KUALA LUMPUR: Pengacara dan penceramah bebas, Amin Idris mengesahkan dia dan sekeluarga dijangkiti wabak Covid-19 serta sedang menjalani kuarantin kendiri memasuki hari kelapan.

Menerusi hantaran entri di Instagramnya, Amin yang terkenal dengan mengacarakan rancangan televisyen keagamaan itu berkongsi, tiada lain pintanya selain doa untuk kesembuhan buat dirinya sekeluarga sahaja.

“Tidak ada yang kami dambakan melainkan doa daripada kawan dan sahabat,” tulisnya ringkas dengan tanda pagar diuji positif sekeluarga.

Amin juga memohon maaf kepada semua yang menghubunginya kerana tidak dapat membalas dan menjawab panggilan ketika ini.

Meninjau entri dalam tempoh lapan hari lalu, Amin ada berkongsi satu peringatan berkenaan wabak dan syukur dengan memetik ayat ke 152 surah Al-Baqarah dan ayat ke 13 surah Ar-Rahman.

Hasil perkongsian yang memaklumkan dirinya dijangkiti wabak itu, rata-rata peminat dan rakan-rakan artis menitipkan doa semoga Amin dan sekeluarga diberi kesembuhan secepatnya.

The post ‘Diuji positif sekeluarga’ – Amin Idris pohon doa appeared first on Utusan Digital.

Powered by WPeMatico

By editor