Bantuan Kanak-Kanak 2026: Syarat Kelayakan, Kadar Bayaran & Cara Mohon BKK JKM

Join WhatsApp

Klik Sini

Join Telegram

Klik Sini

Bantuan Kanak-Kanak 2026 merupakan antara inisiatif kebajikan yang disediakan oleh kerajaan bagi melindungi kesejahteraan kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah. Program ini dikenali sebagai Bantuan Kanak-Kanak (BKK) dan dilaksanakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah seliaan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM). Melalui pemberian bantuan kewangan secara bulanan, BKK JKM bertujuan membantu ibu bapa atau penjaga menampung keperluan asas anak-anak agar mereka dapat membesar dalam persekitaran yang selamat, stabil dan terjamin.

Dalam artikel ini, kami akan menerangkan secara terperinci berkaitan tujuan bantuan, kadar bayaran, syarat kelayakan serta cara memohon Bantuan Kanak-Kanak 2026 agar ibu bapa atau penjaga tidak terlepas peluang menerima bantuan yang disediakan

Apakah Bantuan Kanak-Kanak 2026?

Bantuan Kanak-Kanak (BKK) di bawah seliaan JKM ialah bantuan tunai bulanan yang diberikan kepada keluarga atau penjaga yang menjaga kanak-kanak berumur bawah 18 tahun. Bantuan ini bertujuan meringankan beban kewangan golongan kurang berkemampuan, khususnya dalam memenuhi keperluan asas seperti makanan, pendidikan dan kesihatan anak-anak.

Permohonan Bantuan Kanak-Kanak 2026 boleh dibuat sama ada secara dalam talian melalui sistem rasmi JKM atau secara bersemuka di Pejabat Kebajikan Masyarakat yang berdekatan.

BKK JKM 2026

Objektif Pelaksanaan Bantuan Kanak-Kanak 2026

Pelaksanaan Bantuan Kanak-Kanak 2026 adalah selari dengan usaha kerajaan untuk memperkukuh institusi keluarga dan kebajikan kanak-kanak. Antara objektif utama bantuan ini ialah:

  1. Memberi sokongan kewangan kepada keluarga atau penjaga supaya kanak-kanak dapat terus tinggal bersama keluarga dalam persekitaran yang selamat dan stabil, tanpa menjejaskan tumbesaran fizikal serta emosi mereka.
  2. Membantu ibu bapa atau penjaga yang berdepan kekangan kewangan agar dapat menyediakan penjagaan yang sempurna kepada anak-anak, termasuk kes-kes khas seperti ibu bapa yang berada dalam tahanan atau dikenakan perintah buang daerah.

Kadar Bayaran Bantuan Kanak-Kanak 2026

Jumlah bantuan yang diterima adalah bergantung kepada umur kanak-kanak dan bilangan tanggungan dalam sesebuah keluarga. Secara umum, kadar Bantuan Kanak-Kanak 2026 adalah seperti berikut:

  • Kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah: RM250 seorang sebulan
  • Kanak-kanak berumur 7 hingga 18 tahun: RM200 seorang sebulan

Jumlah bantuan yang boleh diterima adalah maksimum RM1,000 sebulan bagi satu keluarga, tertakluk kepada penilaian dan kelulusan JKM. Kadar ini menunjukkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya selaras dengan kos sara hidup semasa.

Syarat Kelayakan Bantuan Kanak-Kanak 2026

Pemohon perlu memenuhi kriteria yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi melayakkan diri menerima Bantuan Kanak-Kanak 2026. Antara syarat utama adalah seperti berikut:

  • Pemohon merupakan warganegara Malaysia dan menetap di dalam negara.
  • Ibu bapa atau penjaga yang bertanggungjawab menjaga kanak-kanak berumur di bawah 18 tahun.
  • Jumlah pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa, sama ada berdasarkan purata isi rumah miskin tegar atau purata per kapita miskin tegar.
  • Keluarga atau penjaga yang tinggal menumpang bersama ibu bapa, penjaga atau saudara-mara masih boleh dipertimbangkan, sekiranya pendapatan bulanan berada di bawah had PGK yang ditetapkan.
  • Kanak-kanak yang tidak mempunyai penjaga yang layak, termasuk kes ibu bapa bukan warganegara, diisytiharkan muflis atau mengalami masalah OKU mental, boleh dipohon atas nama kanak-kanak tersebut.
  • Kanak-kanak yang sedang menerima bantuan bulanan lain daripada JKM, termasuk Elaun Murid Berkeperluan Khas (EMBPK) atau Elaun Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK), tidak layak menerima Bantuan Kanak-Kanak 2026.
  • Kanak-kanak berumur 16 tahun ke atas yang telah bekerja sepenuh masa dan tidak lagi bersekolah juga tidak dipertimbangkan untuk bantuan ini.

Nota Penting

  • Penentuan umur kanak-kanak adalah berdasarkan tahun kelahiran.
  • Kadar Bantuan Kanak-Kanak 2026 tertakluk kepada kajian semula semasa dan boleh berubah mengikut keputusan pihak berkuasa.

Baca Juga : Bantuan Bina Rumah Untuk B40

Cara Memohon BKK JKM

Permohonan di Pejabat Kebajikan Masyarakat (JKM)

  1. Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara
    • Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon; dan
    • Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak
  2. Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Jajahan/Bahagian seperti:
    • Salinan Kad Pengenalan diri pemohon;
    • Salinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama;
    • Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama;
    • Salinan penyata gaji (jika ada); dan
    • Lain-lain dokumen yang berkaitan
  3. Pemohon boleh melengkapkan borang berikut:
Borang Bantuan Kanak-Kanak 2026

Permohonan Online Bantuan Kanak-kanak JKM

Untuk permohonan Bantuan Kanak-kanak JKM 2026 secara dalam talian (online), anda boleh layari pautan berikut: https://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/Awam/BorangPermohonan_SemakIc.jsp;

Dokumen Diperlukan Untuk Permohonan BKK 2026

Bagi melancarkan proses permohonan Bantuan Kanak-Kanak 2026, pemohon perlu menyediakan beberapa dokumen sokongan untuk tujuan pengesahan maklumat dan penilaian kelayakan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Antara dokumen yang perlu dikemukakan ialah:

  • Salinan MyKad pemohon sebagai pengesahan identiti.
  • Salinan MyKad atau MyKid bagi semua ahli keluarga yang menetap bersama.
  • Penyata gaji atau surat pengesahan pendapatan daripada majikan bagi pemohon yang bekerja.
  • Bagi pemohon bekerja sendiri, akuan pendapatan yang disahkan oleh Penghulu, Penggawa, Ketua Kampung, pemimpin masyarakat atau individu yang diiktiraf oleh kerajaan di peringkat Negeri atau Persekutuan.
  • Pengesahan pendapatan melalui Pesuruhjaya Sumpah sekiranya diperlukan.
  • Salinan bil utiliti seperti bil air, elektrik atau telefon bagi tujuan pengesahan alamat tempat tinggal.
  • Penyata akaun bank terkini atau slip pengesahan akaun untuk tujuan penyaluran bayaran bantuan.

Keperluan Akaun Bank Bagi Kanak-Kanak Bawah 12 Tahun

  • Bagi kes warganegara, akaun bank hendaklah dibuka secara bersama dengan ibu bapa atau penjaga.
  • Bagi kes ibu bapa atau penjaga bukan warganegara, akaun bersama perlu melibatkan sekurang-kurangnya seorang penjaga yang merupakan warganegara Malaysia.
  • Bagi kes ibu bapa atau penjaga yang diisytiharkan muflis atau OKU mental, akaun bersama hendaklah dibuka dengan penjaga lain yang tidak mempunyai kekangan tersebut.

Selain itu, pihak JKM berhak meminta dokumen tambahan sekiranya perlu, bergantung kepada keadaan dan hasil siasatan kes semasa proses permohonan.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila layari Laman Rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia atau https://www.jkm.gov.my/main/article/bantuan-bulanan

Ada juga bolehmenghubungi pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM):

Leave a Comment