JAKARTA: Pihak kerajaan memutuskan Penguatkuasaan Pembatasan Kegiatan Masyarakat (PPKM) darurat disambung sehingga 25 Julai depan.

Presiden Indonesia, Joko Widodo berkata, kerajaan akan melonggarkan sekatan 26 Julai depan sekiranya kes Covid-19 menyaksikan trend penurunan, lapor Kompas.com.

“Jika trend kes terus mengalami penurunan, maka, pada 26 Julai nanti kita akan melakukan pembukaan sektor dan operasi secara berperingkat,” katanya.

Menurut Jokowi, pihaknya selalu memantau, mendengar dan memahami suara rakyat yang terkesan akibat pelaksanaan PPKM.

Katanya, PPKM yang bermula sejak 3 Julai lalu merupakan langkah yang perlu diambil meskipun sangat berat untuk dilakukan.

Jelasnya, polisi itu bertujuan mengurangkan jangkitan kes Covid-19 serta mengurangkan bilangan orang ramai yang memerlukan rawatan di hospital.

Dalam pada itu, pihak kerajaan tidak lagi menggunakan istilah PPKM dan digantikan dengan PPKM Tahap 4.

PPKM Tahap 4 akan bermula 21 Julai hingga 25 Julai depan dengan beberapa sekatan pergerakan masih diteruskan.

Antaranya seperti bekerja dari rumah sepenuhnya bagi sektor perkhidmatan tidak penting, penutupan pusat beli belah dan pusat perdagangan.

Selain itu, majlis pernikahan adalah dilarang, sesi persekolahan dengan pembelajaran jarak jauh serta rumah ibadah dilarang mengadakan sebarang aktiviti berjemaah.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

The post Sekatan PPKM dilonggarkan 26 Julai kalau kes Covid-19 turun appeared first on Utusan Digital.

Powered by WPeMatico

By editor