545
- Faks: 09-7885545
- E-mail: [email protected]
SPNB Cawangan Sarawak:
- Lot 13319, Sublot No 3, Section 65 KTLD, Riveredge Commercial Centre, Jalan Tun Abdul Rahman Yaakub,
- 93050 Kuching, Sarawak.
- Tel: 082-230032 / 082-240032
- Faks: 082-230055
- E-mail: [email protected]
SPNB Cawangan Sabah:
- Lot S01, S02 & S03, Vista Seri Melalin, Jalan Kompleks JKR Tuaran, 89208 Tuaran, Sabah.
- Tel: 088-791610 / 088-791612
- Faks: 088-791613
- E-mail: [email protected]