Tarikh Bayaran Pencen 2026 Untuk Pesara Kerajaan

Join WhatsApp

Klik Sini

Join Telegram

Klik Sini

Tarikh Bayaran Pencen Tahun 2026 telah dikeluarkan oleh Bahagian Pencen JPA. Bagi pesara kerajaan, anda boleh menyemak jadual bayaran pencen di Portal Rasmi KWAP melalui pautan berikut: kwap.gov.my/ atau, layari Portal Bahagian Pencen JPA di pautan berikut: jpapencen.gov.my/ untuk semakan penyata pencen.

Pastikan anda membuat semakan mengikut tarikh yang dinyatakan dalam Jadual Pembayaran Pencen Tahun 2026 mengikut bulan.

Maksud Skim Pencen Perkhidmatan Awam

Skim Pencen Perkhidmatan Awam adalah skim persaraan yang ditawarkan oleh Kerajaan Malaysia kepada Penjawat Awam Berpencen sebagai pengiktirafan dan penghargaan terhadap perkhidmatan yang telah diberikan.

Ia berfungsi sebagai jaminan saraan hidup bulanan kepada penjawat awam selepas bersara.Selain Pencen Perkhidmatan (bayaran bulanan), ia juga merangkumi Ganjaran Perkhidmatan (bayaran sekali gus) dan Gantian Cuti Rehat (GCR).

Secara umum, faedah pencen ini diberikan kepada penjawat awam yang berjawatan tetap dan mempunyai tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira (sekurang-kurangnya 10 tahun). Skim ini diuruskan oleh Bahagian Pencen, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP).

Jumlah pencen bulanan dikira berdasarkan formula yang mengambil kira tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira dan gaji akhir pegawai sebelum bersara.

Tarikh Bayaran Pencen 2026

Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah menetapkan jadual rasmi tarikh bayaran pencen 2026 bagi sepanjang tahun.

Berikut merupakan Jadual Tarikh bayaran pencen tahun 2026:

Siapa Layak Menerima Pencen JPA?

Pencen yang diuruskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dibahagikan kepada dua kategori utama penerima:

  • Pegawai Berpencen (Pesara), dan
  • Waris (Pencen Terbitan).

Pesara (Pencen Perkhidmatan)

Pencen Pesara adalah bayaran pencen bulanan yang diterima oleh bekas penjawat awam yang telah bersara daripada perkhidmatan kerajaan.

Syarat Kelayakan Asas bagi Pegawai Awam:

  • Pegawai mestilah dilantik ke jawatan tetap dan sah jawatan.
  • Telah diberikan Pemberian Taraf Berpencen (PTB).
  • Bersara di bawah undang-undang pencen yang ditetapkan.
  • Mempunyai tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira, iaitu sekurang-kurangnya 10 tahun bagi persaraan pilihan.

Nota: Pegawai yang meletak jawatan atau dibuang kerja tidak layak menerima sebarang faedah persaraan.

Waris (Pencen Terbitan)

Pencen Terbitan adalah faedah bulanan yang terbit disebabkan oleh kematian anggota perkhidmatan awam atau pesara, dan dibayar kepada orang tanggungan yang layak.

Waris yang layak menerima Pencen Terbitan (Faedah Terbitan) mengikut keutamaan ialah:

a. Pasangan (Balu atau Duda)

  • Balu atau duda kepada penjawat awam yang mati dalam perkhidmatan atau selepas bersara layak menerima pencen terbitan.
  • Bagi perkahwinan yang berlaku semasa pegawai masih dalam perkhidmatan, balu/duda layak menerima pencen terbitan seumur hidup.
  • Bagi perkahwinan yang berlaku selepas persaraan, kelayakan pasangan terhad kepada 20 tahun dari tarikh persaraan pegawai.
  • Balu atau duda dianggap sebagai keluarga pesara selagi tidak berkahwin semula bagi tujuan kemudahan perubatan.

b. Anak-anak

Anak-anak kepada penjawat awam yang meninggal dunia layak menerima pencen terbitan, tertakluk kepada syarat berikut:

  • Berumur di bawah 21 tahun dan belum berkahwin.
  • Termasuk anak angkat, anak tiri, dan anak luar nikah yang sah.
  • Anak berusia lebih 21 tahun tetapi masih menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT) untuk diploma atau ijazah pertama.
  • Anak yang cacat fizikal atau mental secara kekal yang tidak mampu menyara diri sendiri, tanpa mengira had umur.

c. Ibu atau Bapa Pesara

Pencen terbitan boleh diberikan kepada ibu atau bapa yang bergantung sepenuhnya kepada si mati sekiranya pegawai bujang yang meninggal dunia tidak meninggalkan balu/duda atau anak.

kelayakan tarikh bayaran pencen 2026

Proses Pembayaran & Faedah Pencen 2026

Proses pembayaran dan Manfaat persaraan yang diuruskan oleh JPA dan KWAP terdiri daripada dua komponen utama iaitu melalui Pembayaran Sekali Gus dan Pembayaran Bulanan.

Artikel Popular : Program MyLesen B2 Tahun 2026 Dibuka

Pembayaran Sekali Gus (Lump Sum)

Dua jenis Faedah ini akan dibayar secara serentak (sekali gus) ke dalam akaun pesara, kebiasaanya akan mengambil masa dalam 1 hingga 3 bulan selepas tarikh persaraan. Bagaimanapun ia tertakluk kepada kelengkapan dokumen pesara.

FaedahPenerangan
Ganjaran PerkhidmatanBayaran one-off sebagai pengiktirafan atas tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira. Amaun dikira berdasarkan formula tempoh perkhidmatan dan gaji akhir.
Gantian Cuti Rehat (GCR)Bayaran tunai sebagai pampasan bagi baki cuti rehat tahunan yang telah dikumpulkan tetapi tidak digunakan semasa dalam perkhidmatan (tertakluk kepada had maksimum yang ditetapkan).

Pembayaran Bulanan (Berterusan)

Pencen bulanan pula akan dibayar secara berkala mengikut Jadual Bayaran Pencen Rasmi. Kaedah pembayaran adalah mengikut beberapa skim akaun yang telah ditetapkan.

Skim Bayaran Jenis Pesara Kaedah Pembayaran
Skim A Pesara Yang Mempunyai Pasangan yang layak menerima pencen terbitan.Bayaran pencen dikreditkan secara automatik ke dalam akaun simpanan atau semasa pesara. Bayaran diteruskan kepada pasangan (pencen terbitan) sekiranya pesara meninggal dunia.
Skim B Pesara Tunggal (bujang, duda, janda, atau balu) yang tiada pasangan layak pencen terbitan.Pesara wajib hadir dan menandatangani Borang Tuntutan Pencen bulanan di bank setiap bulan untuk mengesahkan hayat. Ini bagi mengelakkan bayaran terus dibuat selepas kematian pesara.
Skim A Berwakil Pilihan untuk Pesara Tunggal yang uzur, sakit, atau tidak mampu hadir ke bank.Pesara boleh memohon menukar kepada skim ini dengan melantik seorang Wakil Diri yang diluluskan oleh JPA. Bayaran dikreditkan secara automatik ke akaun pesara, menjadikan proses lebih mudah.

Pembayaran Khas (Luar Negara dan Pedalaman)

Lokasi Kaedah Bayaran
Luar Negara Pembayaran dilaksanakan melalui Wisma Putra, ejen bank, atau kaedah telegraphic transfer (TT) di negara-negara tertentu seperti Singapura dan Australia.
Kawasan Pedalaman Bagi pesara di Sabah dan Sarawak yang berada di kawasan tiada kemudahan perbankan, bayaran pencen boleh dibuat melalui Waran untuk tempoh 12 bulan sekali. Waran ini akan diposkan dan boleh ditunaikan di pejabat daerah terdekat.

Peringatan Penting:

Pesara amat digalakkan untuk memastikan pihak jabatan akhir menghantar semua dokumen persaraan yang lengkap kepada KWAP sekurang-kurangnya tiga (3) bulan sebelum tarikh persaraan bagi memastikan pembayaran faedah persaraan dapat disalurkan tepat pada masanya.

Cara Semakan Bayaran Pencen 2026 & Penyata

Terdapat beberapa cara untuk menyemak bayaran pencen dan penyata (slip gaji pencen) bagi pesara Kerajaan Malaysia, seperti berikut:

Portal MyPesara KWAP

  • Layari portal rasmi MyPesara di https://portalmypesara.kwap.my
  • Masukkan nombor Kad Pengenalan pesara, nombor akaun pencen, dan pilih tahun semakan.
  • Tandakan kotak pengesahan Captcha dan klik butang hantar.
  • Penyata bayaran pencen bulanan dan kenaikan SSPA akan dipaparkan jika maklumat tepat.
  • Semakan ini boleh dibuat beberapa hari selepas tarikh bayaran dikreditkan bagi pengesahan transaksi.
  • Bayaran pencen
  • Semakan Amaun Pencen

Portal Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

  • Layari portal rasmi JPA di https://apps.jpapencen.gov.my/penyatabayaran
  • Masukkan 12 digit No. Kad Pengenalan Pesara / Penerima Pencen (tanpa sengkang – ) dan No. Akaun Pencen (yang tertera pada kad pesara), diikuti dengan pilihan Tahun dari 2010 hingga tahun semasa, kemudian klik Hantar.
  • Cetakan penyata hanya boleh dicetak pada hari pembayaran atau hari berikutnya.

Melalui laman web ini, pesara juga boleh menyemak pemakluman pembayaran pencen, semakan status permohonan, bantuan mengurus jenazah dan sebagainya.

Menggunakan Aplikasi MyPesara

  • Muat turun aplikasi MyPesara di Google Play Store atau platform lain.
  • Log masuk dan semak penyata bayaran pencen, notifikasi bayaran terbaru dan maklumat berkaitan faedah secara langsung di telefon pintar.
  • Pesara juga boleh membuat semakan bayaran pencen dengan menyemak Jadual Bayaran Pencen 2026. Tarikh bayaran bulanan sudah ditetapkan bagi setiap bulan sepanjang tahun 2026 oleh JPA dan KWAP.

Senarai Bank Panel Pembayaran Pencen

Pembayaran pencen oleh Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) disalurkan melalui Sistem Pembayaran Pencen (SPP) yang melibatkan bank-bank panel tertentu.

  • Bank Muamalat (M) Berhad
  • Malayan Banking Berhad (Maybank)
  • Bank Simpanan Nasional
  • Affin Bank Berhad
  • CIMB Bank Berhad
  • Bank Islam Malaysia Berhad
  • Public Bank Berhad
  • Alliance Bank Berhad
  • RHB Bank Berhad
  • HSBC Bank Malaysia Berhad
  • Bank Kerjasama Rakyat (Malaysia) Berhad
  • Hong Leong Bank Berhad
  • Agro Bank Berhad
  • AmBank (M) Berhad (Skim A sahaja)
  • United Overseas Bank (M) Berhad (Skim A sahaja)
  • Standard Chartered Bank (M) Berhad (Skim A sahaja)

Catatan :
Penggunaan akaun CIMB Islamic untuk pembayaran di bawah Skim B adalah tidak dibenarkan.

Tarikh Penting untuk Pesara Pencen 2026

Perkara Butiran PentingStatus / Tarikh Dijangka
Pencen Bulanan Pembayaran pencen bulanan kepada pesara dan penerima pencen terbitan. Rujuk Jadual Bayaran Pencen 2026 di atas
Bantuan Khas Kewangan (BKK) RM250.00 Dijangka dibayar pada Awal Mac 2026 (Sebelum Hari Raya Aidilfitri).
Penyelarasan SSPA (Fasa 2) Mekanisme kenaikan pencen baharu. Penyelarasan berdasarkan peratusan kenaikan gaji jawatan yang sama (lebih baik daripada kaedah 2% sedia ada). Pelaksanaan dijangka bermula 1 Januari 2026.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai tarikh bayaran pencen 2026, semakan penyata pencen, kenaikan pencen dan sebagainya, sila layari:

Facebook Bahagian Pencen JPA
JPA Pencen : http://www.jpapencen.gov.my/
Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) : https://www.kwap.gov.my/my

Leave a Comment