KUANTAN: Pertubuhan Kebajikan Satu Kumpulan (OGG) Pahang mengedarkan 500 Jalur Gemilang di sekitar daerah ini bagi menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia. 

Pengagihan Jalur Gemilang itu adalah antara usaha OGG untuk menanam semangat patriotisme dalam kalangan rakyat khususnya generasi muda. 

Pengerusi OGG Pahang, Mohd. Nor Hafirul Ikhram Abd. Hair berkata, program mengedar Jalur Gemilang merupakan acara tahunan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili golongan muda dan pelbagai kaum terbabit sejak 2018. 

“Kita harap rakyat khususnya anak muda akan terus mengibarkan Jalur Gemilang demi rasa cinta kepada Malaysia,” katanya. 

Beliau ditemui pada program mengagihkan dan mengibar Jalur Gemilang sempena Hari Malaysia di GiatMara Paya Besar di sini hari ini. 

Seramai 55 ahli OGG terlibat dalam program itu. 

Mohd. Nor Hafirul Ikhram berkata, sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia bulan ini, Jalur Gemilang perlu terus dikibarkan sekali gus dapat meningkatkan kibaran bendera pada kenderaan. 

“Kesedaran mengibar Jalur Gemilang perlu ada dalam diri rakyat tanpa mengira masa, malah tindakan itu seharusnya lebih meriah pada Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia,” katanya.  – UTUSAN ONLINE

 

The post OGG edar 500 Jalur Gemilang appeared first on Utusan Digital.

By