MARAN: Pemuda Negara Bahagian Maran melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) menerusi program keceriaan kampung di Felda Jengka 24 di sini. 

Setiausaha Pemuda Negara Bahagian Maran, Ruzuwan Razak berkata, program sedemikian akan dilaksanakan setiap bulan bagi menceriakan kawasan kampung di tanah rancangan itu. 

“Pada hari ini kita melaksanakan program ini (keceriaan kampung) yang melibatkan 18 orang belia dan lima pegawai Felda Jengka 24.

“Pemuda Negara Maran berterima kasih kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR) Felda Jengka 24 kerana membantu bagi membolehkan program itu dilaksanakan,” katanya di sini hari ini. 

Ruzuwan berkata, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu mengutamakan aspek ekonomi dan keagamaan golongan belia di kampung. 

Jelasnya, golongan belia harus seiring tentang kehidupan dan juga akhirat. 

” Dalam program belia yang kita laksanakan, ia mendapat sokongan dan penyertaan baik dalam kalangan belia di daerah ini,” katanya. -UTUSAN

The post Pemuda Negara Bahagian Maran anjur program belia bersih kampung appeared first on Utusan Digital.

By