KLUANG: Seorang warga emas berusia 90 tahun maut apabila Mercedes Benz dipandunya bertembung lori muatan tiga tan di Batu 28, Jalan Mersing-Kluang di sini hari ini.

Menurut Komander Operasi PBK II Shamsul Amri Shahab, mangsa, Lai Sin Yin tersepit di tempat duduknya dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan.

“Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri Johor menerima panggilan kecemasan kemalangan jalan raya melalui talian MERS 999 pada pukul 9.56 pagi. Tiga jentera Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang dengan kekuatan seramai sebelas anggota ditugaskan ke lokasi.

“Terdapat dua mangsa yang cedera di dalam lori dikeluarkan oleh orang awam sebelum bomba tiba di lokasi dan anggota bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan menyelamat dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, mangsa yang cedera iaitu pemandu lori, Mohd. Riduan Zakaria, 29, dan kelindannya Johari Ahmad, 59.

“Setelah memastikan semuanya dalam keadaan yang selamat, operasi ditamatkan pada pukul 11.35 pagi. – UTUSAN ONLINE

The post Warga emas 90 tahun maut kemalangan appeared first on Utusan Digital.

By

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com