KUALA LUMPUR: Tiga lagi kenderaan mewah milik ejen dan anggota Jabatan Imigresen disita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipercayai mempunyai kaitan dengan sindiket urusan cap palsu di pintu masuk antarabangsa negara.

Menurut sumber, tiga kereta mewah itu adalah dua Toyota Vellfire dan sebuah Toyota Passo susulan penahanan terbaharu timbalan pengarah dan dua anggota JIM kelmarin.

“Bagaimanapun, tiada wang tunai yang dirampas dalam penahanan terbaharu ini dan siasatan masih dijalankan.

“Selain itu, kita turut menahan seorang lagi individu disyaki terlibat dalam sindiket berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Mingguan Malaysia hari ini melaporkan sindiket antarabangsa yang bersekongkol dengan pegawai serta anggota Imigresen dipercayai aktif melakukan aktiviti pelacuran dan pemerdagangan manusia di negara ini.

Bagaimanapun, sumber berkata, SPRM masih menjalankan siasatan lanjut berhubung penglibatan individu yang ditahan sebelum ini.- UTUSAN ONLINE

The post Sindiket cop palsu: Seorang lagi ditahan, tiga kereta mewah disita appeared first on Utusan Digital.

By

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com