PADA 22 Julai 1973, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Bruce Lee, 32 tahun ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di rumahnya dan terus dikejarkan ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia.

Bruce Lee yang mahir dalam ilmu mempertahankan diri Jeet Koon Do merupakan anak kepada seniman filem Kantonis, Lee Hoi Chuen.

Beliau mula berlakon filem di Hong Kong pada 1971 dengan filem pertamanya, The Big Boss memecahkan box office bukan sahaja di Hong Kong, malah di beberapa buah negara di Asia Tenggara.

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK

  • 22 Julai 1968
    Filipina memanggil pulang dutanya di Malaysia ekoran masalah tuntutan ke atas Sabah.
  • 22 Julai 1970
    Malaysia membuat bantahan keras kepada British atas cadangannya untuk menjual senjata dan kelengkapan kepada Afrika Selatan..
  • 22 Julai 1972
    Maktab Turus Angkatan Tentera Malaysia akan didirikan di Templer Park dengan belanja RM10 juta pada tahun hadapan.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn. Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]

The post Bruce Lee meninggal dunia appeared first on Utusan Digital.

Powered by WPeMatico

By editor