IPOH: Jumlah penduduk terjejas banjir di negeri ini bertambah kepada 319 orang sehingga pukul 8.30 malam ini berbanding 252 pada pukul 4 petang tadi.

Pertambahan itu berikutan pembukaan satu lagi pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu di Felda Ijok, Larut pada pukul 5 petang tadi yang melibatkan 67 penduduk daripada 20 keluarga.

Ini menjadikan PPS yang dibuka di negeri ini kepada lima buah setakat ini.

Bagan Serai masih mencatat jumlah mangsa banjir paling tinggi iaitu seramai 148 orang daripada 62 keluarga yang ditempatkan di PPS SK Parit Haji Aman, di Bagan Serai.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri berkata, di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Ara di Kubu Gajah, Larut terdapat 55 mangsa daripada 15 keluarga.

“PPS SRAR Ngah Ibrahim di Bukit Gantang menempatkan 34 mangsa daripada 10 keluarga.

“Manakala di PPS Dewan MPTI, Langkap di Sungai Manik menempatkan 15 orang daripada 15 keluarga,” katanya. – UTUSAN ONLINE

The post Mangsa banjir di Perak bertambah appeared first on Utusan Digital.

By

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com