Berita baik untuk belia dan pelajar seluruh Malaysia . Kini anda boleh ambil lesen motosikal B2 secara PERCUMA melalui Program MyLesen B2 JPJ 2026 tanpa perlu bayar kos latihan atau ujian, kerana semuanya ditanggung kerajaan.
Kalau selama ini tak ambil lesen sebab mahal, ini peluang terbaik. Tapi kuota sangat terhad. Siapa cepat, dia dapat.
Apa Itu Program MyLesen B2?
MyLesen B2 ialah inisiatif khas kerajaan melalui JPJ untuk membantu Golongan B40, Pelajar sekolah/IPT, Belia dan Penerima STR untuk mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (B2) tanpa sebarang bayaran.
- Peserta akan mengikuti:
- Kelas teori
- Latihan amali
- Ujian JPJ
Semua ditaja sepenuhnya. Maksudnya, lesen anda akan siap tanpa anda perlu keluar duit yuran.
Apa Yang Ditanggung Kerajaan?
Antara kos yang ditaja:
- Kursus teori (6 jam)
- Ujian bertulis
- Latihan litar
- Latihan jalan raya
- Pra ujian
- Ujian JPJ sebenar
Peserta hanya perlu tanggung kos untuk makan minum, pengangkutan dan pemeriksaan kesihatan sahaja. Selain itu semuanya PERCUMA.
Syarat Kelayakan MyLesen B2 Percuma 2026
Untuk mohon, anda mestilah:
- Warganegara Malaysia
- Umur 16 – 35 tahun
- Golongan B40 / tanggungan / penerima STR
- Belum ada lesen memandu
- Sihat fizikal & mental
- Tiada blacklist JPJ, PDRM atau mahkamah
Keutamaan diberi kepada pelajar sekolah, IPT & Kadet JPJ.
Trending : Perkongsian Pengalaman Temuduga SPP dan Tips Untuk Calon Guru
Tempoh Latihan & Ujian
Program perlu diselesaikan dalam 3 bulan sahaja.
Modul latihan termasuk:
| Program | Masa |
| Kursus Teori (KPP01) | 6 Jam |
| Ujian Bertulis (KPP01) | 1 Jam |
| Latihan Praktikal Di Litar (KPP02) | 9.5 Jam |
| Latihan Praktikal Di Jalan Raya (KPP03) | 6 Jam |
| Pra Ujian (QTI) | 30 Minit |
| Ujian JPJ | – |
Jika anda gagal tamatkan dalam tempoh yang diberikan, penyertaan anda boleh dibatalkan.
Pendaftaran MyLesen B2 Mengikut Negeri
Berikut antara negeri yang telahpun membuka permohonan:
Melaka
Peluang kini dibuka kepada warganegara Malaysia dalam kalangan B40 dan tanggungan (Penerima STR) yang belum memiliki lesen memandu untuk menyertai Program MyLesen B2 Tahun 2026.
Program ini bertujuan membantu golongan yang layak mendapatkan lesen motosikal secara sah, sekali gus meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya.
Syarat ringkas kelayakan:
- Sihat fizikal dan mental
- Berumur 16 tahun dan ke atas
- Belum memiliki sebarang lesen memandu
- Bebas senarai hitam Mahkamah, JPJ dan PDRM
Borang permohonan boleh diperoleh di:
- JPJ Negeri Melaka
- JPJ Cawangan Jasin
- JPJ Cawangan Masjid Tanah
- UTC

Tarikh Tutup Permohonan: 13 Februari 2026
Permohonan adalah terhad.
Negeri Sembilan
Berita baik khusus buat orang Negeri Sembilan. JPJ membuka peluang kepada warganegara Malaysia dalam kategori B40 dan tanggungan (penerima STR) yang belum memiliki lesen memandu untuk menyertai Program MyLesen B2 Tahun 2026.
Program ini bertujuan membantu golongan layak mendapatkan lesen motosikal secara sah, sekali gus mengurangkan risiko kemalangan serta meningkatkan tahap keselamatan pengguna jalan raya.

Siapa yang berminat, jangan tunggu lama-lama, sila dapatkan borang di Bahagian Pelesenan Pemandu, JPJ Negeri Sembilan tarikh tutup pada 7 Februari 2026.
Perlis
Berita baik untuk warga Perlis! Program MyLesen B2 kini kembali untuk tahun 2026. Fokus utama adalah untuk membantu golongan B40 yang masih belum mempunyai lesen memandu sah.
Kenapa anda perlu daftar sekarang?
- Khas untuk Golongan B40.
- Terhad kepada 1,500 peserta sahaja.
- Pendaftaran PERCUMA! (Tertakluk kepada syarat).

Tarikh Akhir Pendaftaran: 31 Januari & 1 Februari 2026.
Imbas kod QR dalam poster di bawah atau terus ke pautan INI untuk mendapatkan borang.
Johor
Permohonan kini dibuka kepada warganegara Malaysia dalam kalangan B40 dan tanggungan (Penerima STR) yang tidak memiliki lesen memandu untuk mendaftar menyertai Program MyLesen B2 Tahun 2026 bagi Negeri Johor
Syarat Permohonan :
- Warganegara Malaysia
- Berumur 16 Tahun dan Ke Atas
- Terbuka Kepada Golongan B40 dan Tanggungan (Penerima STR)
- Sihat Fizikal Dan Mental
- Belum Memiliki Sebarang Lesen Memandu
- Bebas Senarai Hitam Mahkamah, JPJ dan PDRM
- Keutamaan kepada Kadet JPJ,Pelajar Sekolah dan Pelajar IPT

Borang permohonan boleh diperoleh di:
- JPJ Negeri Johor
- JPJ Cawangan Berhampiran
Tarikh Tutup Permohonan: 13 Februari 2026
Pahang
Berita baik kepada warga Pahang khususnya golongan B40!
Peluang untuk memiliki Lesen Memandu Motosikal (B2) secara sah kini dibuka melalui Program MyLESEN B2 Tahun 2026.
Syarat Penyertaan:
- Warganegara Malaysia
- Kumpulan B40 & tanggungan
- Berumur 16 tahun ke atas
- Sihat dari segi fizikal & mental
- Belum memiliki sebarang Lesen Memandu Malaysia
- Bebas senarai hitam Mahkamah, JPJ & PDRM

Keutamaan diberikan kepada (dalam kumpulan B40):
- Pelajar sekolah
- Kadet JPJ
- Pelajar IPT
Terhad kepada 2,100 peserta sahaja!
Tarikh Tutup Permohonan: 30 Januari 2026 (Jumaat)
Permohonan melalui pautan / QR Code atau terus ke pautan https://tinyurl.com/MyL26Phg
Selangor
Syarat Peserta :
- WWarganegara Malaysia
- Kumpulan B40 & tanggungan
- Berumur 16 tahun ke atas
- Sihat dari segi fizikal & mental
- Belum memiliki sebarang Lesen Memandu Malaysia
- Bebas senarai hitam Mahkamah, JPJ & PDRM
- Penerima STR atau Golongan B40 yang disahkan, Termasuk Tanggungan.
- Keutamaan kepada Kadet JPJ, Pelajar Sekolah dan IPT
DAFTAR SEKARANG melalui BORANG INI atau imbas kod QR dalam poster di bawah:

Bagi negeri yang belum dinyatakan, sila tunggu info terkini melalui JPJ Negeri:
Media sosial JPJ Setiap Negeri
- JPJ Negeri Selangor
- JPJ Negeri Perak
- JPJ Negeri Kelantan
- JPJ Johor
- JPJ Negeri Sembilan
- JPJ Negeri Kedah
- JPJ Negeri Pulau Pinang
- JPJ Negeri Perlis
- JPJ Terengganu
- JPJ Negeri Pahang
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan di alamat emel: [email protected] atau talian 03 – 8892 8714 / 8693.
Facebook: Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia
Twitter: JPJ_Malaysia
Instagram: JPJMalaysia
Youtube: JPJMalaysia
Telegram: JPJ_Malaysia