MEDAN: Sebuah video menjadi tular dalam media sosial selepas seekor lembu korban terlepas dan menyondol tiga penduduk di Jalan Sei Musi Simpang Sei Ular, Babura Sunggal.

Lapor Tribunnews, menerusi video yang berdurasi satu minit 37 saat, penduduk bersedia memegang tali untuk mengikat lembu tersebut.

Namun, tiba-tiba lembu itu menyondol penduduk berbaju biru hingga mangsa melantun kehadapan.

Kejadian tersebut berlaku selepas penduduk selesai mengerjakan solat sunat AidilAdha.

Lembu tersebut asalnya hendak disembelih, namun, terlepas daripada kawanan sehingga masuk ke parit dan kawasan penduduk.

Lembu itu difahamkan menyondol lelaki lain dikenali sebagai Rio sebelum itu sehingga menyebabkan kakinya terseliuh dan pinggulnya mengalami kesakitan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

The post Lembu korban sondol tiga penduduk appeared first on Utusan Digital.

Powered by WPeMatico

By editor