Terkini: Kemaskini STR 2026 untuk Fasa 2 sehingga 13 Februari 2026. Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 bagi tahun 2026 akan mula disalurkan pada 20 Januari 2026 (Selasa). Untuk fasa 1 ini, penerima layak akan menerima bantuan tunai antara RM100 hingga RM500, bergantung kepada kategori masing-masing. Semakan pembayaran boleh dibuat terus melalui portal rasmi MySTR.
Selain itu, kemaskini maklumat STR 2026 bagi kelayakan Fasa 2 dibuka sehingga 13 Februari 2026. Proses permohonan baharu dan kemaskini boleh dibuat melalui portal rasmi www.bantuantunai.hasil.gov.my. Bagi mengelakkan masalah kelayakan pada fasa berikutnya, semua pemohon disarankan membuat kemaskini dalam tempoh yang ditetapkan.
Apa Itu Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2026)?
STR merupakan bantuan tunai kerajaan yang bertujuan meringankan beban kos sara hidup golongan B40 dan M40, sama ada secara individu atau isi rumah. Bantuan ini membantu keluarga berpendapatan rendah memenuhi keperluan asas seperti makanan, barangan dapur dan komitmen harian.
Dalam pembentangan Belanjawan 2026, kerajaan meningkatkan peruntukan STR dan program bantuan tambahan SARA kepada RM15 bilion, naik berbanding RM13 bilion pada 2025. Peningkatan ini hasil penjimatan kerajaan melalui penyasaran subsidi seperti diesel dan RON95, seterusnya memastikan bantuan diagihkan secara lebih berkesan kepada rakyat.
Siapa Perlu Buat Permohonan Baru & Siapa Perlu Kemaskini STR 2026?
Ramai juga tertanya-tanya “Kalau maklumat tak berubah, perlu ke kemaskini STR?”
Jawapannya bergantung pada situasi.
Anda perlu buat PERMOHONAN BARU jika:
- Anda tiada rekod langsung dalam sistem STR
- Pendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah
- Pendapatan individu bujang RM2,500 dan ke bawah (tiada pasangan/anak)
Anda perlu buat KEMASKINI STR 2026 jika:
- Anda tak pernah kemaskini permohonan selama tiga tahun berturut-turut
- Ada perubahan status perkahwinan (kahwin, cerai, kematian pasangan)
- Bilangan anak berubah
- Pendapatan isi rumah berubah
- Anda ingin kemaskini nombor telefon, alamat, akaun bank atau maklumat waris
- Anda sebelum ini tiada akaun bank dan mahu menambah maklumat baharu
Cara Kemaskini STR 2026
Berikut langkah mengemaskini maklumat melalui portal rasmi STR:
1. Layari portal rasmi STR
Masuk ke: https://bantuantunai.hasil.gov.my
Log masuk menggunakan No. MyKad dan kata laluan MySTR.
2. Pilih menu “Kemas Kini Permohonan”
Kemaskini maklumat seperti:
- nombor telefon
- alamat surat-menyurat
- alamat emel
- maklumat pasangan
- akaun bank (pemohon / pasangan)
- maklumat waris
3. Jika belum ada akaun MySTR
Pendaftaran baharu boleh dibuat dalam portal yang sama.
4. Kemaskini secara manual
Permohonan boleh dihantar melalui borang ke:
- Pejabat LHDNM
- Pejabat Satelit LHDNM
- Pusat Transformasi Bandar (UTC)
Pastikan semua maklumat adalah tepat dan terkini untuk memastikan proses kelulusan dan pembayaran berjalan lancar.
Pembayaran STR Fasa 1 (2026)
Bayaran STR Fasa 1 akan mula dikreditkan pada 20 Januari 2026 (Selasa). Jumlah yang diterima adalah antara RM100 – RM500, bergantung kepada kategori dan kelayakan.
Artikel Berkaitan : Jumlah Bayaran SARA Bujang
Cara Semak Status STR 2026
- Masuk ke Portal STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Klik “Log Masuk MySTR”
- Isi nombor MyKad dan log masuk
- Klik “Semakan Permohonan” untuk melihat:
- Status Lulus / Tidak Lulus
- Jumlah bantuan bagi setiap fasa
- Status pengkreditan
- Jika tiada akaun MySTR, buat pendaftaran baharu di portal yang sama.
Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank. Jika pemohon tidak mempunyai akaun, penunaian tunai boleh dibuat di BSN.
Rayuan STR 2026
Kalau permohonan anda Tidak Lulus Fasa 1, anda boleh buat rayuan bermula 12 Januari sehingga 13 Februari 2026.
Untuk permohonan yang Lulus Fasa 1 tetapi mempunyai perubahan maklumat seperti status perkahwinan atau pertambahan anak, rayuan boleh dikemukakan pada Fasa 3 bermula 16 Februari 2026.
Rayuan dibuat sepenuhnya melalui portal MySTR.
Maklumat lanjut
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan bagi bantuan STR untuk kategori isi rumah, sila berhubung dengan pegawai yang bertugas seperti yang berikut:
- Hotline BKK LHDNM: 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF: 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel: [email protected]
- Laman Web STR
Alamat Kementerian Kewangan Malaysia
Sekretariat STR
Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
Presint 2, 62592 Putrajaya
Sumber Sahih : ecentral.my