Bantuan Awal Persekolahan 2026 – BAP RM150

Join WhatsApp

Klik Sini

Join Telegram

Klik Sini

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bagi sesi persekolahan 2026/2027 yang melibatkan peruntukan berjumlah RM800 juta akan mula disalurkan oleh pihak sekolah selepas kaedah pembayaran dimuktamadkan melalui borang pengesahan pemilihan kaedah penerimaan BAP 2026 yang menunjukkan persetujuan ibu bapa atau penjaga.

Penyerahan bantuan akan dilaksanakan di sekolah oleh pihak guru kepada ibu bapa atau penjaga.

Dalam artikel ini, kami akan mengemukakan maklumat terperinci berkaitan Bantuan Awal Persekolahan bagi tahun 2026.

bantuan awal persekolahan rm150

Apakah Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2026?

Sejak dilaksanakan pada tahun 2012, Bantuan Awal Persekolahan (BAP) berfungsi sebagai sokongan kewangan kepada ibu bapa dan penjaga bagi membantu menampung kos persediaan persekolahan anak-anak, khususnya dalam tempoh awal sesi akademik yang lazimnya melibatkan perbelanjaan tinggi.

Sebelum ini, Kerajaan telah mengumumkan pemberian Bantuan Awal Persekolahan berjumlah RM150 kepada semua pelajar tanpa mengira tahap pendapatan keluarga. Inisiatif ini diteruskan oleh Kerajaan Perpaduan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagi sesi persekolahan 2026, Bantuan Awal Persekolahan akan diteruskan dan disalurkan kepada pelajar dari Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau setaraf, tanpa mengambil kira pendapatan ibu bapa.

Selain itu, kerajaan juga memperluaskan Bantuan Am Persekolahan (BAPs) bagi pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah sehingga Tingkatan 5, berbanding hanya sehingga Tingkatan 3 sebelum ini, dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM180 juta.

Trending Sekarang : Program MyLesen B2 JPJ Dibuka

Seiring dengan itu, kerajaan menyediakan RM150 juta bagi program Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) untuk membantu anak-anak daripada keluarga kurang berkemampuan.

Kesemua langkah ini menunjukkan komitmen kerajaan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) dalam memastikan akses pendidikan yang adil, menyeluruh, dan inklusif untuk semua lapisan masyarakat.

Selain itu, Rancangan Makanan Tambahan (RMT) akan diteruskan bagi memastikan pelajar terus menerima makanan yang berkhasiat. Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM870 juta untuk RMT, yang dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 870,000 pelajar di seluruh negara.

bantuan persekolahan 2026 kpm

Jumlah Bantuan Awal Persekolahan 2026

Murid yang layak menerima Bantuan Awal Persekolahan (BAP) akan diberikan bantuan sebanyak RM150 bagi setiap pelajar secara sekali sahaja (one-off).

Peluasan BAP untuk pelajar Tingkatan 6, dengan nilai RM150 seorang, dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 100,000 pelajar, dengan jumlah peruntukan keseluruhan sebanyak RM15 juta.

Inisiatif ini, yang akan dilaksanakan mulai Sesi Akademik 2026/2027, mencerminkan keprihatinan Kerajaan MADANI dalam membantu meringankan beban kewangan ibu bapa dan penjaga ketika membuat persediaan persekolahan anak-anak.

BAP 2026 Tingkatan 6

Syarat Kelayakan Bantuan Persekolahan 2026

Pengagihan BAP kepada para pelajar dijalankan berdasarkan kepada kriteria-kriteria seperti yang dinyatakan di bawah:

1. Murid warganegara Malaysia :
2. Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 6 atau yang setaraf dengannya bagi Sesi Persekolahan 2026/2027; dan
3. Bersekolah di :

  • Sekolah Kerajaan (SK)
  • Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK)
  • Sekolah Agama
  • Sekolah Swasta Persendirian yang berdaftar dengan Kerajaan
  • Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih
  • Sekolah Integriti
  • Sekolah Henry Gurney

Cara Bayaran BAP 2026

Penyaluran bantuan ini akan dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia mengikut fasa secara langsung kepada:

  • Akaun Dana Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) di peringkat sekolah; ATAU
  • Akaun Khas di bawah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk sekolah-sekolah yang tiada Akaun KWK

Bermula pada tahun 2026, proses pengagihan Bantuan Awal Persekolahan akan berubah kepada kaedah pembayaran langsung secara tunai di institusi persekolahan melalui guru kepada penjaga/ibu bapa.

Bilakah Tarikh Pembayaran Bantuan Awal Persekolahan 2026 Disalurkan?

Tarikh rasmi penyaluran Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2026 bagi sesi 2026/2027 masih belum diumumkan oleh KPM. Walau bagaimanapun, secara kebiasaan, bantuan ini biasanya disalurkan pada bulan Januari setiap tahun.

Maklumat terkini akan dikemas kini secara berperingkat sebaik sahaja pengumuman rasmi dibuat.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai BAP 2026, anda boleh merujuk kepada saluran rasmi berikut:

Leave a Comment