Semak Status MyKasih 2026: Bayaran Terus Dalam Kad Pengenalan

Join WhatsApp

Klik Sini

Join Telegram

Klik Sini

Semak Status MyKasih 2026: Bayaran Dikreditkan Dalam IC Penerima | Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026 diteruskan bagi membantu golongan berpendapatan rendah menampung keperluan asas. Melalui bantuan ini, bayaran akan dikreditkan terus ke MyKad (Kad Pengenalan) penerima yang layak dan boleh digunakan setiap bulan untuk pembelian barangan dapur terpilih.

Kadar bantuan bulanan adalah antara RM50, RM100 hingga RM200, bergantung kepada kategori penerima dan status eKasih.

Apakah MyKasih 2026?

MyKasih 2026 merupakan bantuan SARA yang disasarkan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026. Bantuan ini digunakan terus melalui MyKad bagi membeli barangan keperluan asas di kedai berdaftar, memastikan bantuan digunakan sepenuhnya tanpa mengeluarkan wang tunai tambahan.

Syarat Kelayakan Semak Status MyKasih 2026

  • Warganegara Malaysia
  • Penerima STR 2026
  • Kategori penerima:
    • Isi Rumah
    • Bujang
    • Warga Emas Tiada Pasangan

Penerima STR eKasih:

  • Pendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)
  • Tersenarai sebagai Miskin / Miskin Tegar dalam sistem eKasih

Penerima STR Bukan eKasih:

  • Layak mengikut kategori ditetapkan walaupun tidak tersenarai dalam eKasih

Semak Jumlah Kelayakan MyKasih 2026

KATEGORI PENERIMASARA EKASIHSARA BUKAN EKASIH
Isi RumahRM200 SebulanRM100 Sebulan
Warga Emas (Tiada Pasangan)RM150 SebulanRM50 Sebulan
BujangRM100 SebulanRM50 Sebulan

Jadual Pembayaran MyKasih 2026

Bantuan dikreditkan setiap bulan dari Januari hingga Disember 2026.

SARA EKASIH

TARIKH PEMBAYARANKATEGORI
ISI RUMAH
KATEGORI
WARGA EMAS
KATEGORI
BUJANG
Januari 2026RM200RM150RM100
Februari 2026RM200RM150RM100
Mac 2026RM200RM150RM100
April 2026RM200RM150RM100
Mei 2026RM200RM150RM100
Jun 2026RM200RM150RM100
Julai 2026RM200RM150RM100
Ogos 2026RM200RM150RM100
September 2026RM200RM150RM100
Oktober 2026RM200RM150RM100
November 2026RM200RM150RM100
Disember 2026RM200RM150RM100
TOTALRM2,400RM1,800RM1,200

SARA BUKAN EKASIH

TARIKH PEMBAYARANKATEGORI
ISI RUMAH
KATEGORI
WARGA EMAS
KATEGORI
BUJANG
Januari 2026RM100RM50RM50
Februari 2026RM100RM50RM50
Mac 2026RM100RM50RM50
April 2026RM100RM50RM50
Mei 2026RM100RM50RM50
Jun 2026RM100RM50RM50
Julai 2026RM100RM50RM50
Ogos 2026RM100RM50RM50
September 2026RM100RM50RM50
Oktober 2026RM100RM50RM50
November 2026RM100RM50RM50
Disember 2026RM100RM50RM50
TOTALRM1,200RM600RM600

Jumlah setahun:

  • Isi Rumah eKasih: RM2,400
  • Warga Emas eKasih: RM1,800
  • Bujang eKasih: RM1,200
  • Isi Rumah bukan eKasih: RM1,200
  • Warga Emas & Bujang bukan eKasih: RM600

Baca Juga : Cara Update OTP Emel MyKasih

Cara Semak Status MyKasih 2026

1️⃣ Portal SARA

  1. Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
  3. Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
    • Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
    • Status : Layak (jika anda layak)
    • Tarikh Program Bermula : Januari 2026
    • Tarikh Program Berakhir : Disember 2026
    • Baki (RM) : 200.00 (kadar baki adalah mengikut kelayakan & kegunaan penerima).
  9. Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
  10. Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
  11. ⁠Selesai.

2️⃣ Portal MySTR

  1. Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda.
  4. Tekan (Semak).
  5. Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. Seterusnya, tekan butang (Semak).
  7. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. ⁠Klik butang (Log Masuk).
  9. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  10. ⁠Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
    • Status Permohonan STR;
    • Jumlah Telah Dibayar;
    • Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
    • Status Kelayakan SARA;
  11. Selesai.

Senarai Barangan Dapur MyKasih

Bantuan boleh digunakan untuk membeli barangan berikut:

  • Beras, roti, telur, minyak masak, tepung
  • Mi segera, biskut
  • Susu, Milo, teh, kopi
  • Sardin, tuna, kacang panggang
  • Gula, garam, sos, kicap

Cara Beli Barang Guna MyKasih

  1. Penerima yang belum mengetahui cara menggunakan bantuan, ikuti langkah mudah di bawah ini :
  2. Kunjungi Kedai Runcit / Pasar Mini / Pasar Raya yang berdaftar dan menerima bayaran MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah).
  3. Bawa bersama MyKad (Kad Pengenalan) penerima bersama anda.
  4. Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label MyKasih di rak tanda harga.
  5. Pergi ke kaunter yang ada sistem bayaran MyKasih.
  6. Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
  7. Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
  8. Barangan Keperluan tersebut akan dibayar menggunakan MyKad.
  9. Resit akan diberikan untuk rujukan baki dalam MyKad.
  10. Selesai

Maklumat Lanjut MyKasih 2026

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • e-Mel : [email protected]
  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)

1 thought on “Semak Status MyKasih 2026: Bayaran Terus Dalam Kad Pengenalan”

Leave a Comment