Sponsored Ads

© 2024 hariankini | Privacy Policy | Disclaimer
Bantuan Lesen Memandu Percuma B40 2024

PERMOHONAN BANTUAN LESEN MEMANDU PERCUMA B40

Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) bersama Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) bakal melaksanakan Bantuan Lesen Memandu Percuma B40 pada tahun 2024. Program ini merupakan satu usaha Kerajaan untuk memberi peluang kepada 35,000 individu atau tanggungan golongan B40 untuk memperoleh Lesen Memandu Malaysia Kelas B2 secara PERCUMA.

Semua kos berkaitan program ini akan ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan, tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan. Jika anda berminat untuk memohon Bantuan Lesen Memandu Percuma B40 ini, Sila isi borang penyertaan yang disediakan.

Apakah Bantuan Lesen Memandu Percuma B40

Bantuan Lesen Memandu Percuma B40 atau MyLesen adalah bantuan yang diberikan kepada golongan B40 di Seluruh Malaysia. Melalui bantuan ini, golongan yang layak akan mendapatkan lesen motosikal B2 secara percuma.

Program ini merupakan usaha Kementerian Pengangkutan Malaysia untuk menaiktaraf kehidupan B40 dan membuka lebih peluang menjana pendapatan.

Bantuan Lesen Percuma B40 kali ini terhad kepada 35,000 peserta dan tarikh tutup penyertaan adalah sehingga kuota dipenuhi.

Tujuan Bantuan Lesen Memandu Percuma B40

  • Membantu golongan kurang berkemampuan untuk mendapatkan Lesen Memandu Kelas B2 (Motosikal).
  • Meningkatkan keselamatan jalan raya melalui pemilikan Lesen Memandu.
  • Menggalakkan dan memupuk masyarakat untuk memandu kenderaan secara sah di sisi undang-undang serta melahirkan penunggang motosikal yang kompeten.

Syarat Kelayakan Bantuan Lesen Memandu Percuma B40

  1. Peserta hendaklah warganegara Malaysia yang berumur 16 tahun dan ke atas semasa mengemukakan permohonan.
  2. Terbuka kepada golongan B40 dan tanggungan.
  3. Sihat fizikal dan mental.
  4. Peserta tidak memiliki sebarang Lesen Memandu Malaysia (LMM) semasa mengemukakan permohonan.
  5. Peserta tidak disenarai hitamkan oleh mana-mana agensi Kerajaan, badan swasta atau Institusi Kewangan semasa mengemukakan permohonan.
  6. Kos yuran peserta akan ditaja sepenuhnya melibatkan fi latihan, amali dan ujian.
  7. Kos pengangkutan ke Institut Memandu (IM) dan kos-kos tambahan lain adalah tidak termasuk di dalam pakej ini dan perlu ditanggung oleh peserta sendiri.
  8. Peserta perlu mengikuti latihan, amali dan ujian memandu berdasarkan tempoh masa dan Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan.
  9. Peserta hendaklah bersedia mengikuti program ini berdasarkan tempoh masa dan jadual latihan serta ujian yang ditetapkan.
  10. Peserta adalah tertakluk kepada apa-apa syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) dari semasa ke semasa.
  11. Peserta diwajibkan untuk menandatangani Surat Aku Janji dan pengesahan kendiri kesihatan penyertaan program bagi memastikan komitmen dan kebajikan semua pihak berjalan lancar sehingga program tamat.
  12. Program akan berlangsung bermula Febuari 2024 sehingga Oktober 2024.
Syarat Kelayakan Bantuan Lesen Memandu Percuma B40

Borang Pendaftaran Bantuan Lesen Memandu Percuma B40

Untuk mendaftar, sila scan QR code dalam poster di bawah atau klik melalui pautan google form berikut https://forms.gle/6sSmmYvcDWYegrB4A

Borang Permohonan Bantuan Lesen Percuma B40

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan berhubung pelaksanaan Program MyLesen B2 Tahun 2024 boleh dikemukakan kepada mylesenb2@jpj.gov.my atau 03 – 8892 8714/8693

Soalan Lazim (FAQ)

Apakah Bantuan Lesen Memandu Percuma B40?

Program MyLesen B2 Tahun 2024 adalah satu inisiatif Kerajaan bagi memperkasa 35,000 orang penerima (atau tanggungan) bantuan golongan B40 bagi mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2.

Apakah kelas lesen yang ditawarkan di bawah Bantuan Lesen Memandu Percuma B40?

Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 (Motosikal tidak melebihi 250 c.c.)

Bagaimanakah cara membuat pendaftaran bagi Bantuan Lesen Percuma B40?

Pendaftaran peserta boleh dibuat melalui pautan seperti berikut: https://forms.gle/6sSmmYvcDWYegrB4A

Apakah syarat kelayakan bagi permohonan Lesen Memandu Percuma B40?

Syarat-syarat Peserta:

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 16 tahun dan ke atas;
  • Terbuka kepada golongan B40 dan tanggungan;
  • Sihat fizikal dan mental;
  • Bebas senarai hitam mahkamah, JPJ atau PDRM; dan
  • Belum memiliki sebarang lesen memandu.

Berapakah bayaran bagi Lesen Percuma B40?

Tiada bayaran akan dikenakan kerana kos latihan dan ujian (termasuk ulangan) adalah dibiayai sepenuhnya oleh pihak Kerajaan.

Berapa lamakah tempoh masa yang diperlukan untuk menjalani latihan dan ujian memandu bagi Program MyLesen B2 Tahun 2024?

Peserta perlu menjalani kesemua modul kursus, latihan dan ujian memandu mengikut tempoh masa dan prosedur yang telah ditetapkan oleh JPJ sebelum Lesen Memandu Malaysia dikeluarkan seperti berikut:

KELAS LESENMASA
B2• Kursus Teori (6 Jam)
• Ujian Bertulis (1 Jam)
• Latihan Praktikal Di Litar (9.5 Jam)
• Latihan Praktikal Di Jalan Raya (6 Jam)
• Pra Ujian (30 Minit)
• Ujian JPJ

Di manakah lokasi latihan dan ujian memandu bagi memperoleh Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2?

Peserta perlu mengikuti kursus, latihan dan ujian di Institut Memandu yang telah ditetapkan oleh JPJ sahaja.
Penempatan lokasi latihan dan ujian akan ditetapkan berdasarkan lokasi terhampir dengan pilihan peserta.

Apakah yang menyebabkan peserta dikeluarkan daripada menyertai Program MyLesen B2 Tahun 2024?

Apabila peserta gagal untuk menamatkan Program sebelum tempoh yang telah ditetapkan iaitu November 2024

Bilakah tarikh tutup Lesen Memandu Percuma 2024 ?

Tarikh tutup adalah sehingga kuota penyertaan dipenuhi.

Sekiranya terdapat sebarang persoalan Berhubung pelaksanaan Program MyLesen B2 Tahun 2024 ini, apakah sumber yang boleh dirujuk?

Sebarang pertanyaan berhubung pelaksanaan Program MyLesen B2 Tahun 2024 boleh dikemukakan kepada mylesenb2@jpj.gov.my atau 03 – 8892 8714/8693.

Sponsored Ads

Top 10 Popular Posts