Tarikh Bayaran Bantuan STR 2026 : Semak Kelayakan

Join WhatsApp

Klik Sini

Join Telegram

Klik Sini

Semak Jadual Tarikh Bayaran Bantuan STR 2026 & Jumlah Bayaran

Bayaran Bantuan STR 2026 (Sumbangan Tunai Rahmah) dibuat secara berfasa sebagai langkah sokongan kewangan kepada rakyat, khususnya dalam menghadapi keperluan perbelanjaan yang meningkat dari semasa ke semasa, lebih-lebih lagi menjelang musim perayaan utama di Malaysia.

Individu dan keluarga daripada kategori berpendapatan rendah serta sederhana (B40 dan M40) yang memenuhi syarat kelayakan boleh memohon bantuan tunai ini bagi meringankan beban kos sara hidup menerusi inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang disediakan oleh kerajaan.

Bilakah Tarikh Bantuan STR 2026? Ikuti Info lanjut disini.

Jadual Tarikh Bayaran STR 2026

Bayaran Bantuan STR 2026 dilaksanakan secara berperingkat selama empat (4) fasa mengikut jadual berikut :

PERINGKAT FASATARIKH BAYAR STR
Fasa Pertama (1) Februari 2026
(Dijangka sebelum Tahun Baru Cina)
Fasa Kedua (2) Mac / April 2026
(Dijangka sebelum atau selepas Hari Raya Aidilfitri
Fasa Ketiga (3) Ogos 2026
(Dijangka sebelum Hari Kebangsaan)
Fasa Keempat (4) November 2026
(Dijangka sebelum Perayaan Deepavali)

Nota : Jadual tarikh bayaran Bantuan STR di atas akan dikemaskini semula apabila Kementerian Kewangan (MOF) mengumumkannya secara rasmi.

Artikel Trending : Tarikh Bayaran Pencen 2026 Untuk Pesara Kerajaan

Jumlah Bayaran Setiap Penerima STR 2026

Berikut merupakan jumlah bayaran Bantuan STR kepada setiap penerima :

a. Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500 :

  • Tiada anak – RM700.
  • 1 / 2 anak – RM1,200.
  • 3 / 4 anak – RM1,700.
  • >5 anak – RM2,200.

b. Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000 :

  • Tiada anak – RM200.
  • 1 / 2 anak – RM450.
  • 3 / 4 anak – RM700.
  • >5 anak – RM950.

Bujang / Balu / Duda / Janda Umur 60 Tahun Ke Atas :

  • Tiada anak – RM600.

Bujang / Balu / Duda / Janda Umur 21 – 59 Tahun :

  • Diganti bayaran SARA.

Semak Kelayakan Penerima STR 2026

Ikuti panduan cara semak kelayakan sebagai penerima STR seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi Bantuan STR 2026 di pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Laman utama Portal Rasmi STR akan dipaparkan.
  3. Klik pada butang [Log Masuk] untuk ke ‘Dashboard Pemohon’.
  4. Isikan ruangan kosong dengan ‘No. Kad Pengenalan’ pemohon.
  5. Seterusnya, klik butang [Semak] untuk pengesahan.
  6. [Kata Kunci Keselamatan] akan dipaparkan.
  7. Klik butang [Ya] jika kata kunci tersebut betul.
  8. Isikan ruangan kosong dengan ‘Kata Laluan’ pengguna yang baharu.
  9. Kemudian, klik pada butang [Log Masuk].
  10. Dasboard pemohon akan dipaparkan.
  11. Untuk semakan, klik butang [Semakan Permohonan].
  12. Status kelayakan permohonan Bantuan STR akan dipaparkan.
  13. Selesai.

Cara Bantuan Disalurkan

Berikut merupakan cara-cara bayaran Bantuan STR kepada penerima yang layak :

1. Bayaran secara bersemuka tunai di kaunter Bank
– Penerima yang tiada akaun bank atau tidak memasukkan maklumat akaun bank semasa permohonan perlu mengambil wang Bantuan STR secara bersemuka di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).

2. Bayaran tanpa bersemuka dikreditkan dalam akaun Bank
– Penerima yang mempunyai akaun bank serta memasukkan maklumat akaun bank dengan lengkap semasa permohonan perlu menunggu wang Bantuan STR dimasukkan ke dalam akaun bank.

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

Leave a Comment