KUALA LUMPUR: Ekonomi negara menguncup sebanyak 17.1 peratus pada suku kedua 2020, kesan daripada wabak Covid-19.

Penguncupan itu adalah yang terburuk sejak krisis ekonomi 1998 yang menyaksikan ekonomi menguncup sebanyak 11.2 peratus pada suku keempat, kata Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin.

Beliau berkata, banyak negara terjejas teruk disebabkan penularan pandemik tersebut, dengan negara yang bergantung kepada sektor pelancongan paling teruk terjejas seperti Sepanyol -22.1 peratus, United Kingdom  (-21.7 peratus) Perancis (-19.0 peratus) dan Itali (-17.3 peratus) pada suku kedua 2020.

“Penguncupan ketara dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku ini disebabkan oleh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Bersyarat (PKPB) bagi mengawal penularan wabak Covid-19 di Malaysia,” katanya ketika membentangkan laporan KDNK suku kedua 2020 secara maya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

The post KDNK suku Kedua menguncup 17.1 peratus appeared first on Utusan Digital.

By editor

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com