AMSTERDAM: Dua gol daripada pemain tengah Belanda, Georginio Wijnaldum, menyempurnakan misi tanpa kalah pasukan itu ketika di peringkat saingan Kumpulan C untuk tersenarai dalam 16 perlawanan terakhir.

Kapten skuad Oranje itu yang baharu menandatangani kontrak bersama Paris Saint-Germain sebelum memulakan perlawanan meledak gol pada babak kedua perlawanan iaitu minit ke 51 dan 58 selepas penyerang, Memphis Depay menyumbat gol pembukaan pada minit ke 24.

Ketika itu, Depay yang baharu bersetuju dengan pemindahan ke Barcelona hantaran Donyell Malen dalam petak penalti selepas pasukan Belanda tangkas memintas serangan Macedonia Utara pada minit ke 20.

AKSI penyerang Belanda, Memphis Depay meledak gol pembukaan pada minit ke 24 ketika menentang Macedonia Utara di Stadium Johan Cruyff Arena, Amsterdam. AFP

Dia kemudian, cuba meledak gol kedua namun ditepis penjaga gol Macedonia Utara, Stole Dimitrievski, bagaimanapun tepisan itu menjadi satu kesilapan apabila bola tiba di kaki Wjnaldum yang tangkas menyempurnakan gol kedua.

Pasukan kendalian jurlatih, Frank de Boer itu sudahpun memastikan slot dalam 16 perlawanan akhir memperoleh 6 mata dengan menewaskan Ukraine (3-2) dan Austria (3-0) dan kedudukannya kekal dengan meraih tiga mata tambahan selepas membenam Macedonia Utara 3-0.

Sementara Macedonia Utara pula terpaksa menerima hakikat penampilan pertamanya tidak cukup taring untuk menuju ke pusingan kalah mati, malah lebih memilukan ini merupakan temasya antarabangsa yang terakhir bagi pemain veterannya, Goran Pandev.

PEMAIN senior Macedonia Utara, Goran Pandev menerima jersi daripada pemain tengah Belanda, Georginio Wijnaldum sebelum memulakan aksi terakhir kedua-dua pasukan dalam saingan Kumpulan C di Stadium Johan Cruyff, Amsterdam. – AFP

Pandev, 37, antara pemain senior dalam Euro sebelum ini berpengalaman beraksi di pentas antarabangsa selama dua dekad.

Bagaimanapun, sebagai menghargai sumbangannya, dia diberikan jersi Belanda bernombor 122 yang menandakan jumlah trofi dimenanginya selama ini. Sebelum perlawanan bermula pun, dia diberikan penghormatan oleh rakan sepasukannya bersama penyokong di Stadium Amsterdam.

Dalam perlawanan itu, Pandev yang bermain posisi hadapan dikeluarkan pada pertengahan babak kedua dan digantikan dengan pemain tengah, Tihomir Kostadinov.

Nasib Macedonia Utara ketika menentang Belanda tidak begitu baik apabila dua golnya tidak dikira menyebabkan pasukan yang baharu menyertai Euro itu gagal mendahului perlawanan.

PENYERANG Macedonia Utara, Ivan Trickovski kecewa selepas ledakan golnya ketika menentang Belanda di Stadium Johan Cruyff Arena, Amsterdam tidak dikira kerana ofsaid. – AFP

Macedonia Utara kekal tercorot dalam Kumpulan C selepas tewas dalam kesemua tiga perlawanan menentang Austria (1-3), Ukraine 1-2) dan Belanda (3-0). – AFP

The post Belanda tamatkan kempen dengan sempurna appeared first on Utusan Digital.

Powered by WPeMatico

By editor