ALCANIZ, Sepanyol: Penunggang Suzuki, Alex Rins merangkul kejuaraan MotoGP pertamanya selepas menjuarai Grand Prix Aragon di sini sebentar tadi.

Bermula dari petak ke-10, pelumba Sepanyol itu berjaya mengetepikan cabaran sengit rakan senegara dari Honda, Alex Marquez untuk bergelar juara.

Seorang lagi pelumba Sepanyol, Joan Mir menamatkan saingan di tangga ketiga, sekali gus merampas kedudukan pendahulu dunia daripada Fabio Quartararo.

Quartararo memulakan perlumbaan dari petak pertama, malangnya pelumba Petronas Yamaha SRT itu bergelut sepanjang saingan sebelum terpaksa menarik diri.

Rins adalah pemenang kelapan daripada 10 perlumbaan MotoGP musim ini, sekali gus menjadikan perebutan gelaran dunia amat terbuka dan sengit. – AGENSI

The post Rins penakluk Aragon appeared first on Utusan Digital.

By